JEMPUTAN JAMUAN HARI RAYA IKATAN

Salam Datok/Tn/Pn/Sdra/i sekelian..
Dengan hormetnye dijemput ke Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Kelab Ikatan Anak2 Watan Kg. Budu Di Perantauan (IKATAN), yang akan diadakan pada 2 hb. Oktober 2010, Masa: 3.00 ptg, bertempat di KL International Hotel Kg. Baru (Area Chow Kit Road/Masjid Pakistan). Sdra diminta memakai Baju Melayu bersamping atau Berbaju Batik/Pakaian Kemas.
TK.

Ain
S/Usaha
(FB: ibrohim milosovik)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DRPD KAMI

Salam sdra/i,
Saya bagi pihak AJK Kelab IKATAN ANAK2 BUDU DI IBUKOTA DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI ANAK2 BUDU, merakamkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dgn ucapan MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN jika ada tersilap dan salah kami selama ini.Terima kasih banyak2 kerana sdra/i telah memberi sokongan yang padu kepada Kelab IKATAN ANAK2 BUDU dulu kini dan selamanye. Diharap sdra/i dapat memberi sokongan kepada "Baby" kita iaitu KOPERASI IKATAN ANAK2 BUDU yang baru saja diluluskan.

JEMPUTAN JAMUAN HARI RAYA 2010

Salam Sdra/i yang dikasihi,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri IKATAN ANAK WATAN DIIBUKOTA (IKATAN)pada tahun ini akan diadakan pada 2hb. Oktober 2010 (Sabtu), jam 2 - 5 ptg bertempat di KL International Hotel Kg. Baru , sedikit bayaran akan dikenakan kepada sdra/i yang menyertainya. Warga Kg. Budu dan Anak2 Watan berasal drpd Kg.Budu yang menetap di KL & Lembah Kelang dengan hormatnye dijemput hadir ke Jamuan ini. Sebarang kemusykilan sila berhubung dgn salah seorang urusetia berikut: Sdra Azman Shah bin Hj. Abdullah (012-6165838); Abd. Halim Husin (019-2869295); Mohd Zaili Mohd Yusof (019-3113573); Ibrahim Abdullah (017-3442020); Hj. Anuar bin Abd. Rahman (012-3040194); A. Halim Abdullah (019-2404931); Roslah Mohd Yusof (012-2538583); Haniza bt Abdul Rahman (013-3655383) atau Nurulhana bt Abd. Halim (017-3365821).

TK.

S/usaha IKATAN
FB: ibrohim milosovik

LUBUK BESOR KG. BUDU

Wednesday, August 11, 2010
SEJARAH LUBOK BESOR BUDU
Lubuk Besar merupakan tempat yang paling strategik dan menjadi kawasan penempatan yang utama hinggalah kezaman kedatangan Penjajah Inggeris. Malah dizaman penjajahan Inggeris kawasan persekitaran seperti Bukit Engku, Kg. Gong, Lentang dan disekitarnya adalah merupakan pusat penempatan. Bukti sejarah menunjukan terdapatnya sekolah, Makamah Traditional, wakaf dibina di kawasan persekitaran Lubuk Besar, sementara Kampung Napal merupakan sebuah Tanjung yang terpisah oleh sungai Teka atau tasik.

Lubuk Besar merupakan benteng pertahanan kepada kampung-kampung lain di bahagian ulunya. Lubuk Besar tempat pertemuan 2 muara sungai yang lain yang kini dikenali sebagai Alor Budu dan Alor Gong. Banyak sejarah Hitam bermula di Lubuk Besar. Dizaman penjajahan Inggeris, Kampung Budu dibakar hanya setelah benteng pertahanan di Lubuk Besar Tumpas. Sejarah membuktikan benteng pertahanan di Napal, Parit Dalam tidak dapat bertahan dengan asakan tentera Inggeris yang disokong oleh Tentera Sepoi/Gurka.Menurut cerita-cerita orang tua, tempat-tempat pertempuran, benteng atau kubu-kubu mempertaruhkan banyak nyawa pahalawan-pahlawan Budu dan kampung-kampung lain. Atas alasan ini lah tempat-tempat ini dianggap ‘Keras’ hingga kehari ini.

Sekian terima kasih
Sumber drpd Laman Blog Daq:
http://rachap.blogspot.com/

dinner cliffordian 31 julai 2010

Photo2 ini dipinjamkan drpd FB Anak Cik Gu Shaaban...untuk tujuan kebaikan bersama.

1. Surat Jemputan Majlis Dinner 31 Julai 2010..diedarkan oleh AJK Publisiti dan Jemputan mulai bulan Feb/Mac 2010...kerja kuat kami ketika itu..!!!.

2. Khemah telah dipasang diatas Padang Bolasepak Clifford..cantek.??

3. Kambing Panggang dah siap untuk dijamu kepada tetamu X Cliffordian malam nanti...menyelerakan..??

4. Tetamu ...ramai nampaknya..Terima kasih sdra/i...menghadirkan diri..!!

5. Pancaragam Undangan memulakan Majlis....sedang memainkan lagu2 Evergreen..??

6. Acara kemuncak...Penyanyi No. 1 Negara yang juga merupakan X Cliffordian Lipis...Ybhg Datok Siti Nurhaliza mendendangkan lagu...menghiburkan tetamu...Terima Kasih banyak2 Datok...atas sumbangan!!!

7.AJK dan Urusetia dijemput ke Pentas menyumbangkan suara/menunjukan bakat terpendam menyanyikan lagu2..!!

