PROGRAM PERJUMPAAN WARIS DAN KETURUNAN ”INDERA GAJAH”

MAJLIS PERASMIAN – Majlis dimulakan dengan perarakan tetamu kehormat yang terdiri dari Dato’ Hj Mazlan mewakili Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato’ Ir Hj Mohd Soffi, Encik Nasda, Encik Abd Karim dan lain-lain dari tebing Sg Teka (gimik ketibaan panglima Melayu) dengan diringi paluan kompang, bunga manggar sehingga ke pintu masuk dewan dengan disambut oleh taburan bunga rampai. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Juruacara majlis Sdr Roslizan, Ucapan Setiausaha Agong PWKTSTGMK, ucapan Dato’ Mohd Soffi seterusnya ucapan perasmian oleh Dato’ Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Abd Aziz yang diwakili oleh Dato’ Hj Mazlan. Dato Mohd Soffi telah menyumbangkan sejumlah RM3,000 bagi memajukan usaha pembangunan di PPMI melalui persatuan waris.
3.5 Setelah selesai upacara perasmian, gimik dengan menanam pokok jarak di sekitar PPMI telah dilakukan oleh tetamu kehormat iaitu Dato’ Mazlan, Dato’ Mohd Soffi, Prof Dr Ahmad Kamal dan En Nasda. Seterusnya tetamu kehiormat dan semua tetamu dijamukan dengan hidangan minuman petang,

MAJLIS SILATURAHIM – Majlis ini diadakan setelah waris makan malam. Aktiviti ini mendapat sambutan dari beberapa penduduk kampung apabila acara mengacau dodol dijalankan oleh anak-anak muda dan warga tua. Disamping itu, sebahagian dari waris termasuklah Dato’ Suhaimi, Encik Baharin, Cikgu Nor, Dr Haizam, Encik Nasda terlibat di dalam mengemaskini carta keluarga. Majlis pada malam ini berakhir hampir jam 2 pagi.

LAWATAN KE TAPAK BERSEJARAH -. Terdapat 4 tempat bersejarah yang ada di sekitar PPMI iaitu Perigi Sejarah Mat Kilau, Kubu Parit Dalam, Sg Teka dan Tapak Perkuburan Kg Empau iaitu kubur pengikut Tok Gajah dan Mat Kilau. Hasil dari lawatan ini, waris yang terlibat dapat melihat dengan lebih jelas penat jerih dan kepayahan yang ditempuh oleh nenek moyang kita semasa mempertahankan bumi yang tercinta.

14 ulasan:

  1. Lagi nok muntoh....wuek..wuek
    Kepada cik gu Nor..Jejak kemana Aruoh We Abu selalu pergi dulu, kalau iklas nok bertemu waris sebenor...jangan merujuk kepada kumpulan yg hampeh neh

    MENGIKUT BIOR PANDAI MENURUT BIOR BERAKAL

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada masyuuk apa ada hal. waris ke tidak janji poket kembong......

      Padam
  2. kome pe xtau lah waghih mana agoknya, yang kome tau aki,wan,mok aboh kome dah bekughe dah duduk dibudu tu kesian kome yek

    BalasPadam
  3. Satu cubaan untuk menswastakan pahlawan Melayu....
    Satu ingatan : Kamu semua tidak akan kelihatan hebat hanya kerana mengaku waris Tok Gajah....kehebatan diri perlu ada dalam jiwa kita sendiri, bukan meminjam nama orang yang sudah tiada. Kalau jiwa pahlawan tiada di jiwa, tak usahlah nama arwah pendekar dicemar pula. Kalau Arwahnya masih hidup, belum tentu dia hendak mengaku "opportunist" begini sebagai keturunannya. Bak kata orang berilmu " tak akan menjadi nabi seorang jahil, walaupun mengaku keturunan Nabi Adam" Dan meminjam falsafah kumpulan rock tersohor " You give Tok Gajah a bad name!" Siapa anak-anak Budu yang loya dengan event ini, sila angkat tangan....!

    BalasPadam
    Balasan
    1. cubaan mengamnokan pahlawan dulu2.
      kala ikek cerita mat indera lawan omputih, mat kila, tok gajoh, tok bahaman ni seme penderhaka belaka.

      Padam
  4. Komeh bukan saje angkat dua tangan..Tapi angkat ngan dua dua kaki sekali..hi..hi

    Terjeluok terus.......

