Urgent: Majlis Perasmian Kg. Budu Bersejarah oleh YB Menteri..

PER: PROGRAM PERJUMPAAN KETURUNAN DAN WARIS TOK GAJAH DAN MAT KILAU DI KG BUDU KUALA LIPIS PAHANG

Didahului dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Di doakan semoga tuan dan keluarga sentiasa berada di dalam limpah rahmat yang bertali arus dari Allah SWT.

Berlanjutan dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau (PWKTSTGMK) yang diketuai oleh Penasihatnya Dato’ Mazlan bin Hj Jamaluddin dengan kerjasama JKKK Kg Budu dan Kg Terap akan mengadakan perjumpaan di Kg Budu seperti berikut:



Tarikh: 13 dan 14hb Mac 2010

Masa: 1.30 tengahari

Kehadiran: 400 orang (termasuk penduduk kampong)

Aturcara: seperti disertakan



Antara objektif perjumpaan ini diadakan di Kg Budu adalah:

a. Mengenang kembali daerah Hulu Pahang (Mukim Budu) sebagai sebuah kawasan yang menjadi tunggak kepada perjuangan pahlawan-pahlawan negeri Pahang semasa Perang Saudara dan Peperangan menentang penjajah yang diketuai oleh Tok Gajah dan anakndanya Mat Kilau.

b. Menjejaki kawasan tanda sejarah seperti Kubu Parit Dalam, Perigi Sejarah, Tapak Peperangan dan sebagainya yang boleh dibangunkan melalui Kementerian Pelancungan bagi tujuan Tapak Warisan yang akan mendatangkan sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

c. Mengeratkan silaturahim antara ahli persatuan dan penduduk yang mana kebanyakkan penduduk kampong budu mempunyai talian darah dengan keluarga Tok gajah dan Mat Kilau.


ATURCARA PROGRAM PERJUMPAAN PWKTSTGMK

Tarikh: 13hb Mac 2010

1.00 tengahari Ketibaan ahli PWKTSTGMK dan penduduk kampong

1.30 petang Sholat Zohor

1.45 petang Bacaan Yasin dan Tahlil

2.15 petang Makan Tengahari

3.00 petang Majlis Dialog Bersama Penduduk

a. Keagungan Mukim Budu

b. Koperasi

c. Pembangunan Kampung Terancang

4.50 petang Sholat Asar

5.15 petang Upacara Perasmian

a. Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

b. Bacaan Doa

c. Ucapan Wakil Penduduk

d. Ucapan Wakil Waris

e. Ucapan Perasmian oleh Menteri
di Jab. Perdana Menteri
(YB Dato’ Sri Mohd Nazri Tan Sri Aziz)

f. Penyampaian Momento/Cenderamata

g. Majlis Bersurai



6.45 petang Jamuan Ringan

9.00 malam Majlis Silaturahim Penduduk dan Waris

a. Pengesahan dan Perbincangan CarKeluarga

b. Mengacau Dodol

c. Ramah Mesra/Perbincangan

11.00 malam Majlis Ditangguhkan

Tarikh: 14hb Mac 2010

7.30 pagi Sarapan pagi

8.30 pagi Lawatan ke tempat bersejarah

a. Kubu Parit Dalam

b. Perigi Sejarah Mat Kilau

c. Tapak Peperangan

d. Jalan Lama Bersejarah

12.30 tengaharu Program Bersurai

Cdr Roslizan bin Hj Ahmad Mahidin RMN (Retired) KAT, PPS, PPA
Training Director
Pusat Pembangunan Modal Insan
d/a Langkah Ikhtiar Sdn Bhd


Training Centre:
No 156B, Kampung Budu, 27310 BENTA
Pahang Darul Makmur, Malaysia

18 ulasan:

  1. Nok muntoh komeh mendengor nyeh,nok rasmi kg yg dah beratus tnh..Menteri ineh pulak ..ade ape2 kot. Nok cari populariti jgn lah gunakan pahlawan komeh...
    Sape keh yg berani mengaku galornyeh. Tunjukan bukti... Kalua ade perigi Mat KIlau mesti ade tapok rumoh nyeh.di maneh keh agok nyeh..Jangan dok memandei mandei.