8. Salah seorang AJK menunjukkan bakat "Dangdut" menari bersama dgn Datok Siti...woowwww..Braabo...tu..tuan!!

9. Tetamu VVIP dan semua puashati Majlis Malam tu berjaya diadakan...HIDUPPP CLIFFORDIAN Sekolah kita...!!!

10. VVIP YBhg Datok Suhaimi Ibrahim - Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Masyarakt turut meluangkan masa ke Majlis Dinner Cliffordian walaupun YBhg Datok busy/sibuk...terima kasih Datok menjenguk rakan2/sahabat handai/sedara mara di Lepeh...!!!

11. Selendang Cliffordian turut direka Khas sempena Dinnaer Cliffordian pada 31 Julai 2010...Tahniah kepada AJK/Urusetia berjaya menjayakan Majlis dan bagi Pihak AJK kami ucapkan terima kasih kerana sudi hadir..kepada yang tak dapat hadir (termasuk saya)...kita jumpa di Lain Majlis dimasa akan datang yang pasti lebih hebat dan meriah lagi...TQ, Xie Xie, Nandre drpd kami AJK Majlis.


TK banyok2..
FB: ibrohim milosovik

DINNER CLIFFORDIAN OLD BOY'S

Salam sdra/i..
Old Cliffordian Boy's akan mengadakan Majlis Makan Malam (Dinner) dan Hari Keluarga bagi bekas Pelajar Clifford pada 31 Julai (8 Mlm - Dinner) dan 1 Ogos 2010 (8.30 pagi - Aktiviti)..bertempat di Kawasan Sekolah Clifford K.Lipis..Jemput semua hadir.....untuk keterangan lanjut sila hubungi E-Mail: cik gu Shaaban S/usaha Program (shaabanjaffar@yahoo.com)...atau lihat Facebook saya (ibrohim milosovik) TK. Ibrahim Urusetia Program.

PHOTO SEKITAR MESYUARAT KOPERASI

Banner yang berlogokan Bunga Padi sebagai lambang Koperasi Ikatan Persaudaraan Anok2 Kg. Budu hasil ciptaan Sdra Daq dipaparkan di Screen Hotel KL International KL, mengalu2kan kehadiran Ahli-ahli Koperasi daripada KL, Lipis, Kuantan dan Bandor lain di Pahang termasuk juga mengalu2kan Sdra/i drpd Kampung Budu.

Sesungguhya salah satu tujuan penubuhan Koperasi ini adalah ingin membantu Ahli2 dan juga Sdra mara di Kampung Budu (Jika Ahli) dalam bidang seperti yang digariskan dalam Buku Aturcara Mesyuarat iaitu Bidang Kepenggunaan, Perkhidmatan dan Pembinaan serta Aktiviti Koperasi yang sesuai.

Komeh mintok sokongan padu daripada sdra mara di Kampung/KL/Pahang marilah sama2 menjadi Ahli Koperasi ini kerana dengan sokongan yang padu dan ramei2 menjadi Ahli, maka Koperasi kita akan bertambah banyok "Dana/Modal".

Mengkala bila banyok "Dana/Modal" kita maka banyoklah projek2 yang boleh kita rancang dan laksanakan dimasa akan datang. Perlu ditegaskan bahawa segala Projek Koperasi kita nanti, masih belum tahu lagi setakat ini apakah projek2 nok dibuat dan dimana projek2 akan dilaksanakan serta bilakah projek2 itu dimulakan. Fokus utama kami mencari Ahli seberapa ramei dan mengumpul "Dana/Modal".

Mengikut Mesyuarat pada 10 April 2010, mesyuarat bersetuju menetapkan Yuran Masuk menjadi Ahli ialah RM50.00 setiap ahli. Manakala saham Koperasi ditentukan RM1.00 setiap saham (Minimum saham dijual RM100). Kedua-dua pembayaran tersebut masih lagi belum dibuka kepada Ahli sebab kita sekarang sedang menunggu kelulusan Jabatan Koperasi Malaysia terlebih dahulu. Diharap sdra/i bersabor sedikit masa lagi, Inshaallah komeh akan maklumkan dalam Blog ini bila kelulusan telah diperolehi.

Selamet Bersidang weeehhh!!!.

Sebahagian Ahli sedang mendaftarkan nama mereka, kehadiran pada petang itu seramai 59 Ahli, ini telah mencukupi Korum yang dikehedaki oleh Jabatan Koperasi. Alhamdulillah.

Sebahagian drpd Ahli2 yang hadir semasa mesyuarat Koperasi semalam.Kadang2 bila tengok air muka masing2 yang riang gembira macam suasana Hari Raya pulak??

Poohhh..!!!Kameraman ni, sedang posing sebab lepas ni segala peristiwa dalam Dewan akan dirakamkan olehnya.

Ahli2 Koperasi yang hadir serius mendengor taklimat drpd Sdra Haji Anuar Deraman berkenaan hala tuju dan skop Koperasi yang di Pengerusikan oleh Sdra Abdul Halim Hussin.

