Kg. Kita Dilanda Angin Kencang...

Salam Sdra/i..

Dukacita dimaklumkan bahawa angin kencang (ribut) telah melanda Kg. Budu dan sekitarnya. Khabornya boleh tahan juga kelajuan angin ini..sila rujuk

http://kampungcherang.blogspot.com/

PER: MESYUARAT AGONG PENUBUHAN KOPERASI ANAK2 BUDU

Salam Sdra/i yang dihormati...!!!

Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Anok2 Budu yang telah didaftarkan baru2 ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Syarikat2 Malaysia (R.O.S). Diantara Objektif Koperasi ini adalah menjana Ekonomi ahli-ahli secara berkumpulan melalui berbagai2 Bidang diantaranya dalam bidang Pengangkutan, Pelaburan, Saham, Pinjaman Kewangan dll.

Oleh itu satu Mesyuarat Agong Penubuhan Koperasi ini perlu diadakan dalam masa terdekat bagi memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh R.O.S. dan juga Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA).

Mesyuarat ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 10 April 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : KL International Hotel
Jalan Raja Uda (Area Chow Kit Road)
Kg. Baru KL.


Justeru itu tuan/Puan/sdra/i yang dikasihi dengan hormatnya dijemput hadir ke Mesyuarat Agong Penubuhan Koperasi ini sebagai langkah awal kita. bagi menjayakan Program penubuhan Koperasi ini. Langkah pertama ini perlu mendapat sokongan sdra/i kerana kita amat memerlukan antara 50 - 100 orang. Jika kita gagal mengumpul jumlah ini maka dengan Dukacitanya Pendaftaran Kopeasi kita ya g kita idamkan bagi membantu masa depan kita dan anak2 kita AKAN DIBATALKAN.

Saya bagi pihak AJK (Penaja) merayu kepada sdra/i semua yang berada disekitar KL, Shah Alam dan Bandar lain dalam Malaysia juga Sdra/i drpd Kampung Budu, untuk HADIR meyokong disamping mencukupkan Korum yang dinyatakan diatas.

Kerjasama daripada sdra/i amat kami (AJK Penaja) sanjung tinggi dan diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Wassalam.

Ibrahim abdullah
Setiausaha
Kelab Budu di Ibukota
010-2120203

PM DI KUALA LIPIS (LEPEH)

Sabtu, 2010 Mac 20
Najib Sebak Pulang Ke Lipis

foto by Kumprinx

KUALA LIPIS: Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lawatannya sehari hari ini ke Kuala Lipis, bukanlah sebarang lawatan.

Ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda Tun Rahah Mohd Noah, program sehari beliau bersama warga Lipis, tempat kelahirannya begitu bermakna sekali.

Lawatannya ke tempat kelahirannya itu merupakan yang pertama kali sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

"Saya begitu tersentuh hati bila orang Lepeh (sebutan Lipis) mengibaratkan saya sudah "balik ke Lepeh", dan saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan Umno dan Barisan Nasional Lipis, di sini.

Perdana Menteri berkata sejak pagi tadi selepas menghadiri program Sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan lawatan ke rumah kelahirannya di Bukit Bius, emosinya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan.

Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Lipis ketika menyambut Najib merasmikan program kementerian itu.

Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata beliau juga terharu ketika ditawarkan bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum 2004 berikutan keputusan agak kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum sebelum itu.

"Pada 1999 (pilihan raya umum) saya hadapi masalah di Pekan, saya menang cuma 241 undi majoriti.

"Saya sayang "Lepeh" tapi saya yakin orang Pekan masih menerima saya," katanya.

Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 ketika Allahyarham Tun Razak dan Tun Rahah menetap di Kuala Lipis.

Berucap pada sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah sebelum itu juga, Najib berkata beliau memaklumkan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya majlis sambutan itu tidak sesekali diadakan di Pekan.

"Apabila Datuk Seri Shafie kata nak buat di Lipis, saya begitu teruja sekali, malah bonda saya juga berkata walau apa pun, beliau pasti akan datang juga," kata Najib.