    (Cdr Roslizan bin Hj Ahmad Mahidin RMN (Retired) KAT, PPS, PPA)

    Dia neh,Komeh kenel sanget,sebeloh maneh susun galor Tok Gajoh nye.
    Ulu Gong tak termasuk dalam Budu sebelum kedatangan org putih...Selidik sejarah dulu baru buat cerite.

    sorry kali ni tulis dgn tak bernama dulu ..bkn takut tapi nok bagi org sedor ada lagi pewaris yg tak mahu dijajoh lagi oleh penjajoh bentuk baru

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keturunan Tok Gajah belum mencapai 8 keturunan seperti yg dikata, keturunan, baru 6 keturunan itu pun masih kecil. Untuk makluman Tok Gajah org Rawa, dtg dari Kg Temau dan berkahwin di Budu,(Jebah isteri yg kedua. Tok Gajah bukan anak jati Kg Budu, dia hanya berkahwin dengan org Batu Naga, Tualang Padang, Budu. Isteri Tok Gajah ada ada 7 orang. Ibunya org Kg Chengkuas , Kuala Kenong, Mat Kilau bukan anak jati Kg Budu, Ibu Mat Kilau bernama Teh Mahda bukannya Jebah seperti yg dikatakan oleh sdra Roslizan Ahmad Mahidin, keluarga adik beradik Jebah masih ada di Budu, Keluarga Mak Dato Soffi dan keluarga Bekas Penghulu Mohd Noor.Ibu Mat Kilau Teh Mahda anak kepada Tok Kaut berasal dari Kg Burau Pulau Tawar, Jerantut. Anak2 Tok Gajah dengan isterinya di Budu ialah Ahmad Pilus, Teh Da (ayah kepada aruah Tok 4 Nong Tualang Padang (ayah kepada Haji Safari(Hj. Pie), Saripah, Nadiah, Abdul Rahman, (Abdul Rahman ini adalah aki kepada Dato Jamaluddin/Penasihat( Dato Jamaluddin adalah anak saudara sepupu kepada aruah Hj Mohd Noor) Keluarga Tok Muda Nong Jerantut(Bekas penghulu Budu/ayah sepupu kepada aruah Hj Mohd Noor/bekas Penghulu Budu, Dato Nazri pula adalah keturunan Tok Gajah/Jebah. dari anaknya yg ke 5, Abdul Rahman anaknya Hadijah anak kepada Hadijah Puan Sri Hamidah anak Puan Sri Hamidah Dato Seri Nazri.Aruah Cikgu Azharuddin (2 pupu Hj Nasaruddin) menantu Hj Mohd Noor dari keturunan Abd Rahman. ramai yg mengaku keturunan Tok Gajah/Mat Kilau, jika berketurunan mereka ini sudah tentu hubungan persaudaraan paling jauh anak sdra 2 pupu/ayah sdra 2 pupu. tiada apa yg nak dibangakan kerana Tok Gajah ini hanya menjadikan Budu tempat persinggahan beliau sahaja, keturunan beliau ke semuanya sudah tidak menetap di Kg Budu, yg ada zuriat aruah Pak Itam Nong di Tualang Padang, Mat Kilau pula bukan org Budu Ibunya adalah org Kg Burau, Pulau Tawar dan beliau tiada keturunan di Kg Budu, hanya di Tualang Padang keluarga aruah Tok 4 Nong....salam.