Cik Gu Yahya Sidek Imam Kampung Budu turut hadir dan membacakan doa bagi memohon kehadrat Illahi memberkati Majlis yang bersejarah ini, turut hadir dalam Majlis ini YBhg Dato' Mazlan Kamaluddin - Penasihat Persatuan Keturunan Tok Gajoh Mat Kilau, Sdra Atan Komanden, Sdra Othman dll, turut hadir bersama memberi sokongan menjayakan Penubuhan Koperasi Ikatan Persaudaraan Kampung Budu,

Sebahgian Ahli bergambar ramei bersama Ahli Lembaga Pengarah dan Naib Yang Dipertua ANGKASA Malaysia(Sdra Jama Abdullah - Jerning)


10 Orang Ahli Lembaga Pengarah dipilih:
Pengerusi: Sdra Haji Azman Shah Abdullah
Tim. Pengerusi: Sdra Abdul Halim Hussin
Setiausaha: Sdra Haji Anuar Abdul Rahman
Bendahari: Sdra Mohd Zaili Mohd Yusof
Sdra Ibrahim Abdullah
Sdra Zamri Zulkifli
Sdra Halim Abdullah
Sdri Roslah Mohd Yusof
Sdra Haniza Abdul Rahman
Sdri Nurul Abdul Halim


Bagi mengesahkan segala Minit Mesyuarat disediakan oleh Setiausaha dan Lembaga Pengarah, Satu Jawatankuasa Khas diperlukan oleh Kementerian Koperasi Malaysia iaitu AHLI JAWATANKUASA PENENTU SAH MESYUARAT seramai 10 orang, gambar diatas adalah 10 orang telah dipilih dalam Masyuarat semalam, iatu:
Sdra Azman Shah Abdullah
Sdra Mohd Zaili Mohd Yusof
Sdra Mohd Zamri bin Zulkifli
Sdra Ishak bin Mohamad
Sdra Hamzah bin Raffar
Sdra Mohd Hairul bin Tahir
Sdra Mohd Hasni bin Abdul Hamid
Sdri Maziah bte Abdullah
Sdri Haniza bte Abdul Rahman
Sdri Hanim bte Azman

PROGRAM PERJUMPAAN WARIS DAN KETURUNAN ”INDERA GAJAH”

MAJLIS PERASMIAN – Majlis dimulakan dengan perarakan tetamu kehormat yang terdiri dari Dato’ Hj Mazlan mewakili Dato Seri Mohd Nazri, YB Dato’ Ir Hj Mohd Soffi, Encik Nasda, Encik Abd Karim dan lain-lain dari tebing Sg Teka (gimik ketibaan panglima Melayu) dengan diringi paluan kompang, bunga manggar sehingga ke pintu masuk dewan dengan disambut oleh taburan bunga rampai. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Juruacara majlis Sdr Roslizan, Ucapan Setiausaha Agong PWKTSTGMK, ucapan Dato’ Mohd Soffi seterusnya ucapan perasmian oleh Dato’ Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Abd Aziz yang diwakili oleh Dato’ Hj Mazlan. Dato Mohd Soffi telah menyumbangkan sejumlah RM3,000 bagi memajukan usaha pembangunan di PPMI melalui persatuan waris.
3.5 Setelah selesai upacara perasmian, gimik dengan menanam pokok jarak di sekitar PPMI telah dilakukan oleh tetamu kehormat iaitu Dato’ Mazlan, Dato’ Mohd Soffi, Prof Dr Ahmad Kamal dan En Nasda. Seterusnya tetamu kehiormat dan semua tetamu dijamukan dengan hidangan minuman petang,

MAJLIS SILATURAHIM – Majlis ini diadakan setelah waris makan malam. Aktiviti ini mendapat sambutan dari beberapa penduduk kampung apabila acara mengacau dodol dijalankan oleh anak-anak muda dan warga tua. Disamping itu, sebahagian dari waris termasuklah Dato’ Suhaimi, Encik Baharin, Cikgu Nor, Dr Haizam, Encik Nasda terlibat di dalam mengemaskini carta keluarga. Majlis pada malam ini berakhir hampir jam 2 pagi.

LAWATAN KE TAPAK BERSEJARAH -. Terdapat 4 tempat bersejarah yang ada di sekitar PPMI iaitu Perigi Sejarah Mat Kilau, Kubu Parit Dalam, Sg Teka dan Tapak Perkuburan Kg Empau iaitu kubur pengikut Tok Gajah dan Mat Kilau. Hasil dari lawatan ini, waris yang terlibat dapat melihat dengan lebih jelas penat jerih dan kepayahan yang ditempuh oleh nenek moyang kita semasa mempertahankan bumi yang tercinta.

Kg. Kita Dilanda Angin Kencang...

Salam Sdra/i..

Dukacita dimaklumkan bahawa angin kencang (ribut) telah melanda Kg. Budu dan sekitarnya. Khabornya boleh tahan juga kelajuan angin ini..sila rujuk

http://kampungcherang.blogspot.com/

PER: MESYUARAT AGONG PENUBUHAN KOPERASI ANAK2 BUDU

Salam Sdra/i yang dihormati...!!!

Sukacita dimaklumkan bahawa Koperasi Anok2 Budu yang telah didaftarkan baru2 ini telah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Syarikat2 Malaysia (R.O.S). Diantara Objektif Koperasi ini adalah menjana Ekonomi ahli-ahli secara berkumpulan melalui berbagai2 Bidang diantaranya dalam bidang Pengangkutan, Pelaburan, Saham, Pinjaman Kewangan dll.

Oleh itu satu Mesyuarat Agong Penubuhan Koperasi ini perlu diadakan dalam masa terdekat bagi memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh R.O.S. dan juga Angkatan Koperasi Malaysia (ANGKASA).

Mesyuarat ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 10 April 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : KL International Hotel
Jalan Raja Uda (Area Chow Kit Road)
Kg. Baru KL.


