Latar Belakang KELAB IKATAN BUDU...

Latar Belakang Kelab IKATAN: Ikatan Anak-anak watan Kg. Budu dan Kg. Terap ditubuhkan secara tidak rasmi atas semangat persaudaraan anak-anak watan diperantauan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004. Tujuan penubuhan IKATAN ini adalah untuk memelihara hubungan persaudaraan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anak-anak watan diibukota. Selain dari itu IKATAN juga berusaha untuk menyumbang kepada pembangunan Desa samada dalam bentuk penasihatan, sumbangan kewangan dan kebendaan. IKATAN ini cuba mengekalkan tradisi bersyukur dan berterima kasih diatas kejayaan hidup diperantauan tanpa melupakan jasa-jasa mereka yang berada di Kampung halamn. IKATAN merupakan sebuah gerakan persaudaraan dalam pelbagai hal termasuk kebajikan anak-anak di perantauan. Sumber kewangan gerakan ini diperolehi melalui sumbangan anak-anak watan yang berada diperantaun. Semoga IKATAN ini akan terus kukuh dan berterusan dengan semangat yang murni. Inshaallah. Ahli Jawatankuasa IKATAN: Penaung : Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin (Abang Zuki) Penasihat : Hj. Azman Shah bin Haji Abdullah (Abang Man Jerning) Presiden : Abd. Halim Hussin (Pak Ngah Halim Seberang Paya) Setiausaha : Ibrahim Abdullah (Chu Ain Cherang) Pen. Setiusaha : Abdul Halim Abdullah (Alei Ngoh Dolloh Terap/Cherang) Bendahari : Zaili Mohd yusof (Zaili Pak We Usop Bukit Bangkong) AJK: Azmi Effendi (Pok De Mi Cu Pendi) Saari Nong (Daq Cu Nong) Haji Anuar Abd Rahman (Nuar Akak Pik) Jamal Abdullah (Jama Jerning) Norfadlina Mat Zin (Mahera Pak We Mat Zin) Roslah Mohd Yusof (Ani Bukit Bangkong) Haniza Abdul Rahman (Faridah Akak Pik) Elimiza Yahya (Along Kak Laili) Rosli Saidi (Atan Labok) ibrahim abdullah S/Usaha Kelab IKATAN BUDU FB: ib milosovik