Terkini drpd AJK IKATANBUDU...!!!!

Salam Sdra/i dihormati...Ini ada berita terkini dan panas...!!

Pada petang semalam AJK telah mengadakan Mesyuarat Khas di KLIH KL. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Gu Halim Husin Seberang Paya bersama 8 orang AJK IKATANBUDU iaitu Abang Azman Shah (Penasihat), Sdra Zaili (Bendahari), Sdra Jama Abdullah (AJK), Sdra Haji Anuar Cik Deraman (AJK), Sdra Halim Hj. Dollah (AJK), Sdri Roslah Yusof (AJK), Sdri Haniza A.Rahman (AJK) dan saya sendiri S/usaha (Ibrahim Abdullah).

Hasil daripada Mesyuarat itu, kami telah menetapkan TIGA cadangan projek bagi 2010. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:
i. Manaik taraf Persatuan IKATAN BUDU/TERAP yang ada sekarang kepada KELAB yang tersusun dan berdaftar, yang akan dinamakan,
"KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL ANAK-ANAK WATAN MUKIM BUDU DIPERANTAUAN" atau singkatannya "KKSMB".
Dengan terlaksana Kelab ini maka setiap program yang kita akan lakukan dan laksanakan akan lebih tersusun dan bersistematik lagi. Kewangan yang kita terima akan dipantau dan di buat akaun yang akdemik. Mesyuarat tahunan akan diadakan, laporan terperinci setiap program disediakan. Setiap Mesyuarat diminitkan dan segala cadangan akan diambil tindakan.Pendek kata ianya lebih hebat daripada sekarang.
AJK juga mencadangkan supaya penyertaan keahlian akan dibuka kepada semua Warga Pemegang Kad Pengenalan / orang2 Mukim Budu / Sanak saudara daripada Mukim Budu, yang bermula daripada Kg. Gabok (sempadan Kemahang - Budu) ke Kacu (sempada Benta - Budu) , daripada Racak (Sempadan Budu -Chat)yang meliputi Kg. Lubuk He'k, Beluan, derian Rendang, Teko'ong, Bukit Perangin, Seberang Teka, Jerning, Bukit Bangkong, Kipas, Terak, Ulu Budu, Tanjung Lalang, Batu 20, Cherang, Bukit Gayang, Berteh, Pulabu Keras, Napei, Seberang Paya, Budu, Bukit Engku dan seluruh Kampung dalam mukim Budu.

Tujuan mengadakan Kelab ini adalah untuk:

i. Memudahkan lagi membuat Aktiviti Sosial kepada Ahli-ahli Kelab di Perantauan dan juga di Kampung Budu serta Cawangan/Bandar2/Pekan lain.
ii. Mengeratkan Hubungan Silatulrahim Ahli-ahli Kelab.
iii. Menggalakan Sikap Bantu Mebantu antara satu dengan lain.
iv. Mengadakan Kebajikan kepada Ahli-ahli Kelab.
v. Menjana Ekonomi ahli-ahli menerusi "Jentera" yang akan diwujudkan nanti.

Lain-lain syarat akan dimaklumkan dalam Perlembagaan Kelab nanti.

Perkara Kedua bermesyuarat petang semalam:

ii. Mengwujudkan KOPERASI bagi ahli2 Kelab diatas, ia akan dibuka kepada semua orang Budu di Kampung dan di Perantauan selruh Malaysia. Nama Koperasi tersebut adalah "KOPERASI KOKSMB".

Tujuan mengadakan Koperasi ini adalah:
i. Menjana Ekonomi Ahli2
ii. Memberi Pinjaman kepada ahli
iii. Mambantu Ahli dalam Perniagaan Awalan & IKS
iv. Mengadakan Projek2 bersaiz Kecil, Sederhana dan Besar
v. Memajukan Eco-Tourism di Kampung Budu
vi. Mendapatkan Sumber Kewangan
vii. Memajukan Akademik Anak-anak Ahli
viii. Membuka Perniagaan Bertaraf Kebangsaan dan Antarabangsa
ix. Melaksanakan beberapa Projek Ad-Hoc yang menguntungkan Ahli.

Cadangan ketiga Meayuarat semalam:

iii. Membuat Buku Sejarah dan Kisah2 Silam Kampung Budu bagi tujuan bacaan ahli2 dan juga bagi rujukan anak cucu cicit kita akan datang, betapa unik dan hebatnya nama Kampung Budu yang terkenal sekarang ini dan masa dulu2.