Justeru itu tuan/Puan/sdra/i yang dikasihi dengan hormatnya dijemput hadir ke Mesyuarat Agong Penubuhan Koperasi ini sebagai langkah awal kita. bagi menjayakan Program penubuhan Koperasi ini. Langkah pertama ini perlu mendapat sokongan sdra/i kerana kita amat memerlukan antara 50 - 100 orang. Jika kita gagal mengumpul jumlah ini maka dengan Dukacitanya Pendaftaran Kopeasi kita ya g kita idamkan bagi membantu masa depan kita dan anak2 kita AKAN DIBATALKAN.

Saya bagi pihak AJK (Penaja) merayu kepada sdra/i semua yang berada disekitar KL, Shah Alam dan Bandar lain dalam Malaysia juga Sdra/i drpd Kampung Budu, untuk HADIR meyokong disamping mencukupkan Korum yang dinyatakan diatas.

Kerjasama daripada sdra/i amat kami (AJK Penaja) sanjung tinggi dan diucapkan dengan jutaan terima kasih.

Wassalam.

Ibrahim abdullah
Setiausaha
Kelab Budu di Ibukota
010-2120203

PM DI KUALA LIPIS (LEPEH)

Sabtu, 2010 Mac 20
Najib Sebak Pulang Ke Lipis

foto by Kumprinx

KUALA LIPIS: Bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, lawatannya sehari hari ini ke Kuala Lipis, bukanlah sebarang lawatan.

Ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan bonda Tun Rahah Mohd Noah, program sehari beliau bersama warga Lipis, tempat kelahirannya begitu bermakna sekali.

Lawatannya ke tempat kelahirannya itu merupakan yang pertama kali sejak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.

"Saya begitu tersentuh hati bila orang Lepeh (sebutan Lipis) mengibaratkan saya sudah "balik ke Lepeh", dan saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan," katanya ketika berucap pada majlis ramah mesra dengan Umno dan Barisan Nasional Lipis, di sini.

Perdana Menteri berkata sejak pagi tadi selepas menghadiri program Sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan lawatan ke rumah kelahirannya di Bukit Bius, emosinya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan.

Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Lipis ketika menyambut Najib merasmikan program kementerian itu.

Perdana Menteri yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata beliau juga terharu ketika ditawarkan bertanding di Parlimen Pekan pada pilihan raya umum 2004 berikutan keputusan agak kurang memberangsangkan pada pilihan raya umum sebelum itu.

"Pada 1999 (pilihan raya umum) saya hadapi masalah di Pekan, saya menang cuma 241 undi majoriti.

"Saya sayang "Lepeh" tapi saya yakin orang Pekan masih menerima saya," katanya.

Najib dilahirkan pada 23 Julai 1953 ketika Allahyarham Tun Razak dan Tun Rahah menetap di Kuala Lipis.

Berucap pada sambutan 50 tahun Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan wilayah sebelum itu juga, Najib berkata beliau memaklumkan kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya majlis sambutan itu tidak sesekali diadakan di Pekan.

"Apabila Datuk Seri Shafie kata nak buat di Lipis, saya begitu teruja sekali, malah bonda saya juga berkata walau apa pun, beliau pasti akan datang juga," kata Najib.

Beliau kemudiannya turut melawat rumah kelahirannya yang kini menjadi kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Bukit Bius di sini yang ternyata menggamit memori beliau 57 tahun lepas.

Najib yang ditemani Rosmah dan Rahah tiba di rumah berkenaan kira-kira 1.25 petang dan meluangkan masa kira-kira 30 minit.

Beliau nyata begitu teruja semasa menatap gambar-gambar lamanya ketika dibesarkan di rumah berkenaan. - BERNAMA

Gurindam dari Lipis

Anak Lipis dewasa di Pekan,
Turun waris pemimpin ternama,
Alhamdulilah syukur kita lafazkan,
Satu Malaysia rakyat di utamakan.

Turun waris pemimpin ternama,
Bagai harimau meninggalkan belang,
Satu Malaysia rakyat diutamakan,
Bersatu melonjak prestasi cemerlang.

Bagai harimau meninggalkan belang,
Masyhur sejarah musim berzaman,
Bersatu melonjak prestasi cemerlang,
Makmur Malaysia sepanjang zaman.

Oleh : Rahmin Mahasan

PM TURN KE LIPES...!!!

PM rasmi sambutan ulangtahun KKLBW ke-50 di Lipis
15/03/2010 4:54pm


KUANTAN 15 Mac. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan sambutan ulangtahun ke-50 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Dataran Lipis, Kuala Lipis, Sabtu ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pada sambutan itu, Najib dijangka melawat rumah kelahirannya di Bukit Bius, Kuala Lipis. - Utusan

Urgent: Majlis Perasmian Kg. Budu Bersejarah oleh YB Menteri..

PER: PROGRAM PERJUMPAAN KETURUNAN DAN WARIS TOK GAJAH DAN MAT KILAU DI KG BUDU KUALA LIPIS PAHANG

Didahului dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Di doakan semoga tuan dan keluarga sentiasa berada di dalam limpah rahmat yang bertali arus dari Allah SWT.