Beliau kemudiannya turut melawat rumah kelahirannya yang kini menjadi kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Bius di sini yang ternyata menggamit memori beliau 57 tahun lepas.

Najib yang ditemani Rosmah dan Rahah tiba di rumah berkenaan kira-kira 1.25 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit.

Beliau nyata begitu teruja semasa menatap gambar-gambar lamanya ketika dibesarkan di rumah berkenaan. - BERNAMA

Gurindam dari Lipis

Anak Lipis dewasa di Pekan,
Turun waris pemimpin ternama,
Alhamdulilah syukur kita lafazkan,
Satu Malaysia rakyat di utamakan.

Turun waris pemimpin ternama,
Bagai harimau meninggalkan belang,
Satu Malaysia rakyat diutamakan,
Bersatu melonjak prestasi cemerlang.

Bagai harimau meninggalkan belang,
Masyhur sejarah musim berzaman,
Bersatu melonjak prestasi cemerlang,
Makmur Malaysia sepanjang zaman.

Oleh : Rahmin Mahasan

PM TURN KE LIPES...!!!

PM rasmi sambutan ulangtahun KKLBW ke-50 di Lipis
15/03/2010 4:54pm


KUANTAN 15 Mac. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sambutan ulangtahun ke-50 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, Kuala Lipis, Sabtu ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada sambutan itu, Najib dijangka melawat rumah kelahirannya di Bukit Bius, Kuala Lipis. - Utusan

Urgent: Majlis Perasmian Kg. Budu Bersejarah oleh YB Menteri..

PER: PROGRAM PERJUMPAAN KETURUNAN DAN WARIS TOK GAJAH DAN MAT KILAU DI KG BUDU KUALA LIPIS PAHANG

Didahului dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Di doakan semoga tuan dan keluarga sentiasa berada di dalam limpah rahmat yang bertali arus dari Allah SWT.

Berlanjutan dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau (PWKTSTGMK) yang diketuai oleh Penasihatnya Dato’ Mazlan bin Hj Jamaluddin dengan kerjasama JKKK Kg Budu dan Kg Terap akan mengadakan perjumpaan di Kg Budu seperti berikut:



Tarikh: 13 dan 14hb Mac 2010

Masa: 1.30 tengahari

Kehadiran: 400 orang (termasuk penduduk kampong)

Aturcara: seperti disertakan



Antara objektif perjumpaan ini diadakan di Kg Budu adalah:

a. Mengenang kembali daerah Hulu Pahang (Mukim Budu) sebagai sebuah kawasan yang menjadi tunggak kepada perjuangan pahlawan-pahlawan negeri Pahang semasa Perang Saudara dan Peperangan menentang penjajah yang diketuai oleh Tok Gajah dan anakndanya Mat Kilau.

b. Menjejaki kawasan tanda sejarah seperti Kubu Parit Dalam, Perigi Sejarah, Tapak Peperangan dan sebagainya yang boleh dibangunkan melalui Kementerian Pelancungan bagi tujuan Tapak Warisan yang akan mendatangkan sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

c. Mengeratkan silaturahim antara ahli persatuan dan penduduk yang mana kebanyakkan penduduk kampong budu mempunyai talian darah dengan keluarga Tok gajah dan Mat Kilau.


ATURCARA PROGRAM PERJUMPAAN PWKTSTGMK

Tarikh: 13hb Mac 2010

1.00 tengahari Ketibaan ahli PWKTSTGMK dan penduduk kampong

1.30 petang Sholat Zohor

1.45 petang Bacaan Yasin dan Tahlil

2.15 petang Makan Tengahari

3.00 petang Majlis Dialog Bersama Penduduk

a. Keagungan Mukim Budu

b. Koperasi

c. Pembangunan Kampung Terancang

4.50 petang Sholat Asar

5.15 petang Upacara Perasmian

a. Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

b. Bacaan Doa

c. Ucapan Wakil Penduduk

d. Ucapan Wakil Waris

e. Ucapan Perasmian oleh Menteri
di Jab. Perdana Menteri
(YB Dato’ Sri Mohd Nazri Tan Sri Aziz)

