Terkini drpd AJK IKATANBUDU...!!!!

Salam Sdra/i dihormati...Ini ada berita terkini dan panas...!!

Pada petang semalam AJK telah mengadakan Mesyuarat Khas di KLIH KL. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Gu Halim Husin Seberang Paya bersama 8 orang AJK IKATANBUDU iaitu Abang Azman Shah (Penasihat), Sdra Zaili (Bendahari), Sdra Jama Abdullah (AJK), Sdra Haji Anuar Cik Deraman (AJK), Sdra Halim Hj. Dollah (AJK), Sdri Roslah Yusof (AJK), Sdri Haniza A.Rahman (AJK) dan saya sendiri S/usaha (Ibrahim Abdullah).

Hasil daripada Mesyuarat itu, kami telah menetapkan TIGA cadangan projek bagi 2010. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:
i. Manaik taraf Persatuan IKATAN BUDU/TERAP yang ada sekarang kepada KELAB yang tersusun dan berdaftar, yang akan dinamakan,
"KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL ANAK-ANAK WATAN MUKIM BUDU DIPERANTAUAN" atau singkatannya "KKSMB".
Dengan terlaksana Kelab ini maka setiap program yang kita akan lakukan dan laksanakan akan lebih tersusun dan bersistematik lagi. Kewangan yang kita terima akan dipantau dan di buat akaun yang akdemik. Mesyuarat tahunan akan diadakan, laporan terperinci setiap program disediakan. Setiap Mesyuarat diminitkan dan segala cadangan akan diambil tindakan.Pendek kata ianya lebih hebat daripada sekarang.
AJK juga mencadangkan supaya penyertaan keahlian akan dibuka kepada semua Warga Pemegang Kad Pengenalan / orang2 Mukim Budu / Sanak saudara daripada Mukim Budu, yang bermula daripada Kg. Gabok (sempadan Kemahang - Budu) ke Kacu (sempada Benta - Budu) , daripada Racak (Sempadan Budu -Chat)yang meliputi Kg. Lubuk He'k, Beluan, derian Rendang, Teko'ong, Bukit Perangin, Seberang Teka, Jerning, Bukit Bangkong, Kipas, Terak, Ulu Budu, Tanjung Lalang, Batu 20, Cherang, Bukit Gayang, Berteh, Pulabu Keras, Napei, Seberang Paya, Budu, Bukit Engku dan seluruh Kampung dalam mukim Budu.

Tujuan mengadakan Kelab ini adalah untuk:

i. Memudahkan lagi membuat Aktiviti Sosial kepada Ahli-ahli Kelab di Perantauan dan juga di Kampung Budu serta Cawangan/Bandar2/Pekan lain.
ii. Mengeratkan Hubungan Silatulrahim Ahli-ahli Kelab.
iii. Menggalakan Sikap Bantu Mebantu antara satu dengan lain.
iv. Mengadakan Kebajikan kepada Ahli-ahli Kelab.
v. Menjana Ekonomi ahli-ahli menerusi "Jentera" yang akan diwujudkan nanti.

Lain-lain syarat akan dimaklumkan dalam Perlembagaan Kelab nanti.

Perkara Kedua bermesyuarat petang semalam:

ii. Mengwujudkan KOPERASI bagi ahli2 Kelab diatas, ia akan dibuka kepada semua orang Budu di Kampung dan di Perantauan selruh Malaysia. Nama Koperasi tersebut adalah "KOPERASI KOKSMB".

Tujuan mengadakan Koperasi ini adalah:
i. Menjana Ekonomi Ahli2
ii. Memberi Pinjaman kepada ahli
iii. Mambantu Ahli dalam Perniagaan Awalan & IKS
iv. Mengadakan Projek2 bersaiz Kecil, Sederhana dan Besar
v. Memajukan Eco-Tourism di Kampung Budu
vi. Mendapatkan Sumber Kewangan
vii. Memajukan Akademik Anak-anak Ahli
viii. Membuka Perniagaan Bertaraf Kebangsaan dan Antarabangsa
ix. Melaksanakan beberapa Projek Ad-Hoc yang menguntungkan Ahli.