Berlanjutan dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom, Tok Gajah dan Mat Kilau (PWKTSTGMK) yang diketuai oleh Penasihatnya Dato’ Mazlan bin Hj Jamaluddin dengan kerjasama JKKK Kg Budu dan Kg Terap akan mengadakan perjumpaan di Kg Budu seperti berikut:



Tarikh: 13 dan 14hb Mac 2010

Masa: 1.30 tengahari

Kehadiran: 400 orang (termasuk penduduk kampong)

Aturcara: seperti disertakan



Antara objektif perjumpaan ini diadakan di Kg Budu adalah:

a. Mengenang kembali daerah Hulu Pahang (Mukim Budu) sebagai sebuah kawasan yang menjadi tunggak kepada perjuangan pahlawan-pahlawan negeri Pahang semasa Perang Saudara dan Peperangan menentang penjajah yang diketuai oleh Tok Gajah dan anakndanya Mat Kilau.

b. Menjejaki kawasan tanda sejarah seperti Kubu Parit Dalam, Perigi Sejarah, Tapak Peperangan dan sebagainya yang boleh dibangunkan melalui Kementerian Pelancungan bagi tujuan Tapak Warisan yang akan mendatangkan sumber ekonomi kepada penduduk setempat.

c. Mengeratkan silaturahim antara ahli persatuan dan penduduk yang mana kebanyakkan penduduk kampong budu mempunyai talian darah dengan keluarga Tok gajah dan Mat Kilau.


ATURCARA PROGRAM PERJUMPAAN PWKTSTGMK

Tarikh: 13hb Mac 2010

1.00 tengahari Ketibaan ahli PWKTSTGMK dan penduduk kampong

1.30 petang Sholat Zohor

1.45 petang Bacaan Yasin dan Tahlil

2.15 petang Makan Tengahari

3.00 petang Majlis Dialog Bersama Penduduk

a. Keagungan Mukim Budu

b. Koperasi

c. Pembangunan Kampung Terancang

4.50 petang Sholat Asar

5.15 petang Upacara Perasmian

a. Ucapan alu-aluan Pengacara Majlis

b. Bacaan Doa

c. Ucapan Wakil Penduduk

d. Ucapan Wakil Waris

e. Ucapan Perasmian oleh Menteri
di Jab. Perdana Menteri
(YB Dato’ Sri Mohd Nazri Tan Sri Aziz)

f. Penyampaian Momento/Cenderamata

g. Majlis Bersurai



6.45 petang Jamuan Ringan

9.00 malam Majlis Silaturahim Penduduk dan Waris

a. Pengesahan dan Perbincangan CarKeluarga

b. Mengacau Dodol

c. Ramah Mesra/Perbincangan

11.00 malam Majlis Ditangguhkan

Tarikh: 14hb Mac 2010

7.30 pagi Sarapan pagi

8.30 pagi Lawatan ke tempat bersejarah

a. Kubu Parit Dalam

b. Perigi Sejarah Mat Kilau

c. Tapak Peperangan

d. Jalan Lama Bersejarah

12.30 tengaharu Program Bersurai

Cdr Roslizan bin Hj Ahmad Mahidin RMN (Retired) KAT, PPS, PPA
Training Director
Pusat Pembangunan Modal Insan
d/a Langkah Ikhtiar Sdn Bhd


Training Centre:
No 156B, Kampung Budu, 27310 BENTA
Pahang Darul Makmur, Malaysia

PERIGI MAT KILAU

PERIGI SEJARAH MAT KILAU

Berdasarkan fakta sejarah, Perigi Sejarah Mat Kilau ini telah digali oleh salah seorang Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu iaitu Mat Kilau bin Imam Rasu bersama-sama pengikutnya disekitar tahun 1890an. Perigi ini digunakan sebagai sumber air bagi penduduk setempat termasuklah Mat Kilau dan ayahndanya Imam Rasu atau lebih dikenali sebagai Tok Gajah yang merupakan anak jati kampung ini. Perigi ini juga terkenal ke seluruh kampung di kawasan Mukim Budu seperti Kg Napal, Kg Kipas, Kg Terap, Kg Jerening hingga menjangkau ke Kg Chat, Kg Tualang Padang dan Kg Peruang.

Perigi ini telah menjadi saksi kepada kerakusan pihak British serta semangat perjuangan Mat Kilau bin Imam Rasu dan pengikutnya dalam mempertahankan Mukim Budu dan Daerah Lipis. Kawasan ini serta kawasan sekitarnya merupakan tapak peperangan di antara Mat Kilau dengan askar-askar Sikh di bawah pimpinan Colonel Walker dan Hugh Clifford. Peristiwa berdarah itu menyebabkan Kampong Budu musnah, apabila rumah-rumah dibakar serta binatang ternakan dibunuh. Rentetan dari penyerangan tersebut seluruh penduduk kampong telah melarikan diri ke Bukit Raya (Bukit Tacing).

Walaupun demikian, Perigi ini tetap wujud sejak zaman berzaman dan mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:

a. Perigi ini tidak pernah kering walaupun di musim kemarau kerana saliran airnya berpunca dari mata air Bukit Gong.

b. Menjadi sumber air minuman, mandian dan kegunaan seharian bagi kanak-kanak sekolah yang berulang alik pada zaman dahulu, iaitu dari Sekolah Kebangsaan Budu ke kampong disekitarnya.

c. Air perigi ini berkhasiat untuk diminum apabila mengalami masalah terlekat tulang ikan. (Jangan bergantung dengan air perigi ini, tetapi hendaklah bergantung hati sepenuhnya dengan Allah SWT).

d. Walaupun fungsi Perigi Mat Kilau amat minima pada masa kini, namun penduduk setempat tetap meneruskan usaha-usaha menaiktaraf khazanah yang penuh bersejarah ini kerana ia sentiasa menjadi tumpuan dan masih boleh digunapakai sehingga hari ini.


Sumber Rujukan:

Jang Aisjah Mutalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Baharu:
Pustaka Aman, 1972
Kalthum Jeram. Hikayat Pahang,. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti, 1986

http://adunbenta.blogspot.com/

Salam sdra/i ...sukacita dimaklumkan Blog YB Benta telah diwujudkan..
akan datang sdra/i boleh menyalurkan masalah sdra/i ke ruangan ADUAN RAKYAT..
buat masa ini lihat ini dulu:

http://adunbenta.blogspot.com/

Terima kasih.

