LUBUK BESOR KG. BUDU

Wednesday, August 11, 2010
SEJARAH LUBOK BESOR BUDU
Lubuk Besar merupakan tempat yang paling strategik dan menjadi kawasan penempatan yang utama hinggalah kezaman kedatangan Penjajah Inggeris. Malah dizaman penjajahan Inggeris kawasan persekitaran seperti Bukit Engku, Kg. Gong, Lentang dan disekitarnya adalah merupakan pusat penempatan. Bukti sejarah menunjukan terdapatnya sekolah, Makamah Traditional, wakaf dibina di kawasan persekitaran Lubuk Besar, sementara Kampung Napal merupakan sebuah Tanjung yang terpisah oleh sungai Teka atau tasik.

Lubuk Besar merupakan benteng pertahanan kepada kampung-kampung lain di bahagian ulunya. Lubuk Besar tempat pertemuan 2 muara sungai yang lain yang kini dikenali sebagai Alor Budu dan Alor Gong. Banyak sejarah Hitam bermula di Lubuk Besar. Dizaman penjajahan Inggeris, Kampung Budu dibakar hanya setelah benteng pertahanan di Lubuk Besar Tumpas. Sejarah membuktikan benteng pertahanan di Napal, Parit Dalam tidak dapat bertahan dengan asakan tentera Inggeris yang disokong oleh Tentera Sepoi/Gurka.Menurut cerita-cerita orang tua, tempat-tempat pertempuran, benteng atau kubu-kubu mempertaruhkan banyak nyawa pahalawan-pahlawan Budu dan kampung-kampung lain. Atas alasan ini lah tempat-tempat ini dianggap ‘Keras’ hingga kehari ini.

Sekian terima kasih
Sumber drpd Laman Blog Daq:
http://rachap.blogspot.com/

4 ulasan:

  1. benar cerita tuan tersebut tetapi sy terbaca di dalam buku hikayat pahang oleh khatijah jeran berkaitan dgn Budu massacre. mohon ulasan dan pandangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. tempat mengepair pun ye juge

      Padam
  2. tempat mengepair pun ye juge........

    BalasPadam
  3. ooo gitu citanya, lubuk beso la ni juga terkenal sebagai tempat menembok ikan, sebarau besor-beso, dululah

    BalasPadam