Cadangan ketiga Meayuarat semalam:

iii. Membuat Buku Sejarah dan Kisah2 Silam Kampung Budu bagi tujuan bacaan ahli2 dan juga bagi rujukan anak cucu cicit kita akan datang, betapa unik dan hebatnya nama Kampung Budu yang terkenal sekarang ini dan masa dulu2.

Jadi ketiga-tiga cadangan tersebut diatas telah dipersetujui oleh AJK, dan ianya akan digerakan dalam tahun 2010 oleh AJK. Kami amat berharap kepada semua sdra/i samada di KL, Kuantan, Raub, Bentong, Lipis, Seremban, P.Pinang, Ipoh, JB dan seluruh Malaysia dan luar negeri memberi sokongan jitu kepada 3 cadangan murni dan berwawasan daripada AJK seperti diatas demi anak-anak Mukim Budu yang dikasihi.

Budu Boleh...!!!

Wassalam.

Sekian terima kasih.

Ikhlas drpd Setiausaha
Ibrahim Abdullah @ A'eng Cherang.

Budu Kampung Kelahiran Kome..!!!

Bila menyebut perkataan budu, ramei orang membayangkan ianya satu makna sahaja iaitu sejenas makanan drpd Pantai Timur (Kelantan) yang berasel drpd ikan bilis yang dijeruk/diperap dgn garam dalam tempoh yg agok lama. Ianya sedap dimakan dengan nasi paneh/panas. Orang Kampong kita termasuklah komeh/kita memang
suka/berminat dengan budu ini (orang Kampong panggil "PEDE")sebaknya/sebabnya memang boleh menaikan selera kpd pemakannya, lagi beselera kalau kita modified sikit "PEDE"/budu ni dgn menamboh sikit asam limau nipih bersama2..lepas tu cicak2 dgn petai,jering atau gedu'ak (kerdas). Tetapi apa yang komeh nok perkatakan "BUDU" yang satu ini berbeza drpd budu/pede yang diatas tadi. "BUDU" yang ini adalah kisah sebuah Kampung Tradisional yang cantik dan mempunyai banyok sejarah perjuangan, kampong yang banyok melahirkan Pemimpin-pemimpin Negeri dan Negara juga melahirkan beberapa orang Professor salah seorangnya Dr. Professor Zainuddin Kamaluddin (UiTM), Dr. Prof Anuar Alias (Dulu Uitm). Ada lagi seorang Datok orang kuat dalam Istana Sultan Pahang noohh..jadi, Satu lagi kebanggaan orang kampung ialah Pilot MAS 747 ke Eropah, London daripada kampung bertuah ni..heheh...Jadi Kampung dimaksudkan itu ialah "Kampung Budu". Kampung ini terletak didalam Daerah Kuala Lipis dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Lokasinya hanya 18 KM drpd Bandar Kuala Lipis jika mengikut jalan Kuala Lipis - Benta - Ke Jerantut. Asalnya perkataan ini Budu ini tidaklah komeh pasti macamana timbul perkataan ini tetapi ianya berasel dpd semenjak Atok/Aki Wan/Moyang kia dulu lagi...sapa yang mengeluor idea mula2 sekali..belum lagi diselongkor oleh pakar2 sejarah Pahang, tetapi yang dah pasti Kampung BUDU ini merupakan sebuah Kampung yang indah menghijau dikelilingi bukit bukau...bila malam sejuk pepaleh/betol...sebeloh siang nya pulak paneh sesanget...kadang2 komeh tak boleh duduk dalam dirumoh...rasa berapi badan...jadi, kena duduk bawoh rumoh atau duduk bawok pokok rendah/rendang yang "nayu"/redup...kemudian bentang tikor...relak...sambil2 dengor radio Klasik Nasional..???. kampung Budu ni juga permai...dengan paya/sawah yang terbiar (dulu