S/usaha
KELABUDU
KL

http://sejarahkgbudu.blogspot.com/

Salam Terkini..paneh lagi..baru angket drpd Sabokkkk...??

http://sejarahkgbudu.blogspot.com/

Sila layari weehhh demeh???

http://www.facebook.com/pages/Lepeh-Pahang/1budu/321609856243?ref=ts

Dimaklumkan..Kg. Budu telah ada alat canggih zaman moden ini...iaitu Facebook(FC)sendiri....dgn adanya FC ini memudohkan kita berhubung, bercerita, bertanya khabor hel kampung, hel sdra2 kita, menyampeikan makluman terkini sama ada suka atau sedih dll hel...tanpa kita menggunakan lagi SMS...membazir dan lambet serta sakit jari2 menaipnya....lagi pun buat masa ni SMS mehel...kita kena berjimet.

Oleh itu, cara nok daftar dgn FC ni sedey met (senang jerr). Mula2 deme copy URL ni...:

http://www.facebook.com/pages/Lepeh-Pahang/1budu/321609856243?ref=ts

Pas teh...deme tampel (paste) di ruangan URL dibhg kanan atas noh...sebeloh kanan tanda kekotok sebeloh tanda anok panoh bulat biru, atau mcm nehh <--- --->

Lepas tampel tehh demeh tekan Enter..mengkenya akan keluor lah FC Budu tu yang komeh buat...dgn itu demeh boleh lah menaip apa2 cerita dalam kekeotok FC tu ...kemudian tekan enter lagi sekali...terapaprlah cerita kita tadi...kemudian orang lain akan komen pulak....begitulah seterusnya.

Ok ye....kalau tak faham email kpd komeh..OK.

TK.

Terima Kasih Komen Sdra/i....

Wksalam Sdra/i..dan Pak Andak yang dihormati,
Terlebih dahulu saya selaku S/usaha Kelab Anak-anak Watan di Ibu Kota mengucapkan berbanyok2 terima kasih kerana melawat Blog Ikatanbudu yang kita sayangi ini. dan terima kasih juga kerana telah memberi pandangan yang ikhlas dan bernas dlm ruangan ini. Terlebih dahulu mohon maaf dgn penjelasan ini jika sekiranya agak terkasar.
i. Untuk makluman sdra/i Ikatanbudu merupakan satu pertubuhan yang kerdil dalam peringkat penajaan dan baru setahun jagung nak hidup...tapi walaupun begitu kome faham ianya menjadi harapan yang besar kepada sdra/i utk kami menjayakan beberapa program pembangunan seiring dengan kemajuan negara dan dasar2 Kerajaan bawah pimpinan PM orang Pahang (Datok Najib)...Rasanya kome tak mampu melaksanakan semua perkara disebabkan Kos yang tinggi dan ianya diluar bidang kuasa persatuan kome hanya berkisar dalam bidangkuasa Kebajikan Sosial kepada Ahli-ahli dan Warga ADUN Benta sahaja. Walaupun begitu kami perlu berhati2 dalam langkah kami merancang dan melaksakan sesuatu aktiviti Kebajikan Sosial ini kerana kami bimbang ianya nanti akan menjadi satu isu yang boleh memecahkan keharmonian antara Anak-anak Watan Budu/Benta/Lipis atau pun Pahang yang telah wujud didalam Kota KL ini. Kami tidak mahu nanti orang menganggap kami seolah2 ingin bersaing dengan Persatuan2 yang lebih besar daripada kami. Sesungguhnya Ikatanbudu ditubuhkan adalah sebagai "Wadah" (Alat) untuk kami di Ibukota dan Bandar lain serta Sdra/i drpd Kampung bertemu, mengeratkan silatulrahim, bantu membantu serta tolong menolong jika diperlukan. Maklumlah bila dah berjauhan dgn sdra mara drpd Kg. kome perlu ada satu persatuan yang kuat utk kome melepasi rintanagn dan halangan2 didalam bandar Besar yang mencabar ini.Jadi, dengan adanya Ikatanbudu ini dalam Kotaraya ini, sedikit sebanyok kome dapat berinteraksi atau berberhubung melalui SMS, EMAIL, FACEBOOK (1budu), TALIPON dll agar semangat 1Budu bergotongroyong (berderau) dikekalkan terutamanya dalam kerja2 kenduri atau pun Urusan Kematian dll. Walaubagaimanapun kome amat berbesor hati dan mengalu2kan sdra/i daripada Kampung2 dalam Mukim Budu/ADUN Benta bersama2 membantu serta menjayakan apa juga program yang akan dilaksanakan dimasa akan datang.Jadi, Bab buat program besor2 ni kome serahkan kepada sahabat saya YB Dato Sofie Datok Razak dan juga YB Kekanda saya hormati YB. Dr. Saharom MP Lipis untuk mengatur program dicadangan2 didalam Kawasan Budu atau Lipis.

