DINNER CLIFFORDIAN OLD BOY'S

Salam sdra/i..
Old Cliffordian Boy's akan mengadakan Majlis Makan Malam (Dinner) dan Hari Keluarga bagi bekas Pelajar Clifford pada 31 Julai (8 Mlm - Dinner) dan 1 Ogos 2010 (8.30 pagi - Aktiviti)..bertempat di Kawasan Sekolah Clifford K.Lipis..Jemput semua hadir.....untuk keterangan lanjut sila hubungi E-Mail: cik gu Shaaban S/usaha Program (shaabanjaffar@yahoo.com)...atau lihat Facebook saya (ibrohim milosovik) TK. Ibrahim Urusetia Program.

PHOTO SEKITAR MESYUARAT KOPERASI

Banner yang berlogokan Bunga Padi sebagai lambang Koperasi Ikatan Persaudaraan Anok2 Kg. Budu hasil ciptaan Sdra Daq dipaparkan di Screen Hotel KL International KL, mengalu2kan kehadiran Ahli-ahli Koperasi daripada KL, Lipis, Kuantan dan Bandor lain di Pahang termasuk juga mengalu2kan Sdra/i drpd Kampung Budu.

Sesungguhya salah satu tujuan penubuhan Koperasi ini adalah ingin membantu Ahli2 dan juga Sdra mara di Kampung Budu (Jika Ahli) dalam bidang seperti yang digariskan dalam Buku Aturcara Mesyuarat iaitu Bidang Kepenggunaan, Perkhidmatan dan Pembinaan serta Aktiviti Koperasi yang sesuai.

Komeh mintok sokongan padu daripada sdra mara di Kampung/KL/Pahang marilah sama2 menjadi Ahli Koperasi ini kerana dengan sokongan yang padu dan ramei2 menjadi Ahli, maka Koperasi kita akan bertambah banyok "Dana/Modal".

Mengkala bila banyok "Dana/Modal" kita maka banyoklah projek2 yang boleh kita rancang dan laksanakan dimasa akan datang. Perlu ditegaskan bahawa segala Projek Koperasi kita nanti, masih belum tahu lagi setakat ini apakah projek2 nok dibuat dan dimana projek2 akan dilaksanakan serta bilakah projek2 itu dimulakan. Fokus utama kami mencari Ahli seberapa ramei dan mengumpul "Dana/Modal".

Mengikut Mesyuarat pada 10 April 2010, mesyuarat bersetuju menetapkan Yuran Masuk menjadi Ahli ialah RM50.00 setiap ahli. Manakala saham Koperasi ditentukan RM1.00 setiap saham (Minimum saham dijual RM100). Kedua-dua pembayaran tersebut masih lagi belum dibuka kepada Ahli sebab kita sekarang sedang menunggu kelulusan Jabatan Koperasi Malaysia terlebih dahulu. Diharap sdra/i bersabor sedikit masa lagi, Inshaallah komeh akan maklumkan dalam Blog ini bila kelulusan telah diperolehi.

Selamet Bersidang weeehhh!!!.

Sebahagian Ahli sedang mendaftarkan nama mereka, kehadiran pada petang itu seramai 59 Ahli, ini telah mencukupi Korum yang dikehedaki oleh Jabatan Koperasi. Alhamdulillah.

Sebahagian drpd Ahli2 yang hadir semasa mesyuarat Koperasi semalam.Kadang2 bila tengok air muka masing2 yang riang gembira macam suasana Hari Raya pulak??

Poohhh..!!!Kameraman ni, sedang posing sebab lepas ni segala peristiwa dalam Dewan akan dirakamkan olehnya.

Ahli2 Koperasi yang hadir serius mendengor taklimat drpd Sdra Haji Anuar Deraman berkenaan hala tuju dan skop Koperasi yang di Pengerusikan oleh Sdra Abdul Halim Hussin.