menghijau).., sungei2 dan alor2nya yang mengalirkan air yang jernih..nampok berudu2 dan ikan karin berenang2...airnya pulak sejok bukan main...satu ketika dulu air perigi bewok...kalau zaman kanok2..komeh kalau mandi pegi bewok ni..badan keluar asak/asap...macam incredible hulk..., air di Pancor ulu budu juga amet sejok..begitu juga air terjun di Parit/Geriat..pun sejok...paling tak boleh inget diParit ni juga ada salok/salak nangka..punyalah manis...tapi nok mengambeknya banyok tebuan nani..., air sejuk yang jernih lagi ada di kipas besor, lubuk hek',kampung kita ni juga tenang...tak nyerde trafik jemmed...tak berebut2 nok pegi kerja..pendek kata tak gadohlah..., penduduknya pulak peramah...lambat ditegur ... dah siap jawapan..., hatinya pulak baik...kalau nok meminjam nyoir, halia, kunyit, serei dll...pasti dapat free,...majoriti orang Budu ni... berbudi bahasa...itulah sebenornya amalan orang2 kampung kita/Pahang..., sentiasa bergotong-royong saling bantu-membantu (berderau) antara satu dengan lain...terutama masa nok buat kenduri nikohkan anok2/sdra2 kita...kalau nok buat kenduri pada hari ahad 2 atau 3 minggu dah sibuklah membuat kerja2 persiapan ....contohnya..memasang sabok/dapur drpd buloh aur ambek drpd hutan berdekatan...buat pangkin berlantai buloh...utk menyiang daging...memaku dinding rumoh pengatin pempuan...menongkat lantai ...bimbang nyer runtuh...memasang tabir layor/tabir...kelambu, lece/tilam pengantin...kemudian sehari sebelum kenduri besor...malam Sabtu orang Kampung akan berderau/gotong royong menyiang daging kerbau yang disembelih pagi tadi, rebung buloh, umbut nyoir, terung, petei, jering, kerdas dll...kerja kenduri ini akan diketua oleh Tok Empat Kampong. Di Kg. Budu skrg ada 2 orang Tok Empat iaitu Tok Empat Pak Andak Chen/Hashim (Tok Empat Budu...sebelum ni Aki K'ung) dan Tok Empat di Terak pulak..Tuan Adnan (sebelum ni Shamsuddin Md. Noor, Abdul Manan..)...bila kenduri hari esoknya rameilah jemputan VVIP akan datang termasuk YB ADUN Benta (buat masa ini ADUN Benta YB Datok Sofie bin Tan Sri Abdul Razak - YB yang kuat kerja siang malam membantu oarng Kampong kita dan semua kampung dalam ADUN Benta..Terima Kasih YB Datok..kawan kawas masa sama2 Sekoloh Clifford tahun2 1970an dulu...sebelum YB Datok Sofie..YB Datok Suhaimi Ibrahim GPMS jadi nahkoda kita, ..sebelum itu Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin Pengerusi Disiplin UMNO Malaysia skrg...sebelum itu Arwoh Aki Samoh...sebelum itu Arwah Tan Sri Abdul Razak ..banyok jasa kepada Budu dan Lipis serta Pahang..diantara jasa Arwoh Tan Sri ni...(ayoh YB Datok Sofie) berjuang mendapatkan Sekoloh Menengah Budu (Sek. Men. Panglima Garang Abu Samad sekarang..juga Datok Sulaiman Ibrahim YDP PEKAP - Persatuan Kebajikan Anak2 Pahang di Ibu Kota KL)..dialah pelupor mencelikkan kita semua daripada "Buta huruf"..tanpa perjuangan Arwah Tan Sri mungkin kita semua tak menjadi macam sekarang...berpelajaran, melanjut pelajaran ke menara gading...berkeja baik..gaji besor, kereta besor, badan besor..bini/suami besor...hehehhe..itulah perjuangan pemimpin kita dulu. Untuk mengeneli Kg. Budu ni senang je...jika sapa orang luorlah driving drpd Benta hala ke Jerantut...bila lihat beloh kanan..kemudian nampok Bukit yang membiru tinggi ...itulah "Bukit Raya" ...Trade Mark Kg. Budu.., ketinggiannya Bukit ini agak tinggi juga...mungkin beratus kaki juga daripada paras laut...ia merintasi Kampung Budu...bermula dan memanjang kalau drpd beloh kiri ...merintangi Kg. Terap, ke Gabok, ke Kemahang, ke Tg. Besar, ke Jerangsang, Batu Balai, Damak/Ulu Cheka, Jerantut, Temerloh, Maran, dan jika dilihat memanjang kekanan pulak...ianya menghala ke Kg.Chat..ke Benta...Jeram Besu..ke..Dong..ke Gali..terus ke Raub Bentong..ke Genting Highland..ke Gombak.... Disepanjang Bukit Raya ini terdapat berpuluh2 Ekar Dusun Durian Tradisional hasil usaha Wan/Aki Moyang-Moyang kita dulu, demenya lah menanam benih2 derian yang baik2 dan sedak...jasa mereka banyok kpd kita...tapi skrg demenya telah lama pergi meninggelkan kita tetapi jasa dan hasil tangan demenya yang telah menanam Durian amet kita hargai (Mohhh..lah..kita sedekoh Al-Fatihah kpd Wan/Aki/Moyang kita)...sebab kebanyokan derian demenya tanam...isinya sedak2 belakang dan berbagai rasa dan bentok...heran kita...paling sedak ....Durian Tembaga (D24), Udang Merah (D24++), Derian Kucing Tidor (D24++++), Durian Kepala Gajah (Saiznya besar kepala orang dewasa)..ini tak tau D berapa...tapi bukan DJ.., Durian Isi Putih Berkrim dan berlemak pun ada aki/moyang kita tanam, Durian Jantung aki buyung ...pun best...Durian terong...derian bongkok...derian kuluk he'.....derian hutan....derian belanda...heheeh...yang ni tak de...dan lain2 Durian yang sedap2 algi.... Bila sebet dusun derian ni...komeh teringet Dusun paling puncak/atas sekali di Bukit Raya ni ...namanya Dusun Tanjung Maloh.....katanya rimau banyok dtg makan buoh derian ni...kadang2 gajoh pun ada...jadi perjalanan menurun atau menaik ke Dusun Tanjung Maloh ni...kalau daripada Kampung Cherang ke puncaknya....kurang sikit daripada mendaki Gunung Everest...masa yang diambek 4 jam naik ...5 jam turun...jalannya berliku2 dan licin...silap2 langkah ..kalu hari hujan mlmnya..memang kena batalkan mendaki..kalau menurun pulak.. perjalanan jalannya yang licin...last2 derian tercampok jatuh tergolek2.. Manakala Dusun Durian paling dekat sekali ialah Dusun Durian Ulu Budu (Atas Padang). Kita seme oarang Terak pulak dibesarkan oleh kedua-dua arwah ayah dan mok kita dalam suasana Kampung yang diklilingi ayam, itek, kambing, pokok getah, paya, terik matahari, ribut dan hujan. Komeh disekolahkan di Kampung Budu mulai 1960an Sekolah Rendah, kemudian komeh bersekolah Menengah Budu Benta Kuala Lipis Pahang..pada tahun 1970an.(Sekarang Sek. Menengah Panglima Garang Abu Samad), Kemudian kome bersekolah Clifford K.Lipis...dalam tingkatan 4 dan 5...masa ni kome satu Asrama dengan YB Dato' Sofie, YB Datok Wan Rosdi, Dato Azizan YDP MPK Kuantan, Sdra Mokhtar Long, Sdra Zahari Othman Kemahang, Sdra Zaini Doya, Cik Gu Shahrir, Sdra Tarmizi Ghazali, Sdra Wan Nasaruddin, Sdra Sabri pilus dan ramai lagi... Kg. Terak/Terap ni terletak 20 batu daripada Kuala Lipis jika melalui Jalan Benta ke Jerantut. Kg. Terak ni terletak keatas sikit drpd Budu lebih kurang 2 KM kedepan....Menurut sejarah Kg. Budu/Kg. Terak adalah kubu kuat tempat Pahlawan2 Melayu bangkit menentang Penjajah Inggeris yang "merampok" Harta Kekayaan dan Hasil Bumi Negeri Pahang melalui berbagai helah mereka..kemudian hasil bumi ini dibawa ke London demi kesenangan orang putih disana. Rakyat di Kampung2 termasuk di Kg. Terak dan Budu hidup dalam keadaan daif dan miskin..macam cerita klasik P.Ramlee...kais pagi makan pagi kais petang makan malam. Melihat keadaan ini maka Pahlawan melayu diketuai oleh Tok Gajah dan anoknya Mat Kilau bertekad untuk mengusir Penjajah2 ini. Tetapi malangnya niat murni Pahlawan Melayu ini utk mengusir penjajah itu tidak mendapat sokongan rakyat setempat kerana mereka telah termakan putar beli Inggeris yang mengatakan bahawa Kumpulan Pahlawan Melayu daripada Terak/Budu ini adalah penjenayah, pengganas, pengkhianat negara dll...sedangkan dia tak buat demostrasi I.S.A. melawan Kerajaan secara terbuka, tetapi mereka perlu ditangkap hidup2 utk dipenjarakan atau dibunuh. Melihat keadaan itu maka Pahlawan2 Melayu yang berjiwa rakyat dan kental ini terpaksa melarikan diri kedalam hutan dan melakukan perang gerila terhadap Inggeris. Disebakkan kecanggihan senjata inggeris maka mereka pahlawan melayu Budu/Terak ini lari ke Siam/Thailand..bersembunyi disana. Pada tahun 1970an...Mat Kilau telah muncul di Masjid Pulau Tawar memperkenalkan dirinya bahawa beliaulah pahlawan Melayu Mat Kilau yang sebenar dengan menunjukkan bukti2 di badannya...bekas kena tembak oleh inggeris...Datok Mat Kilau meninggal dunia beberapa tahun kemudian kerana sakit tua...dan dikebumikan di Pulau Tawar....Alfatihah untuk atok kita ni...yang banyak berjaya kepada Kg. BUDU dan TERAK/terap...Ramei dah Pahlawan Melayu zamannya telah meninggal awel...mungkinkah Kubur bernisan yang paling besor di Kubur Tanjung Tualang itu...adalah Pahlawan Melayu yang berjiwa rakyat yang sama sebaris dgn Mat Kilau...Wallahuallam. Ini satu cabaran kepada anak2 Budu/Terap untuk membuat R&D dimasa akan datang dalam Tesis Ijazah/ Master/Phd mereka. Mungkin mereka kena pergi ke Belanda/London utk mencari bahan sejarah dalam tulisan Jawi yang telah dibawa kesana oleh Penjajah Belanda/British. atau sila rujuk buku2 Sejarah di perpustakaan lain atau di Perpustakaan Negara malaysia..Sekian . Wassalam...weh deme...jumpa lagi dlm tulisan akan datang...PENDEK KATA KITA JANGAN MALU MENGAKU KITA BERASAL DARIPADA KAMPUNG BUDU YANG PERMAI DAN BERSEJARAH DAN BANYAK MELAHIRKAN PAHLAWAN DAN PEMIMPIN NEGERI DAN NEGARA...Hidup Budu..!!!!

Maaf panjang berjela2...bersuroh/becerita kpd demeh...!!!


Terima kasih.
S/usaha.