TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN GHAZALI SHAFIE

'King Ghaz' disemadikan di Makam Pahlawan
Jan 25, 10 5:40pm

Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia semalam disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini kira-kira jam 2.30 petang tadi.


Lebih 200 sanak saudara, kenalan dan dif-dif kehormat hadir memberi
penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negara.

Antara dif kehormat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan beberapa menteri dan timbalan menteri kabinet lain.

Dilahirkan di Kuala Lipis, Ghazali, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada 7.45 malam, semalam.

Sebelum itu, jenazah dimandi, dikapan dan disembahyangkan di Masjid al-Mujahiddin, Damansara Utama berhampiran rumah adik perempuan Allahyarham, Datin Yuhanie Shafie, 78, pada kira-kira jam 10 pagi.

Jenazah Allahyarham turut disembahyangkan selepas solat zohor pada kira-kira jam 1.30 petang di Masjid Negara dengan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Suasana pilu menyelebungi Makam Pahlawan

Suasana pilu menyelubungi Makam Pahlawan bila talqin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.

Anak saudaranya Datuk Amin Raiffe Othman, yang mewakili anggota keluarga Ghazali, berkata beliau sekeluarga merakamkan penghargaan kerana diberi penghormatan pengkebumian Allahyarham di Makam Pahlawan.

"Saya mewakili anggota keluarga mengucapkan terima kasih dan penghargaan tinggi kami sekeluarga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kerana memberi penghormatan negara dengan pengkebumian di Makam Pahlawan," katanya kepada pemberita selepas upacara pengkebumian.


Mengenai cadangan Najib agar kerajaan melantik seseorang untuk menulis memoir Ghazali, beliau berkata keluarganya akan membantu mengumpul bahan untuk penghasilan memoir itu termasuk mendapatkan beberapa catatan yang pernah ditulis oleh Allahyarham.

"Kami akan bantu kerana dia (Tun Ghazali) ada tulis, catat dalam buku dia walau tidak complete (lengkap), kami akan bantu usaha membukukan supaya rakyat tahu keadaan dan contribution (sumbangan) yang orang lain tak tahu," katanya.

- Bernama

Alfatihah buat Arwah "King Ghaz" Bismillahhirahmanirahim...alhamdulillah hirabilalamin.....end. Kami AJK KELAB ANAK2 MUKUM BUDU merasa amat terharu dan sedih diatas pemergian Allahyarham yang banyak menabur jasa kpd K.Lipis, Negeri Pahang dan Negara Malaysia. Kami merakamkan Takziah teramat sangat kepada semua keluarga sedara mara Allahyarham. Kami doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan para ambia'. TK.

KENANGAN: TANAM BENEH PADI 1960an

Kerja2 begini menjadi perkara biasa kepada Pak Long, Pak Ngoh, Pak Andak, Abang2 dan juga Pareh2(sebaya) Komeh..disekitar Tahun 1960an..iaitu Kerja Menanam Padi dalam Paya(sawah) di Kampung2 kita bagi saraan hidup keluarga...Kerja2 ini sebenornya amat meriah sekali...ia bagaikan Satu Pesta Tahunan bagi Komeh bersuka ria bergurau senda...enjoy...kerana dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu dgn lain...kalau tak caya ...tanya dgn Pok sdra/Abg2 kita yang masih hidup lagi...sprt Nyang Hood, Abg Nong (ayoh EE/Rudin@Jemmy...bekas abang ipor komeh juga), Tanya DJ, Akik K'ong, Tok Empat Nan, Tok Epat Pak Itam Cheng..dll lagi...berkenaan kerja2 "MENANAM BENIH CARA BERDERAU" ini. Kerja2 ini dilakukan oleh semua orang Kampung Ketika itu yg tinggel dalam ADUN Benta termasuk Kg. Budu, Kg. Terak, Kg. Cherang, Kemahang, Tanjung Besor, Jerangsang, di Kacu, Batu Boya, Jeram Besu, Ulu dan Kuala Atok, Penjom, tempoyang, Padang tengku, Gua, relong, Mela, Kerambit dan seluruh Kampung Daerah Lepeh....lepas menanam beneh ni...komeh "Pekena" Bubur special 2 atau 3 mangkok...sprt bubur kacang atau bubur beras/Cha cha, bubur sagu, keledek, ubi kayu atau bubur pisang bersama Teh Susu/"O"...woowww...sedaknya!!!. Beberapa hari sebelum kerja berderau tanam benih ni....ada kerja2 bederau yg lain juga dibuat iaitu...kerja2 "BERDERAU CABUT BENIH"..Ditapak Semaian diatas Bukit Raya sana...Menjadi perkara Wajib...lepas shja keja2 cabut benih...tuan rumah mesti menyediakan makanan tradisi orang Pahang/Budu...iaitu..PULUT KUKUS MAKAN DENGAN TAHI MINYOK atau PULUT KUKUS MAKAN DGN SAMBEL IKAN BILIS/IKAN TAKOK (MASIN)...dgn berpinggankan DAUN PALAS SEGAR yang terdapat ditepi2 hutan berdekatan.. S/Usaha masih teringat2 dan terbayang peristiwa dan budaya berderau (bergotong royong)tersebut yang penuh ceria...gurauan...teringet Arwoh Pak Andok Akob "PAKAR BALING BOOM TANAH KEKEPALA' ...alfatihah utk dia....So, apa kata Jamuan Hari Raya Tahun 2010 ini kita masukkan Menu PULUS KUKUS MAKAN DGN TAHI MINYOK/IKAN BILIS/IKAN MASIN?????? sekali...demeh setuju tak??..tlg reply dlm C-BOX...belah kanan Blog ni...

TQVM.

S/Usaha
KELAB KEBAJIKAN ANAK2 MUKIM BUDU

Moh Kita Promosikan Permainan Tarek Upeh wehh...

Pernoh ke tidak deme main Upih Pinang masa zaman budak2 dulu....kalau tak pernah cuba baca ini....dan ajor kpd anok2 kita .... main tarik upih ni....supaya budak2 sekarang boleh membentuk fizikal yang keras sprt tulang, otot dan membina stamina.

Mendelah Main Tarik Upih ni???
Upih pinang adalah pelepah daun pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja. Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.

Moh Belajor Cakak Budu @ Benta dan Lepeh...

Cuba demeh pegi ke Blog ni....banyok bahasa budu/benta yang tak pernoh kita jumpa... bahasa budu/benta ni endah sebenornya....yelah ianya...ayoh/mok.aki.wan..moyang kita ta cakakkan (cakapkan) dolu2...mengkenya kala kita seme tak endok belajor dan juga segan nok cakak atau malash ambek tau...lama2nya bahasa kita tehhh nye pupush (pupus) atau pun lenyak (hilang)...jadinya kita e seme ucakkan timekasih lah kepada group dan pakar membuat bahasa budu benta ni dalam bentuk kamus ni....kawas tabik lah kpd demehnya..jadi...blog dimaksudkan ialah:

http://blogkomeh.blogspot.com/

Cut/copy and paste....potong/salin dan tampel...di URL diatas tehh..

YQVM.