Cik Gu Yahya Sidek Imam Kampung Budu turut hadir dan membacakan doa bagi memohon kehadrat Illahi memberkati Majlis yang bersejarah ini, turut hadir dalam Majlis ini YBhg Dato' Mazlan Kamaluddin - Penasihat Persatuan Keturunan Tok Gajoh Mat Kilau, Sdra Atan Komanden, Sdra Othman dll, turut hadir bersama memberi sokongan menjayakan Penubuhan Koperasi Ikatan Persaudaraan Kampung Budu,

Sebahgian Ahli bergambar ramei bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Yang Dipertua ANGKASA Malaysia(Sdra Jama Abdullah - Jerning)


10 Orang Ahli Lembaga Pengarah dipilih:
Pengerusi: Sdra Haji Azman Shah Abdullah
Tim. Pengerusi: Sdra Abdul Halim Hussin
Setiausaha: Sdra Haji Anuar Abdul Rahman
Bendahari: Sdra Mohd Zaili Mohd Yusof
Sdra Ibrahim Abdullah
Sdra Zamri Zulkifli
Sdra Halim Abdullah
Sdri Roslah Mohd Yusof
Sdra Haniza Abdul Rahman
Sdri Nurul Abdul Halim


Bagi mengesahkan segala Minit Mesyuarat disediakan oleh Setiausaha dan Lembaga Pengarah, Satu Jawatankuasa Khas diperlukan oleh Kementerian Koperasi Malaysia iaitu AHLI JAWATANKUASA PENENTU SAH MESYUARAT seramai 10 orang, gambar diatas adalah 10 orang telah dipilih dalam Masyuarat semalam, iatu:
Sdra Azman Shah Abdullah
Sdra Mohd Zaili Mohd Yusof
Sdra Mohd Zamri bin Zulkifli
Sdra Ishak bin Mohamad
Sdra Hamzah bin Raffar
Sdra Mohd Hairul bin Tahir
Sdra Mohd Hasni bin Abdul Hamid
Sdri Maziah bte Abdullah
Sdri Haniza bte Abdul Rahman
Sdri Hanim bte Azman

PROGRAM PERJUMPAAN WARIS DAN KETURUNAN ”INDERA GAJAH”

MAJLIS PERASMIAN – Majlis dimulakan dengan perarakan tetamu kehormat yang terdiri dari Dato’ Hj Mazlan mewakili Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato’ Ir Hj Mohd Soffi, Encik Nasda, Encik Abd Karim dan lain-lain dari tebing Sg Teka (gimik ketibaan panglima Melayu) dengan diringi paluan kompang, bunga manggar sehingga ke pintu masuk dewan dengan disambut oleh taburan bunga rampai. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Juruacara majlis Sdr Roslizan, Ucapan Setiausaha Agong PWKTSTGMK, ucapan Dato’ Mohd Soffi seterusnya ucapan perasmian oleh Dato’ Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Abd Aziz yang diwakili oleh Dato’ Hj Mazlan. Dato Mohd Soffi telah menyumbangkan sejumlah RM3,000 bagi memajukan usaha pembangunan di PPMI melalui persatuan waris.
3.5 Setelah selesai upacara perasmian, gimik dengan menanam pokok jarak di sekitar PPMI telah dilakukan oleh tetamu kehormat iaitu Dato’ Mazlan, Dato’ Mohd Soffi, Prof Dr Ahmad Kamal dan En Nasda. Seterusnya tetamu kehiormat dan semua tetamu dijamukan dengan hidangan minuman petang,

MAJLIS SILATURAHIM – Majlis ini diadakan setelah waris makan malam. Aktiviti ini mendapat sambutan dari beberapa penduduk kampung apabila acara mengacau dodol dijalankan oleh anak-anak muda dan warga tua. Disamping itu, sebahagian dari waris termasuklah Dato’ Suhaimi, Encik Baharin, Cikgu Nor, Dr Haizam, Encik Nasda terlibat di dalam mengemaskini carta keluarga. Majlis pada malam ini berakhir hampir jam 2 pagi.

LAWATAN KE TAPAK BERSEJARAH -. Terdapat 4 tempat bersejarah yang ada di sekitar PPMI iaitu Perigi Sejarah Mat Kilau, Kubu Parit Dalam, Sg Teka dan Tapak Perkuburan Kg Empau iaitu kubur pengikut Tok Gajah dan Mat Kilau. Hasil dari lawatan ini, waris yang terlibat dapat melihat dengan lebih jelas penat jerih dan kepayahan yang ditempuh oleh nenek moyang kita semasa mempertahankan bumi yang tercinta.