PHOTO SEKITAR MESYUARAT KOPERASI

Banner yang berlogokan Bunga Padi sebagai lambang Koperasi Ikatan Persaudaraan Anok2 Kg. Budu hasil ciptaan Sdra Daq dipaparkan di Screen Hotel KL International KL, mengalu2kan kehadiran Ahli-ahli Koperasi daripada KL, Lipis, Kuantan dan Bandor lain di Pahang termasuk juga mengalu2kan Sdra/i drpd Kampung Budu.

Sesungguhya salah satu tujuan penubuhan Koperasi ini adalah ingin membantu Ahli2 dan juga Sdra mara di Kampung Budu (Jika Ahli) dalam bidang seperti yang digariskan dalam Buku Aturcara Mesyuarat iaitu Bidang Kepenggunaan, Perkhidmatan dan Pembinaan serta Aktiviti Koperasi yang sesuai.

Komeh mintok sokongan padu daripada sdra mara di Kampung/KL/Pahang marilah sama2 menjadi Ahli Koperasi ini kerana dengan sokongan yang padu dan ramei2 menjadi Ahli, maka Koperasi kita akan bertambah banyok "Dana/Modal".

Mengkala bila banyok "Dana/Modal" kita maka banyoklah projek2 yang boleh kita rancang dan laksanakan dimasa akan datang. Perlu ditegaskan bahawa segala Projek Koperasi kita nanti, masih belum tahu lagi setakat ini apakah projek2 nok dibuat dan dimana projek2 akan dilaksanakan serta bilakah projek2 itu dimulakan. Fokus utama kami mencari Ahli seberapa ramei dan mengumpul "Dana/Modal".

Mengikut Mesyuarat pada 10 April 2010, mesyuarat bersetuju menetapkan Yuran Masuk menjadi Ahli ialah RM50.00 setiap ahli. Manakala saham Koperasi ditentukan RM1.00 setiap saham (Minimum saham dijual RM100). Kedua-dua pembayaran tersebut masih lagi belum dibuka kepada Ahli sebab kita sekarang sedang menunggu kelulusan Jabatan Koperasi Malaysia terlebih dahulu. Diharap sdra/i bersabor sedikit masa lagi, Inshaallah komeh akan maklumkan dalam Blog ini bila kelulusan telah diperolehi.

Selamet Bersidang weeehhh!!!.

Sebahagian Ahli sedang mendaftarkan nama mereka, kehadiran pada petang itu seramai 59 Ahli, ini telah mencukupi Korum yang dikehedaki oleh Jabatan Koperasi. Alhamdulillah.

Sebahagian drpd Ahli2 yang hadir semasa mesyuarat Koperasi semalam.Kadang2 bila tengok air muka masing2 yang riang gembira macam suasana Hari Raya pulak??

Poohhh..!!!Kameraman ni, sedang posing sebab lepas ni segala peristiwa dalam Dewan akan dirakamkan olehnya.

Ahli2 Koperasi yang hadir serius mendengor taklimat drpd Sdra Haji Anuar Deraman berkenaan hala tuju dan skop Koperasi yang di Pengerusikan oleh Sdra Abdul Halim Hussin.

Cik Gu Yahya Sidek Imam Kampung Budu turut hadir dan membacakan doa bagi memohon kehadrat Illahi memberkati Majlis yang bersejarah ini, turut hadir dalam Majlis ini YBhg Dato' Mazlan Kamaluddin - Penasihat Persatuan Keturunan Tok Gajoh Mat Kilau, Sdra Atan Komanden, Sdra Othman dll, turut hadir bersama memberi sokongan menjayakan Penubuhan Koperasi Ikatan Persaudaraan Kampung Budu,

Sebahgian Ahli bergambar ramei bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Yang Dipertua ANGKASA Malaysia(Sdra Jama Abdullah - Jerning)


10 Orang Ahli Lembaga Pengarah dipilih:
Pengerusi: Sdra Haji Azman Shah Abdullah
Tim. Pengerusi: Sdra Abdul Halim Hussin
Setiausaha: Sdra Haji Anuar Abdul Rahman
Bendahari: Sdra Mohd Zaili Mohd Yusof
Sdra Ibrahim Abdullah
Sdra Zamri Zulkifli
Sdra Halim Abdullah
Sdri Roslah Mohd Yusof
Sdra Haniza Abdul Rahman
Sdri Nurul Abdul Halim


Bagi mengesahkan segala Minit Mesyuarat disediakan oleh Setiausaha dan Lembaga Pengarah, Satu Jawatankuasa Khas diperlukan oleh Kementerian Koperasi Malaysia iaitu AHLI JAWATANKUASA PENENTU SAH MESYUARAT seramai 10 orang, gambar diatas adalah 10 orang telah dipilih dalam Masyuarat semalam, iatu:
Sdra Azman Shah Abdullah
Sdra Mohd Zaili Mohd Yusof
Sdra Mohd Zamri bin Zulkifli
Sdra Ishak bin Mohamad
Sdra Hamzah bin Raffar
Sdra Mohd Hairul bin Tahir
Sdra Mohd Hasni bin Abdul Hamid
Sdri Maziah bte Abdullah
Sdri Haniza bte Abdul Rahman
Sdri Hanim bte Azman

12 ulasan:

  1. Hebat deme yek.mesyuarat kat hotel.
    Kome tubuh koperasi Benta Bersatu di bilik mesyuarat ADUN Benta aje.

    BalasPadam
  2. laa nak wat mcm mana dah Sdr Jamal Abdullah Jerning tu ade jawatannya kat Hotel tu tumpang lah kesenangan yg ade, lagi pun dia juga Naib Yang Dipertua Angkasa Malaysia. yg pentingnya ada kerjasama untuk menjadikan Koperasi ini. Kome ingat juga semasa aboh kome jadi Setiausa Kehormat Koperasi Chat/Budu tahun 60an dan 70an dulu lagi susoh, surat pakai taip je kira2 pakai sempua je, kadang2 kome tolong sekali stapleskan surat pangilan mesyuaratnya, mesy pun wat kap balai raya je tulah namanya peralihan pembangunan jadi kita kena terima kenyataan lah ya......maaf le!!!!!

    BalasPadam
  3. komeh sokong cakak akak tanpa nama neh.. kalau dulu mesin fotokopi pun tak nyeedeh.. buat surat/minit nye taip pakei stensil.. gelekla pulak.. kala nye koyok masa nok menggelek teh.. mampeh kene taip blk.. bukan ada pen drive/disk nak save.. Moral of the story ... terimalah kemajuan yg dikecapi skrg nih.. jgn pertikai di mana, yg penting ada kesefahaman dan hati para sahabat dpt disatukan.... komeh ni bukanla pandai sgt nak menunjuk ajar.. maafla kalau tersinggung/terguris

    BalasPadam
  4. deme ckp budu anak2 komeh mana reti...deme buat ikatan budu ni tidak ajok komeh yek...buat meeting kt hotel klu dah buat koperasi tu buka lah satu kedai kopitiam budu beli kopi kt pekan sari kt benta tu yg cina jual tu...baru best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpa, nanti buat kamus bahasa kampung Pahang

      Padam
  5. Assalamualikum,
    KHAS BUAT PENAJA DAN KRU KRU KOPERASI IKATAN BUDU,LEPEH.
    Buat Tatapan semua pembaca,
    Kaweh ni nok bagi pendapat je,
    sempena atas nama Blog ni, Cuba kiter bergabung / kumpul semua murid murid tua atau bekas bekas pelajar sekoloh Menengoh Budu,(Nama dulu)bersama pengajar pengajar sekoloh menegoh Budu jika ader lagi,sama sama buat satu jamuan perjumpaan beramai ramai, tetapkan tarikh bila agok sesuai ,bila perjumpaan nanti boleh lah nama nama individu dan alamat dan no. tel di perolehi untuk disimpan dan di amanatkan sebagai ingatan pada masa akan datang. tak kira lah cina ,india apa bangsa sekali pun. kalau boleh kena bicang dulu samada nak kumpul murid tua Sekolah Kebangsaan Budu dulu termasuk pengajar nya atau sekolah Menengah Budu, kita kena bincang sebelum kata putus dibuat.perkara ni kena ambik masa panjang, bior lamer sikit pakatannya agar dapat semua yg ader menikmati kemesraan bersama.
    kalau tak der penaja kena lah kumpul belanja, bior bersedehana jangan tinggi sangat bayaran nye. nanti tak ramei yg hadir ,.tu kena pikir jugek ambik masa lamer. raser nyer elok dulu
    dapatkan nama no tel, dan alamat atau emel yg mudah dihubungi bagi mereka yg dah kawin tu terutama nye kaum pompuan munkin payoh sikik untuk join,ye lah kena mintok izin suami dulu,.silak silak suami ingat isteri pasang laki lain. kacau kiter dibuatnye.
    ok la kalau ader respon , ader lebih duit tu boleh la sikik sikik masuk dlm akaun koperasi,
    saya raser kalau rancang dalam jangka panjang , tak mustahil, kalau penaja skim cepat kaya boleh untung jutaan ringit, kaweh agok kalau semua warga budu beri sumbangan tiap bulan koperasi memang boleh perolehi dlm ribuan ringgit. itu contoh kaweh bagi. bukannye bete bete. Ok lah. semuga tuan puan dapat memanjangkan idea kaweh, terima kasih atas blog ini, kaweh suka dengan blok nih.
    sama sama kita pikir - pikir seketika samada ini boleh memberi kebaikan atau sebaliknya.

    sekian,wassalam
    DUSUN MANGGIS sdn bhd

    BalasPadam
  6. Sertai kami di 1kubsb untuk diskaun dan rebat tunai koperasi tuan/puan.

    BalasPadam