      Padam
    2. Keturunan Tok Gajah belum mencapai 8 keturunan seperti yg dikata, keturunan, baru 6 keturunan itu pun masih kecil. Untuk makluman Tok Gajah org Rawa, dtg dari Kg Temau dan berkahwin di Budu,(Jebah isteri yg kedua. Tok Gajah bukan anak jati Kg Budu, dia hanya berkahwin dengan org Batu Naga, Tualang Padang, Budu. Isteri Tok Gajah ada ada 7 orang. Ibunya org Kg Chengkuas , Kuala Kenong, Mat Kilau bukan anak jati Kg Budu, Ibu Mat Kilau bernama Teh Mahda bukannya Jebah seperti yg dikatakan oleh sdra Roslizan Ahmad Mahidin, keluarga adik beradik Jebah masih ada di Budu, Keluarga Mak Dato Soffi dan keluarga Bekas Penghulu Mohd Noor.Ibu Mat Kilau Teh Mahda anak kepada Tok Kaut berasal dari Kg Burau Pulau Tawar, Jerantut. Anak2 Tok Gajah dengan isterinya di Budu ialah Ahmad Pilus, Teh Da (ayah kepada aruah Tok 4 Nong Tualang Padang (ayah kepada Haji Safari(Hj. Pie), Saripah, Nadiah, Abdul Rahman, (Abdul Rahman ini adalah aki kepada Dato Jamaluddin/Penasihat( Dato Jamaluddin adalah anak saudara sepupu kepada aruah Hj Mohd Noor) Keluarga Tok Muda Nong Jerantut(Bekas penghulu Budu/ayah sepupu kepada aruah Hj Mohd Noor/bekas Penghulu Budu, Dato Nazri pula adalah keturunan Tok Gajah/Jebah. dari anaknya yg ke 5, Abdul Rahman anaknya Hadijah anak kepada Hadijah Puan Sri Hamidah anak Puan Sri Hamidah Dato Seri Nazri.Aruah Cikgu Azharuddin (2 pupu Hj Nasaruddin) menantu Hj Mohd Noor dari keturunan Abd Rahman. ramai yg mengaku keturunan Tok Gajah/Mat Kilau, jika berketurunan mereka ini sudah tentu hubungan persaudaraan paling jauh anak sdra 2 pupu/ayah sdra 2 pupu. tiada apa yg nak dibangakan kerana Tok Gajah ini hanya menjadikan Budu tempat persinggahan beliau sahaja, keturunan beliau ke semuanya sudah tidak menetap di Kg Budu, yg ada zuriat aruah Pak Itam Nong di Tualang Padang, Mat Kilau pula bukan org Budu Ibunya adalah org Kg Burau, Pulau Tawar dan beliau tiada keturunan di Kg Budu, hanya di Tualang Padang keluarga aruah Tok 4 Nong....salam.

      Padam
  2. Jangan politikkan Pahlawan yang kami sanjungi! Upacara ini akan memberi impak buruk kepada YB yg kita sayangi.....satu langkah amat kurang bijak !

    BalasPadam
  3. Latif Deraman berkata...
    Jangan politikkan Pahlawan yang kami sanjungi! Upacara ini akan memberi impak buruk kepada YB yg kita sayangi.....satu langkah amat kurang bijak !

    2010 Mac 12 21:55

    Siapa yg Tuan maksudkan,
    Kalau saya tuan silap,kerana saya bkn org politik,tapi suka melihat rentak org politik.
    SAYA cuma ingin mencari kepastian kerana WARIS SEPATUTNYA MENCARI PEWARIS DAN PEWARIS MEMERLUKAN WARIS.
    Mencari sesuatu biarlah bertertib kerana itu di tuntut untuk keharmonian.(Jangan main dogok je bak kate org kg komeh)
    Dato YB saya rasa mengetahui siapa galor nya kerana bunda beliau masih ada untuk dirujuk.
    Tak usah bimbang..sentiasa dibelakang Org yg iklas

    BalasPadam
  4. Rugi bete,kash tak datang.Patutlah ada tanda arah ke kubu Mat Kilau.Pada masa kash balik dari ambil gambar anak tok naib kg chat En Sabri (13hb).Sempat kash ambil gambar papan tanda tu.Ada dalam blog kash.

    BalasPadam
  5. Komen saya ikhlas. Saya bukan ahli politik tetapi pengkhususan dalam bidang kemanusiaan.

    Saya melihat trend "mengkeluargakan" seseorang tokoh hanya akan mengecilkan populariti tokoh berkenaan serta memencilkan mereka yang bukan dari keluarga berkaitan. Sebagai contoh, jika ada persatuan keluarga dan keturunan Tun Mahathir, semestinya mereka yang bukan ahli akan merasa tersinggung, walaupun mereka amat meyanjungi Tun.

    Kita mestilah melihat perkara ini dari perspektif yang lebih luas, tidak hanya melihat kepada platform yang ada untuk mencari kelainan atau meraih populariti. Memang hebat Mat Kilau dari pandangan orang-orang Budu, tapi selepas ini bagaimana pandangan orang Budu yang bukan dari keluarga Mat Kilau? Sedikit sebanyak mereka akan merasakan yang Mat Kilau bukan keluarga mereka! sedangkan sebelum ini mereka merasa amat dekat dengan tokoh perjuangan ini!

    Begitu juga dengan YB Sofi. Sebelum ini mereka merasakan beliau sebagai keluarga, tapi selepas ini mereka mungkin merasa "Oh dia keturunan Mat Kilau, kita bukan!" Dan jangan terkejut jika ada antara mereka merasakan semakin jauh dengan beliau !