    BalasPadam
  5. Saya bukan keturunan Tok Gajah, tapi saya orang Budu.... saya nak buat satu perjumpaan anak-anak Budu BUKAN keturunan Tok Gajah !

    BalasPadam
  6. Tak berani mengatakan bukan keturunan Tok Gajah.
    Tapi pada pengamatan saya Tok Gajah dan dua atau 3 ketua keluarga telah berjaya menyatukan keluarga mereka dgn cara mereka,kedatangan penjajah cuba memecah belahkan keluarga ini atas nama pembangunan dgn mengguna kan tali barut mereka yg mungkin jg asalnya dari keluarga ini yg belot atau yg cuma ada bau taik sikit2 ..(Penjajah hanya berjaya menjajah,tapi ikatan keluarga ini masih kekal)
    Kini kumpulan penghianat ini muncul lagi atas dasar perubahan dan kemajuan pulak..
    konon nya mereka je lah yg tahu semua perkara..

    Hak org adalah hak mereka kerana alasan bersaudara.
    Yg tak menyokong kata nya.. tak mau memajukan kg
    Mereka melaksanakan agenda PECAH DAN PERENTAH seperti yg di amal kan oleh penjajah.

    Mari sama sama kita doakan kumpulan ini dilaknat Tuhan biar pun kumpulan hampeh ini ade bau 2 taik dgn kita

    SAYA AKAN MENENTANG AGENDA MEREKA SAMPAI KELUBANG KUBUR,DEMI MENYAMBONG PERJUANGAN PAHLAWAN KITA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hak org adalah hak mereka kerana alasan bersaudara.

      he..he.... abih pokok getoh nye bahan dek risda/amno. jaga2 sapa2 yg tak rajin tgk kebun getoh, ada chan kena rembat dek risda/amno.

      Padam
  7. Nok tamboh sikit lagi kepada kumpulan hempeh neh..
    Bukti kan dulu yg sg Teka digunakan pada zaman sebelum kedatangan penjajah...(sg Teka bkn sg Budu..Rujuk peta TOPO)Buku sejarah pahang mana yg menulis tentang sg Teka.
    Berkenaan parit dalam di Napal..kenapa kita melupakan zaman darurat..Kemungkinan parit tersebut di gunakan untuk menyekat asakan kominis kerana kominis menggunakan sungai Teka sebagai laluan.dan dikala itu pos utama home guard di padang sekolah Budu...
    Mengikut penelitian saya pahlawan melayu tak membuat kubu dgn mengali lubang..mereka berkubu diatas bukit atau membuat busut untuk berlindung..kecuali penjajah je YG membuat kubu dgn mengali tanah..(Mintak buat kajian)

    JANGAN KERANA NK POPULAR KITA MAIN TANGKAP MUAT JE TAMPA KAJIAN YG MENDALAM

    BalasPadam
    Balasan
    1. dalam buku ada sebut parit dalam ni adalah terowong air buangan dari lombong emas kawasan jerning.

      mat kilau sama dgn mat indera pernderhaka bukan pejuang.

      Padam
  8. Pahlawan dulu tidak menggali lubang sebagai kubu kerana mereka tidak menggunakan senjata api, Parit Dalam adalah peninggalan sejarah waktu dharurat. Dan perigi itu......Pahlawan dahulu tidak menggali perigi kerana masa itu sungai tidak tercemar lagi... Khasiat air perigi..? Kita sudah merdeka lebih 15 tahun, air JBA lagi banyak khasiat.....

    BalasPadam
  9. Betul saudara Latif Deraman,air dari Bukit Raya payoh nok keringnya sbb air yg digunakan oleh pahlawan dulu berpunca dari sana..tak tau lah air sungai teka sebab hulu nya dari Peruang itu pu kalau org yg nok cari publisiti ni tau...
    Bab senjata tu payoh sikit nok kamen kerana sejara Pahang dah memiliki meriam yg terbaik semasa zaman Portugis dan Belanda.

    Tapi tak sedap pulak rase nye kita beromis kat sini sbb org yg buat provo senyap sepi buat bodo jerh...Memang dasar muka tak tau malu ha..ha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. asik berjumpe & makan aje, bende lain tak yoh buat.
      jambatan alor budu pun masih guna yg jaman "penjajoh" dulu. patut dh kena ganti dah, kereta dh banyok & berselisih peh kena berenti
      dulu.

      agoknye yb tak nampok jambatan ni kecik.....he...he.....

      Padam