JEMPUTAN JAMUAN HARI RAYA 2010

Salam Sdra/i yang dikasihi,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri IKATAN ANAK WATAN DIIBUKOTA (IKATAN)pada tahun ini akan diadakan pada 2hb. Oktober 2010 (Sabtu), jam 2 - 5 ptg bertempat di KL International Hotel Kg. Baru , sedikit bayaran akan dikenakan kepada sdra/i yang menyertainya. Warga Kg. Budu dan Anak2 Watan berasal drpd Kg.Budu yang menetap di KL & Lembah Kelang dengan hormatnye dijemput hadir ke Jamuan ini. Sebarang kemusykilan sila berhubung dgn salah seorang urusetia berikut: Sdra Azman Shah bin Hj. Abdullah (012-6165838); Abd. Halim Husin (019-2869295); Mohd Zaili Mohd Yusof (019-3113573); Ibrahim Abdullah (017-3442020); Hj. Anuar bin Abd. Rahman (012-3040194); A. Halim Abdullah (019-2404931); Roslah Mohd Yusof (012-2538583); Haniza bt Abdul Rahman (013-3655383) atau Nurulhana bt Abd. Halim (017-3365821).

TK.

S/usaha IKATAN
FB: ibrohim milosovik

LUBUK BESOR KG. BUDU

Wednesday, August 11, 2010
SEJARAH LUBOK BESOR BUDU
Lubuk Besar merupakan tempat yang paling strategik dan menjadi kawasan penempatan yang utama hinggalah kezaman kedatangan Penjajah Inggeris. Malah dizaman penjajahan Inggeris kawasan persekitaran seperti Bukit Engku, Kg. Gong, Lentang dan disekitarnya adalah merupakan pusat penempatan. Bukti sejarah menunjukan terdapatnya sekolah, Makamah Traditional, wakaf dibina di kawasan persekitaran Lubuk Besar, sementara Kampung Napal merupakan sebuah Tanjung yang terpisah oleh sungai Teka atau tasik.

Lubuk Besar merupakan benteng pertahanan kepada kampung-kampung lain di bahagian ulunya. Lubuk Besar tempat pertemuan 2 muara sungai yang lain yang kini dikenali sebagai Alor Budu dan Alor Gong. Banyak sejarah Hitam bermula di Lubuk Besar. Dizaman penjajahan Inggeris, Kampung Budu dibakar hanya setelah benteng pertahanan di Lubuk Besar Tumpas. Sejarah membuktikan benteng pertahanan di Napal, Parit Dalam tidak dapat bertahan dengan asakan tentera Inggeris yang disokong oleh Tentera Sepoi/Gurka.Menurut cerita-cerita orang tua, tempat-tempat pertempuran, benteng atau kubu-kubu mempertaruhkan banyak nyawa pahalawan-pahlawan Budu dan kampung-kampung lain. Atas alasan ini lah tempat-tempat ini dianggap ‘Keras’ hingga kehari ini.

Sekian terima kasih
Sumber drpd Laman Blog Daq:
http://rachap.blogspot.com/

dinner cliffordian 31 julai 2010

Photo2 ini dipinjamkan drpd FB Anak Cik Gu Shaaban...untuk tujuan kebaikan bersama.

1. Surat Jemputan Majlis Dinner 31 Julai 2010..diedarkan oleh AJK Publisiti dan Jemputan mulai bulan Feb/Mac 2010...kerja kuat kami ketika itu..!!!.

2. Khemah telah dipasang diatas Padang Bolasepak Clifford..cantek.??

3. Kambing Panggang dah siap untuk dijamu kepada tetamu X Cliffordian malam nanti...menyelerakan..??

4. Tetamu ...ramai nampaknya..Terima kasih sdra/i...menghadirkan diri..!!

5. Pancaragam Undangan memulakan Majlis....sedang memainkan lagu2 Evergreen..??

6. Acara kemuncak...Penyanyi No. 1 Negara yang juga merupakan X Cliffordian Lipis...Ybhg Datok Siti Nurhaliza mendendangkan lagu...menghiburkan tetamu...Terima Kasih banyak2 Datok...atas sumbangan!!!

7.AJK dan Urusetia dijemput ke Pentas menyumbangkan suara/menunjukan bakat terpendam menyanyikan lagu2..!!

8. Salah seorang AJK menunjukkan bakat "Dangdut" menari bersama dgn Datok Siti...woowwww..Braabo...tu..tuan!!

9. Tetamu VVIP dan semua puashati Majlis Malam tu berjaya diadakan...HIDUPPP CLIFFORDIAN Sekolah kita...!!!

10. VVIP YBhg Datok Suhaimi Ibrahim - Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakt turut meluangkan masa ke Majlis Dinner Cliffordian walaupun YBhg Datok busy/sibuk...terima kasih Datok menjenguk rakan2/sahabat handai/sedara mara di Lepeh...!!!

11. Selendang Cliffordian turut direka Khas sempena Dinnaer Cliffordian pada 31 Julai 2010...Tahniah kepada AJK/Urusetia berjaya menjayakan Majlis dan bagi Pihak AJK kami ucapkan terima kasih kerana sudi hadir..kepada yang tak dapat hadir (termasuk saya)...kita jumpa di Lain Majlis dimasa akan datang yang pasti lebih hebat dan meriah lagi...TQ, Xie Xie, Nandre drpd kami AJK Majlis.


TK banyok2..
FB: ibrohim milosovik