    Tuan, dalam dunia tanpa sempadan pada hari ini, kita tidak boleh lagi "assume" atau menganggap orang Budu masih seperti di Zaman Mat Kilau, hanya mengikut rentak arus sehala sahaja. (Mungkin masih ada tetapi bilangannya sudah jauh berkurangan) Pemikiran telah jauh berubah. Zaman telah berubah, segala perlakuan serta agenda yang hendak dilakukan perlulah melalui proses saringan yang tinggi agar tidak melukai hati sesama kita. Apa akan kita lakukan jika pada hari ini sudah ada penduduk Budu mengatakan " Alah kita bukan keluarga Mat Kilau...." Walaupun ungkapan ini tidak memberi makna kepada Tuan, tapi impaknya amat dalam untuk jangka waktu panjang !

    Tidak salah mencari susur galur dan saudara mara, malah amat digalakkan, tetapi membentuk satu kelompok yang dikatakan "keturunan Mat Kilau" seolah-olah mendabik dada mengatakan "kamilah keturunan Mat Kilau" dan dalam masa yang sama mengatakan orang lain bukan! Mat Kilau adalah Pejuang Rakyat, bukan hak milik Eksklusif kelompok tertentu! Dan saya masih ragu tentang apakah motif "to formalised" kelompok ini secara besar-besaran, dan menjemput Menteri pula !

    Perlu diingat "denial syndrome" hampir melenyapkan institusi yang kita sayangi, jangan sampai sindrome yang sama menimpa kita di Budu !

    BalasPadam
  6. Tertarik dan terharu dgn komen saudara LatifDeraman..

    Tok Gajah tak pernah memgajar warisnya mempopularkan diri dgn publisiti,beliau berintigeriti dan mempunyai jati diri.Beliau mempunyai caranya tersendiri untuk meningkatkan populasi keturunannya.

    Kalau boleh........ Nok tunggu komen Penasihat.......

    BalasPadam
  7. tabik dan terharu dengan komen sdr latif, sy pun bukan dr keturunan susur galur panglima itu tp sy org budu, lahir dan besar di budu.. ya lah, di zaman serba canggih ni, kita jgn menyempitkan dunia tanpa sempadan.. kalau ada satu tag iaitu 'aku keturunan sipolan' lama kelamaan akan ada jurang pemisah antara kita... renungkan lah....

    BalasPadam
  8. salam ...ni din seberang teka ....ape lg projek selapas ni?

    BalasPadam
  9. Salam...kali pertama jumpa blog ni.....bila tengok gambar2 dlm blog ni teringat lagi masa kecik2 mandi sungai di kampung bersama-sama sepupu2 bila balik raya atau cuti sekolah (kg seberang teka). Skrang, rumah arwah nenek masih ada lagi tapi dah tiada penghuni. Ramai yg dah berpindah keluar....Lipis, Raub, Bentung dll. Kadang-kala rasa sedih bila tengok banyak kampung2 yg terbiar. Insyallah bila pencen nanti, akan balik ke kampung.

    Teruskan usaha anda.

    BalasPadam
  10. Dato Sri' Nazri bin Tan Sri Abd Aziz adalah anak saudara benar kepada Dato Hj Mazlan bin Hj Jamaluddin (penasihat) emak beliau dilahirkan di Kg Gong (belakang rumah aruah Hj Kelantan) tanah tersebut telah di warisi pula oleh aruah Ngah Midin ayah Mahmud.Aki Dato' Sri Nazri org Negeri Sembilan (Bekas Pengarah Penerangan NS), ayah dia Tan Sri Abd Aziz org Lenggong, Perak sdra terdekat beliau Mak Dato Soffi, aruah ayah Mahmud, aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, aruah Hj Mohd Noor dan ramai lagi.

    BalasPadam
  11. Dato Sri' Nazri bin Tan Sri Abd Aziz adalah anak saudara benar kepada Dato Hj Mazlan bin Hj Jamaluddin (penasihat) emak beliau dilahirkan di Kg Gong (belakang rumah aruah Hj Kelantan) tanah tersebut telah di warisi pula oleh aruah Ngah Midin ayah Mahmud.Aki Dato' Sri Nazri org Negeri Sembilan (Bekas Pengarah Penerangan NS), ayah dia Tan Sri Abd Aziz org Lenggong, Perak sdra terdekat beliau wan Dato Soffi (hjh Habsah), aruah ayah Mahmud, aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, aruah Hj Mohd Noor dan ramai lagi.

