PERIGI MAT KILAU

PERIGI SEJARAH MAT KILAU

Berdasarkan fakta sejarah, Perigi Sejarah Mat Kilau ini telah digali oleh salah seorang Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Mat Kilau bin Imam Rasu bersama-sama pengikutnya disekitar tahun 1890an. Perigi ini digunakan sebagai sumber air bagi penduduk setempat termasuklah Mat Kilau dan ayahndanya Imam Rasu atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah yang merupakan anak jati kampung ini. Perigi ini juga terkenal ke seluruh kampung di kawasan Mukim Budu seperti Kg Napal, Kg Kipas, Kg Terap, Kg Jerening hingga menjangkau ke Kg Chat, Kg Tualang Padang dan Kg Peruang.

Perigi ini telah menjadi saksi kepada kerakusan pihak British serta semangat perjuangan Mat Kilau bin Imam Rasu dan pengikutnya dalam mempertahankan Mukim Budu dan Daerah Lipis. Kawasan ini serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan di antara Mat Kilau dengan askar-askar Sikh di bawah pimpinan Colonel Walker dan Hugh Clifford. Peristiwa berdarah itu menyebabkan Kampong Budu musnah, apabila rumah-rumah dibakar serta binatang ternakan dibunuh. Rentetan dari penyerangan tersebut seluruh penduduk kampong telah melarikan diri ke Bukit Raya (Bukit Tacing).

Walaupun demikian, Perigi ini tetap wujud sejak zaman berzaman dan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:

a. Perigi ini tidak pernah kering walaupun di musim kemarau kerana saliran airnya berpunca dari mata air Bukit Gong.

b. Menjadi sumber air minuman, mandian dan kegunaan seharian bagi kanak-kanak sekolah yang berulang alik pada zaman dahulu, iaitu dari Sekolah Kebangsaan Budu ke kampong disekitarnya.

c. Air perigi ini berkhasiat untuk diminum apabila mengalami masalah terlekat tulang ikan. (Jangan bergantung dengan air perigi ini, tetapi hendaklah bergantung hati sepenuhnya dengan Allah SWT).

d. Walaupun fungsi Perigi Mat Kilau amat minima pada masa kini, namun penduduk setempat tetap meneruskan usaha-usaha menaiktaraf khazanah yang penuh bersejarah ini kerana ia sentiasa menjadi tumpuan dan masih boleh digunapakai sehingga hari ini.


Sumber Rujukan:

Jang Aisjah Mutalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Baharu:
Pustaka Aman, 1972
Kalthum Jeram. Hikayat Pahang,. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti, 1986

5 ulasan:

  1. SEDIKIT INFO :- Tok Gajah (Rasu Abdul Salam) di lahirkan di Kg Temau, Raub, tahun 1845 dan meninggal di Pasir Nering Hulu Terengganu 1901, ayahnya Tok Shahrum (Tengku Ali) duduk di Temau, orang Rao/Rawa. Ibu Tok Gajah: Tok Dinar. (Siti Hajar bt Sheik Ali) orang kg Chengkuas, Kuala Kenong, Kuala Lipis. Adik beradik Tok Gajah ada 5 org, 3 lelaki, 2 perempuan, adik beradiknya ialah , 1. Khatib Mat Arif (9 org anak), 2. Haji Mohd Amin(7 org anak), 3. Khatib Abd Salam (Tok Gajah)(23 org anak), 4. Hajjah Maimunah ( 3 org anak), 5, Ranting Mas (tiada anak) yg mengandung 7 bulan, (mati di bunuh oleh sepupunya Tok Zainal kerana merampas emas mentah, suaminya Hj Hasan Keramat, kubur kedua2 mereka ini ada di Hulu Temau,Raub. isteri Tok Gajah yg pertama, Cik Siti org Kuala Kenong, isteri kedua Tok Gajah di Budu, bernama Jebah bt Ibrahim, anaknya ada 5 org, 3 lelaki 2 perempuan, 1. Ahmad Pilus, 2. Teh De (ayah Tok 4 Nong Tualang Padang), 3. Saripah, 4. Nadiah, 5. Abd Rahman.(aki Dato Mazlan Jamaluddin/Penasihat). isteri ketiga Tok Gajah, Teh Mahda bt Tok Kaut,(org Burau/Pulau Tawar) anaknya ; 1. Mat Kilau 2. Teh Ibrahim 3. yang Chik (Mat Kilau aki kepada Cikgu Abu Bakar Hasan/ bekas ADUN Pulau Tawar). Mat Kilau di lahirkan di Kg Masjid Pulau Tawar, Jerantut pada tahun 1865, isteri ke 4 Tok Gajah : Bedah org Pulau Tawar, isteri ke 5, Mah - tiada anak, isteri ke 6, Cik org Pekan Sentol, isteri ke 7 Tijah. Dato Bahaman adalah menantu kepada Tok Gajah, Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjuangan dan kisah hidup Tok Gajah & Mat Kilau (rujuk U.M 24.Sept,1977.),(U.M.22.4.1998),Buku kajian kesahian Mat Kilau yg diterbitkan oleh kerajaan Negeri Pahang tahun 1969,Aruna Gopinath Sejarah Politik Pahang 1880-1935, Pahang Sejarah Dan Budaya (Norzait Selat), Bingkisan Sejarah Raub, Rao Dan Pagaruyung: Pertaliannya Dengan Raub Dan Pahang. Sila rujuk kepada keturunan Tok Gajah & Mat Kilau untuk mengetahui salahsilah keturunan ini dari ,Encik Zainuddin Ali/Sg Isap, Dato Mazlan Jamaluddin (Penasihat)(Kuala Lumpur), Dato Khairuddin Kawi(Jerantut), Dato Zulkifle Mohamad (Pekan), Tan Sri Rahim Mohamad (Pekan), Dato Shamsiah Bt Dato Abdul Hamid (Pekan), Encik Rostam Affandi/Encik Azmi Bin Tok Muda Nong (Jerantut)(ayahnya bekas Penghulu Mukim Budu/Tembeling),En.Zukarmi Bin Abu Bakar (Kuantan), Keluarga aruah Tok 4 Nong Tualang Padang,Mukim Budu, Persatuan Keturunan Tok Gajah & Mat Kilau di Perdana Business Centre,Bandar Damasara Perdana, Kuala Lumpur, hubungi Dato Zul, Salam.

    BalasPadam
  2. Salam TANPA NAMA - terima kasih atas info yg akan membantu generasi kini mengenali siapa mereka dan di mana asal-usul nenek moyang mereka. Wassalam.

    BalasPadam
  3. Salam & terima kasih atas maklumat ini. Sy cicit ahmad pilus dan sedang mencari maklumat salasilah keluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayah sy pon seingt sy sebahagian keluarga mat pilus..atuk saya nama mat tahar bin awang ngah

      Padam
  4. assalam mualaikum wbh...terima kasih atas semua info...sedang mencari salahsilah keturunan arwah ayah...Mohd Nasir Bin Othman, arwah nenda isteri bernama Zaharah...asal dr Pulau Tawar

    BalasPadam