f. Penyampaian Momento/Cenderamata

g. Majlis Bersurai



6.45 petang Jamuan Ringan

9.00 malam Majlis Silaturahim Penduduk dan Waris

a. Pengesahan dan Perbincangan CarKeluarga

b. Mengacau Dodol

c. Ramah Mesra/Perbincangan

11.00 malam Majlis Ditangguhkan

Tarikh: 14hb Mac 2010

7.30 pagi Sarapan pagi

8.30 pagi Lawatan ke tempat bersejarah

a. Kubu Parit Dalam

b. Perigi Sejarah Mat Kilau

c. Tapak Peperangan

d. Jalan Lama Bersejarah

12.30 tengaharu Program Bersurai

Cdr Roslizan bin Hj Ahmad Mahidin RMN (Retired) KAT, PPS, PPA
Training Director
Pusat Pembangunan Modal Insan
d/a Langkah Ikhtiar Sdn Bhd


Training Centre:
No 156B, Kampung Budu, 27310 BENTA
Pahang Darul Makmur, Malaysia

PERIGI MAT KILAU

PERIGI SEJARAH MAT KILAU

Berdasarkan fakta sejarah, Perigi Sejarah Mat Kilau ini telah digali oleh salah seorang Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Mat Kilau bin Imam Rasu bersama-sama pengikutnya disekitar tahun 1890an. Perigi ini digunakan sebagai sumber air bagi penduduk setempat termasuklah Mat Kilau dan ayahndanya Imam Rasu atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah yang merupakan anak jati kampung ini. Perigi ini juga terkenal ke seluruh kampung di kawasan Mukim Budu seperti Kg Napal, Kg Kipas, Kg Terap, Kg Jerening hingga menjangkau ke Kg Chat, Kg Tualang Padang dan Kg Peruang.

Perigi ini telah menjadi saksi kepada kerakusan pihak British serta semangat perjuangan Mat Kilau bin Imam Rasu dan pengikutnya dalam mempertahankan Mukim Budu dan Daerah Lipis. Kawasan ini serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan di antara Mat Kilau dengan askar-askar Sikh di bawah pimpinan Colonel Walker dan Hugh Clifford. Peristiwa berdarah itu menyebabkan Kampong Budu musnah, apabila rumah-rumah dibakar serta binatang ternakan dibunuh. Rentetan dari penyerangan tersebut seluruh penduduk kampong telah melarikan diri ke Bukit Raya (Bukit Tacing).

Walaupun demikian, Perigi ini tetap wujud sejak zaman berzaman dan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:

a. Perigi ini tidak pernah kering walaupun di musim kemarau kerana saliran airnya berpunca dari mata air Bukit Gong.

b. Menjadi sumber air minuman, mandian dan kegunaan seharian bagi kanak-kanak sekolah yang berulang alik pada zaman dahulu, iaitu dari Sekolah Kebangsaan Budu ke kampong disekitarnya.

c. Air perigi ini berkhasiat untuk diminum apabila mengalami masalah terlekat tulang ikan. (Jangan bergantung dengan air perigi ini, tetapi hendaklah bergantung hati sepenuhnya dengan Allah SWT).

d. Walaupun fungsi Perigi Mat Kilau amat minima pada masa kini, namun penduduk setempat tetap meneruskan usaha-usaha menaiktaraf khazanah yang penuh bersejarah ini kerana ia sentiasa menjadi tumpuan dan masih boleh digunapakai sehingga hari ini.


Sumber Rujukan:

Jang Aisjah Mutalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Baharu:
Pustaka Aman, 1972
Kalthum Jeram. Hikayat Pahang,. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti, 1986

http://adunbenta.blogspot.com/

Salam sdra/i ...sukacita dimaklumkan Blog YB Benta telah diwujudkan..
akan datang sdra/i boleh menyalurkan masalah sdra/i ke ruangan ADUAN RAKYAT..
buat masa ini lihat ini dulu:

http://adunbenta.blogspot.com/

Terima kasih.

S/usaha
KELABUDU
KL