    BalasPadam
  12. Dato Sri' Nazri bin Tan Sri Abd Aziz adalah anak saudara benar kepada Dato Hj Mazlan bin Hj Jamaluddin (penasihat) emak beliau dilahirkan di Kg Gong (belakang rumah aruah Hj Kelantan) tanah tersebut telah di warisi pula oleh aruah Ngah Midin ayah Mahmud.Aki Dato' Sri Nazri org Negeri Sembilan (Bekas Pengarah Penerangan NS), ayah dia Tan Sri Abd Aziz org Lenggong, Perak sdra terdekat beliau wan Dato Soffi (hjh Habsah), aruah ayah Mahmud, aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, aruah Hj Mohd Noor dan ramai lagi waris yang sudah tidak menetap di Budu.

    BalasPadam
  13. Ayah Tok Gajah bernama Tok Shaharom (Tengku Ali) - Orang Rao(Rawa), emak Tok Gajah bernama Tok Dinar (Wan Siti Ajar Binti Sheik Ali), Tok Shahrom meninggal di Hulu Temau dan kubornya ada di Hulu Temau, bersama dgn kubor anaknya Ranting Mas(kakak Tok Gajah) dan kubor Haji Hasan Keramat (suami beliau) yg mati ditembak oleh Tok Zainal sepupu Ranting Mas sendiri kerana hendak merampas emas kepunyaan Ranting Mas. Ranting Mas meninggal dunia bersama kandungan sulongnya berusia 7 bulan(rujuk Buku : Bingikisan Sejarah Raub, Rao dan Pagaruyung: Pertalianya dengan Raub dan Pahang).Nama sebenar Tok Gajah Khatib Rasu Abdul Salam, lahir pada 1845 di Kg Temau, Raub.dan meninggal di Pasir Nering, Hulu Terengganu.(rujuk UM.24.9.1997)anak-anak Tok Shaharum (Tengku Ali) seramai 5 orang: Khatib Mat Arif (9 org anak),Hj Mohd Amin (7 org anak), kahatib Rasu Abdul Salam (23 0rg anak), Hajah Maimunah (3 org anak), Ranting Mas (tiada anak) mati ditembak,kubornya ada di Hulu Temau, rujuk buku Bingikisan Sejarah Raub.Nama sebenar Tok Gajah Khatib Rasu Abdul Salam, mempunyai isteri seramai 7 orang, Cik Iti (Siti) Kuala Kenong, Jebah bt Ibrahim orang Budu mempunyai 5 org anak,3 lelaki 2 perempuan.Teh Mahda bt Tok Kaut org Burau,Pulau Tawar ibu kepada Mat Kilau(Mat Kilau dilahirkan di Pulau Tawar)adik beradik Mat Kilau, seibu sebapa Teh Ibrahim dan Yang Chik.(Mat Kilau ini aki kepada Cikgu Bakar/Bekas Wakil Rakyat),isteri Tok Gajah juga bernama Mah tetapi tiada anak, Bedah org Pulau Tawar, Cik org Pekan Sentul - tiada anak, dan Tijah.Untuk makluman Dato Bahaman adalah menantu Tok Gajah, beliau berkahwin dengan anak Tok Gajah.Dato Mazlan Bin Jamaluddin (penasihat) adalah dari titisan darah perkahwinan Tok Gajah dengan Jebah isterinya org Budu (akinya Abd Rahman anak Tok Gajah, begitu juga, aruah Tok 4 Nong Tualang Padang, keturunan Teh Da anak Tok Gajah, Tok Muda Nong (Bekas Penghulu Budu/Tembeling), jika tuan/puan tali mempunyai persaudaraan bapak sdra sepupu atau 2 pupu dgn mereka ini,(bagi generasi yg masih ada pada hari ini) maka dgn ini tuan/puan ada pertalian keluarga Tok Gajah.begitu juga jika tuan/puan ada persaudaran dengan Dato Zulkifli Mohamand - Pengerusi,Tan Sri Rahim Mohamad,Dato Shamsiah-Pekan, dimana keturunan mereka ini dari Khatib Hj Mohd Amin (anak Tok Gajah) berkahwin dgn Yang Jeleha org Tembeling - hubungan dlm mak sdra/bapak sdra 2 pupu/3 pupu.