ii. Berkenaan penambahan AJK, buat ketika ini utk makullun sdra/i, kami ketika ini bercadang melantik 10-15 oarang AJK sahaja dulu, kami akan melantik AJK Biro2 kepada Sdra/i yang berminat dan suka meyertai Persatuan Ikatanbudu ini, jangan bimbang. Buat ketika ini Ikatanbudu bercadang mendaftarkan dengan nama lain iaitu "KELAB ANAK-ANAK WATAN IBUKOTA"..syarat keahlian akan dibuka kepada semua warga Kampung Budu berada di KL/Bandor Lain/Budu/warga ADUN Benta yang berminat dan juga akan keahlian akan dibuka kepada Ahli Bersekutu (Sdra/i yang berkahwin dgn orang2 Budu atau pernah berkerja diADUN Benta). Buat ketika ini kome sdg fokus dua pekara, iaitu Penubuhan Koperasi Anak Watan yang baru diluluskan (Yuran Masuk sdg ditimbangkan samada RM100, RM200 dll) dan Sejarah Pembangunan Kg. Budu yang diketuai oleh Haji Anuar Cik Gu Deraman Seberang Paya, yang akan menekankan bagaimana keadaan Kg. Budu sekitar tahun awal tahun 1960an yang berlumpur tanah merah hingga menjadi sebuah Kampung yang agak moden lengkap kemudahan asasnya jalanraya bertar, api letrik dan air paip. Kome AJK juga bercadang akan membuat program Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2010 dengan resipi istimewa yang pasti menjadi nostalgia kita iaitu Pulut Kukus Cabut Beneh bersama Taik Monyok, Lokasi dan tarikh akan diberitahu kelak. Kami juga bercadang ingin membuat program di Budu satu hari nanti, itupun jika YB Dato' Sofie sahabat saya membenorkannya sebab kome dah melompat sempadan....kita tengok dulu yeekk??. Entah2 YB nok sponsor???

Akhir sekali sekali lagi saya selaku S/usaha Kelab mengucapkan berbanyaok2 terima kasih diatas cadangan bernas sdra/i terutama sekali cadangan ikhlas. Saya mohon maaf jika penjelasan saya tulis ini menyinggung perasaan dan naluri sdra/i begitu juga kpd kekanda saya (pak andak)mohon jari sepuluh diatas penjelasan yang panjang lebar ini.
Teriama kasih.

Ibrahim abdullah
http://ibrahim4000.blogspot.com
facebook Budu: Taip shja "1budu" di facebook.

MAKLUMAN - KOPERASI DILULUSKAN

Salam Sdra/i...
Sukacita dimaklumkan bahawa KOPERASI PERSATUAN KELAB ANAK-ANAK WATAN sudah pun dilulus oleh R.O.S., Perkara ini telah dimaklumkan oleh Sdra Hj. Nuar Deraman Pengurus Koperasi kita kepada AJK semalam. Jadi langkah seterusnya, kami AJK akan bermesyuarat menentukan beberpa Syarat terutama berapa ringgit patut kita kenakan kepada Ahli-ahli yang ingin joint Koperasi ini. AJK akan mengadakan mesyuarat tidak berapa lama lagi.

TK banyok2.

http://pekap2010.blogspot.com/

PERSERTA BERGAMBOR RAMEI BERSAMA YDP YBHG DATOK SULAIMAN IBRAHIM SELEPAS PERTANDINGAN.





http://pekap2010.blogspot.com/

TAKZIAH KEPADA KELUARGA TUN GHAZALI SHAFIE

'King Ghaz' disemadikan di Makam Pahlawan
Jan 25, 10 5:40pm

Bekas Menteri Dalam Negeri Tun Ghazali Shafie yang meninggal dunia semalam disemadikan di Makam Pahlawan di perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini kira-kira jam 2.30 petang tadi.


Lebih 200 sanak saudara, kenalan dan dif-dif kehormat hadir memberi
penghormatan terakhir kepada Allahyarham di Masjid Negara.

Antara dif kehormat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan beberapa menteri dan timbalan menteri kabinet lain.

Dilahirkan di Kuala Lipis, Ghazali, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Subang Jaya pada 7.45 malam, semalam.

Sebelum itu, jenazah dimandi, dikapan dan disembahyangkan di Masjid al-Mujahiddin, Damansara Utama berhampiran rumah adik perempuan Allahyarham, Datin Yuhanie Shafie, 78, pada kira-kira jam 10 pagi.

Jenazah Allahyarham turut disembahyangkan selepas solat zohor pada kira-kira jam 1.30 petang di Masjid Negara dengan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom.

Suasana pilu menyelebungi Makam Pahlawan

Suasana pilu menyelubungi Makam Pahlawan bila talqin dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syeikh Ismail Muhammad.

Anak saudaranya Datuk Amin Raiffe Othman, yang mewakili anggota keluarga Ghazali, berkata beliau sekeluarga merakamkan penghargaan kerana diberi penghormatan pengkebumian Allahyarham di Makam Pahlawan.

"Saya mewakili anggota keluarga mengucapkan terima kasih dan penghargaan tinggi kami sekeluarga kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan kerana memberi penghormatan negara dengan pengkebumian di Makam Pahlawan," katanya kepada pemberita selepas upacara pengkebumian.


Mengenai cadangan Najib agar kerajaan melantik seseorang untuk menulis memoir Ghazali, beliau berkata keluarganya akan membantu mengumpul bahan untuk penghasilan memoir itu termasuk mendapatkan beberapa catatan yang pernah ditulis oleh Allahyarham.

"Kami akan bantu kerana dia (Tun Ghazali) ada tulis, catat dalam buku dia walau tidak complete (lengkap), kami akan bantu usaha membukukan supaya rakyat tahu keadaan dan contribution (sumbangan) yang orang lain tak tahu," katanya.