Jadi ketiga-tiga cadangan tersebut diatas telah dipersetujui oleh AJK, dan ianya akan digerakan dalam tahun 2010 oleh AJK. Kami amat berharap kepada semua sdra/i samada di KL, Kuantan, Raub, Bentong, Lipis, Seremban, P.Pinang, Ipoh, JB dan seluruh Malaysia dan luar negeri memberi sokongan jitu kepada 3 cadangan murni dan berwawasan daripada AJK seperti diatas demi anak-anak Mukim Budu yang dikasihi.

Budu Boleh...!!!

Wassalam.

Sekian terima kasih.

Ikhlas drpd Setiausaha
Ibrahim Abdullah @ A'eng Cherang.

6 ulasan:

  1. Bageh-bageh .. rancangan ajk ikatan yang berfikiran maju kedepan.. bukan membesor ke peghet masing2.. he he kawas gura je.. kawas sokong sesangetla agenda2 untuk kemajuan persatuan dan ahli2nya. Majukan kampung kita sama maca majukan diri sendiri.. sebaknya.. kala org puji kampung kita..sape yg bangga .. akakk jugak!

    BalasPadam
  2. Time seh Akak...kami AJK akan buat yang terbaik utk masa depan kita, anok2 dan cucu cicit kita dan yang penting utk Budu....1Budu: Rakyat didahulukan ..pencapaian diutamakan...KPI juga dipentingkan...KPI kami bagi 2010...mengwujudkan TIGA CADANGAN DIATAS...juga....Inshaallah...sama2 kita berdoa. TQVM.

    BalasPadam
  3. anak murid silat terlak nata aki dollah jerning8 Mac 2010 10:50 PTG

    as.kum,tahnioh lah deme dah mesyuarat dan buat perancangan yang rapi terutamanya menjana ekonomi orang budu sendiri alhamdullilah.
    dua tiga aje kawah nak cadangkan kalau nak ujudkan iks ditempat kita tolong cari kan tapok atau kawasan yang strategik yang sama sama kita fikirkan dimana,kalau bolih bior lah ditanoh kerajaan yang tidak melibatkan kos yang tinggi,dan juga biorlah berpandangan jauh 10 ke 20 tahun akan datang,beri contoh di hentian benta,rasa rugi jika tidak dibangunkan kedai makan dan gerai buah2an cuma buat gerai sederet,pada pandangan kawas lah kan lebih elok jika dirancangan 4 ke 5 tingkat pada satu satu bangunan,gerai makan dibawah,tkt atas diberi sewa pejabat ke,aprtment untuk disewa ke dan lain lain,sedangkan ketahanan tanah dilepeh tidak macam diraub yang melibatkan perlombongan emas.(jangan maroh dato saufi ini contoh aje)
    satu lagi cadangan daftor lah awel anak anak kite yang berminat dengan jurusan iks ini serta hantor kursus dalam bidang apa yang deme minat tu.
    eco-tourism dalam kg budu banyak kanelpasti satu persatu,tempat berkelah,bekas bekas sejarah,rumoh rumoh yang dipileh untuk projek "home stay",dll.

    BalasPadam
  4. anak murid silat terlak nata aki dollah jerning12 Mac 2010 7:37 PTG

    memandangkan kawasan yang strategik adalah as.kum,dicadangkan tapok industri kecil dan sederhana IKS dikawasan padang raggut ulu budu yang bersambong dengan padang raggut ulu jerning itupun jika exco kerajaan negeri dapat membatalkan serta meluluskan sebahagian dari padang raggut tersebut,ujudkan sekali kawasan perumahan penduduk,juga pekan baru budu.terima kasih.wassallam

    BalasPadam
  5. pak ndak ya cherang12 Mac 2010 9:57 PTG

    as.kum,kawas memang sokong 100% cadangan anak murid tok pendekor terlak nata teeh, lagipon kawasan teeh memang cantik juge untuk echo pelancongan dekat kaki bukit raye lata ayer terjon pun ade dilata dekat derian dusun ramei,panggar, dan ayer terjun late jerning,syaratnye kena jage keindohan kawasan tersebot jangan ade pencemoran terutama pembalokan,barulah ayer sentiasa jernih dan bersih,juga dijaga keaslian tempat teeh.
    keduanya biornye bertamboh ramei sikit anok anok kesekoloh tadika dan sekoloh kebangsaan seterosnye kesekoloh menengoh,barulah menamboh kepadatan pendudok diDUN BENTA amnya.
    kite bawok pembangunan kekawasan budu pulok terutama pekan baru budu dok lah macam bandar cowboy aje kedeinya, jangan maroh weh deme.
    deme sokong lah weh cadangan anok tok guru silat teeh pulak.terima kasih.

    BalasPadam
  6. Molek loh tu ... Tahun 2016 dah ngujung ni ... Buat untuk tahun 2017 lah pulok weah demeah AJK ...

    BalasPadam