    BalasPadam
  14. Ayah Tok Gajah ini adalah orang Rao/Rawa, org Rawa ini ramai terdapat di Raub (hampir keseluruhan org Melayu di Raub dari keturunan ini, telah diadakan perhimpunan keturunan Rao pada 20.6.2006 di Majlis Daerah Raub dengan kehadiran DYMM Sultan Taufik Thaib Tuanku Muda Mahkota Alam di undang khas dari Pagar Ruyung dan majlis di rasmikan oleh Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin atas persaudaraan keluarga Rao, keluarga Rao Gopeng.turut bersama rombangan isteri Sultan,YM putri Reno, Yang DiPertuan Padang Nunang Tuangku Bustamin dan isteri kaum keluarga di raja,Timbalan Bupati Tanah Datar dan isteri,Bapak Jamilis (sarjana Hukum)dengan kehadiran keluarga Rao berjumlah 5000 orang dari Perak, Selangor, Pahang, Kelantan, Negeri Sembilan.Penglibatan org-org Rao semasa perang saudara Pahang 1857-1863 begitu penting, hulubalang dari Raub yg dibawa oleh Wan Daud ini bersaudara sesama mereka.yg menjadi ketua mereka ialah Tok Gajah.sebahagian dari hulu balang Rao Raub tersebut ialah, Panglima Tegu berasal dari Talu,Minangkabau salah seorang cucunya Datin Maznah isteri Dato Tg Mustapha bekas Wakil Rakyat Dong, Sultan Bangkahulu, Sultan Tengahari, Panglima Raja Haji Daud, Panglima Jo Pangang, Panglima Hj Muhammad Salleh dari Kg Ajai, Fakeh Garang dari Budu, Kuala Lipis ayah kepada Panglima Garang Abdul Samad, isterinya keturunan Datuk Baginda Demu dari Perak, bertali kerabat dgn Tengku kitam Fakeh Khalifah Saka Mas, di mana anaknya Panglima Garang Abdul Samad berkahwin dengan Enggik dari waris Merah Mas Tengku Muda Tanjung Alai, Ketuanan Padang Unang, Rao Mapattunggul. Rajo Pasak atau Imam Perang Pasak Matinggi dari Kampung Tualang Padang,Budu, - berasal dari Rao Padang Matinggi di gelar 'Raja Pasak' ertinya kekuatan atau tunggak kekuatan Rao dlm perang paderi 1821- 1837. Panglima Alam - sehingga kini dapat di kesan dua tokoh yg bergelar Panglima Alam dari Rao seorang tinggal di Budu dan isterinya Tok Puan, anak2nya Maliah, Mat Jusuh, Juling dan Mat Sam, seorang lagi Panglima Alam tinggal di Kuala Gali, isterinya bernama Rahmah, antara keturunannya Tok 4 Mansor Bin Shahpari,Kuala Gali.Hj Mohamad Baki dari Kg Temau, berasal dari Rao Kota Raja, menjadi Penghulu ke 3 Temau, Dong org Kampar, Imam Perang Hj Yusof Bin Tan Ibrahim - Penghulu Dong 1 berdasarkan sistem penjajahan Inggeris, selepas masuk ke Pahang pada 1888, pernah ditembak, tetapi peluru itu tidak lut kebadan beliau. Rujuk riwayat Imam Ishak dlm Riwaytul-Tammauwi,Zakaria Hitam,Norzait Selat1996 Pahang dulu dan sekarang, Muhd Yusof Hashim dan Aruna Gopinath halaman 74-75.

    BalasPadam
  15. Tok Gajah dilahirkan di Kg Temau pada tahun 1845 dan meninggal dunia di Kg Pasir Nering Hulu Terengganu pada tahun 1901, Mak Tok Gajah Wan Siti Ajar Bt Sheik Ali dilahirkan di Kg Chengkuas, Kuala Kenong, Lipis, anak Tok Gajah hasil perkahwinan yg kedua dengan isterinya org Budu ia itu Jebah Binti Ibrahim, anak yg sulong 1. Ahmad Pilus 2. Teh De. 3. Saripah. 4. Nadiah. 5. Abd Rahman (aki kepada Dato Mazlan Jamaluddin).(anak Tok Gajah dengan Jebah org Budu 3 lelaki, 2 perempuan. Teh De anaknya aruah Tok Empat Nong Tualang Padang, ayah Haji Pie .. catitan ini boleh di semak dgn En. Zainuddin Bin Mat Ali/Sg Isap 2, Kuantan.untuk rujukan tambahan: rujuk : Bingiksan Sejarah Raub: Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang...

    BalasPadam
  16. assalamualaikum..saya ingin mengesahkan siapa tok dagang dibudu..saya cucu imam itam mat deli..mencari susur galur saya...tolong bgi bantuan sekiranya tahu..terimakasih..cal/wssap..011-14208200..

    BalasPadam