- Bernama

Alfatihah buat Arwah "King Ghaz" Bismillahhirahmanirahim...alhamdulillah hirabilalamin.....end. Kami AJK KELAB ANAK2 MUKUM BUDU merasa amat terharu dan sedih diatas pemergian Allahyarham yang banyak menabur jasa kpd K.Lipis, Negeri Pahang dan Negara Malaysia. Kami merakamkan Takziah teramat sangat kepada semua keluarga sedara mara Allahyarham. Kami doakan semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan para ambia'. TK.

KENANGAN: TANAM BENEH PADI 1960an

Kerja2 begini menjadi perkara biasa kepada Pak Long, Pak Ngoh, Pak Andak, Abang2 dan juga Pareh2(sebaya) Komeh..disekitar Tahun 1960an..iaitu Kerja Menanam Padi dalam Paya(sawah) di Kampung2 kita bagi saraan hidup keluarga...Kerja2 ini sebenornya amat meriah sekali...ia bagaikan Satu Pesta Tahunan bagi Komeh bersuka ria bergurau senda...enjoy...kerana dapat mengeratkan lagi tali silaturahim antara satu dgn lain...kalau tak caya ...tanya dgn Pok sdra/Abg2 kita yang masih hidup lagi...sprt Nyang Hood, Abg Nong (ayoh EE/Rudin@Jemmy...bekas abang ipor komeh juga), Tanya DJ, Akik K'ong, Tok Empat Nan, Tok Epat Pak Itam Cheng..dll lagi...berkenaan kerja2 "MENANAM BENIH CARA BERDERAU" ini. Kerja2 ini dilakukan oleh semua orang Kampung Ketika itu yg tinggel dalam ADUN Benta termasuk Kg. Budu, Kg. Terak, Kg. Cherang, Kemahang, Tanjung Besor, Jerangsang, di Kacu, Batu Boya, Jeram Besu, Ulu dan Kuala Atok, Penjom, tempoyang, Padang tengku, Gua, relong, Mela, Kerambit dan seluruh Kampung Daerah Lepeh....lepas menanam beneh ni...komeh "Pekena" Bubur special 2 atau 3 mangkok...sprt bubur kacang atau bubur beras/Cha cha, bubur sagu, keledek, ubi kayu atau bubur pisang bersama Teh Susu/"O"...woowww...sedaknya!!!. Beberapa hari sebelum kerja berderau tanam benih ni....ada kerja2 bederau yg lain juga dibuat iaitu...kerja2 "BERDERAU CABUT BENIH"..Ditapak Semaian diatas Bukit Raya sana...Menjadi perkara Wajib...lepas shja keja2 cabut benih...tuan rumah mesti menyediakan makanan tradisi orang Pahang/Budu...iaitu..PULUT KUKUS MAKAN DENGAN TAHI MINYOK atau PULUT KUKUS MAKAN DGN SAMBEL IKAN BILIS/IKAN TAKOK (MASIN)...dgn berpinggankan DAUN PALAS SEGAR yang terdapat ditepi2 hutan berdekatan.. S/Usaha masih teringat2 dan terbayang peristiwa dan budaya berderau (bergotong royong)tersebut yang penuh ceria...gurauan...teringet Arwoh Pak Andok Akob "PAKAR BALING BOOM TANAH KEKEPALA' ...alfatihah utk dia....So, apa kata Jamuan Hari Raya Tahun 2010 ini kita masukkan Menu PULUS KUKUS MAKAN DGN TAHI MINYOK/IKAN BILIS/IKAN MASIN?????? sekali...demeh setuju tak??..tlg reply dlm C-BOX...belah kanan Blog ni...

TQVM.

S/Usaha
KELAB KEBAJIKAN ANAK2 MUKIM BUDU

Moh Kita Promosikan Permainan Tarek Upeh wehh...

Pernoh ke tidak deme main Upih Pinang masa zaman budak2 dulu....kalau tak pernah cuba baca ini....dan ajor kpd anok2 kita .... main tarik upih ni....supaya budak2 sekarang boleh membentuk fizikal yang keras sprt tulang, otot dan membina stamina.

Mendelah Main Tarik Upih ni???
Upih pinang adalah pelepah daun pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Ketika pelepah ini jatuh ia masih berguna. Daun pinang dari pelepah itu akan dibuang dan dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.Upih ini mesti dimain dengan dua orang atau lebih. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. Biasanya yang seronok adalah apabila orang menarik kita. Terasa punggung macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.Upih ni boleh naik seorang, dua orang, tiga orang atau berapa saja asalkan muat dan bergantung kepada saiz upih yang luruh itu. Biasanya muat setakat seorang dua saja. Permainan upih ini seronok kalau kita adakan pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih. Cuma lecehnya, upih ni nak kena tunggu luruh dulu baru boleh main. Upih pula bukan luruh hari-hari atau selalu.

Moh Belajor Cakak Budu @ Benta dan Lepeh...

Cuba demeh pegi ke Blog ni....banyok bahasa budu/benta yang tak pernoh kita jumpa... bahasa budu/benta ni endah sebenornya....yelah ianya...ayoh/mok.aki.wan..moyang kita ta cakakkan (cakapkan) dolu2...mengkenya kala kita seme tak endok belajor dan juga segan nok cakak atau malash ambek tau...lama2nya bahasa kita tehhh nye pupush (pupus) atau pun lenyak (hilang)...jadinya kita e seme ucakkan timekasih lah kepada group dan pakar membuat bahasa budu benta ni dalam bentuk kamus ni....kawas tabik lah kpd demehnya..jadi...blog dimaksudkan ialah:

http://blogkomeh.blogspot.com/

Cut/copy and paste....potong/salin dan tampel...di URL diatas tehh..

YQVM.