Moh Kita Promosikan Permainan Tarek Upeh wehh...

Pernoh ke tidak deme main Upih Pinang masa zaman budak2 dulu....kalau tak pernah cuba baca ini....dan ajor kpd anok2 kita .... main tarik upih ni....supaya budak2 sekarang boleh membentuk fizikal yang keras sprt tulang, otot dan membina stamina.

Mendelah Main Tarik Upih ni???
Upih pinang adalah pelepah daun pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja. Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan