News Jamuan Hari Raya 2009..148 orang mendaftar.


Kelihatan tetamu sedang beratur menceduk gulei keladi, gulei tempoyok ikan patin, bimbang nye habeehh...!!


Masa ini adalah masa paling suka tengok..orang puteh kata masa "peak time"..cakap Budu....masa ni betoi2 tengoh kelam kabut...berebut pinggan...sebab ...lepas dapat pinggan baru buleh ceduk gulei keladi dgn ikan patin tu....cepett...cepat..demeh..beraturr!!!


Pendaftaran kehadiran dan mengisi borang ahli Budu ...penting didahulukan..."Mintok isi borang ahli Dato'..."


Dewan KLIH dihias indah dan sedang menunngu "wareh-wareh" drpd pelusuk rantau....KL, Pahang, Kuantan, dan Sekitar Lembah Kelang dan yang paling istimewa Dewan ini menunggu wareh-wareh kita daripada Budu nohh??


Back Drop...mengalu2kan kedatang semua jemputan....Cantek yee??..Welcome Abang/kakak/Sdra/i/adik2 seme..sila masuk ..jangan malu2..dan segan2..bukan orang lain..kita kita jer...puok gerabok kita...sila..sila masuk..!!!

Salam sdra/i...

Pertama sekali kami Urusetia dan AJK Majlis Jamuan Hari Raya Anak-anak Watan semalam, ingin mengucapkan Syukur kpd Allah s.w.t. kerana Majlis tersebut berjalan lancar dan selamat.... alhamdulillah.
Kedua: Kami mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir seramai begitu ramai sekali mungkin mencecah 400 - 500 orang (Daftar Kehadiran dicatat 148 orang shja)mungkin yang lain termasuk anak-anak, remaja yang hadir terlupa hendak mendaftar nama mereka disebabkan mungkin dah terhidu gulei Keladi dan Ikan Patin Tempoyak, sambel hitam, lemang Pahang, Jeruk Peroh..??.
Ketiga: Setinggi terima kasih kepada kehadiran VVIP yang berasal daripada Kg. Budu / Terap / dan drpd daerah Lipis dan Daerah2 lain diPahang - seperti Tan Sri Mohd Zuki Hj. Kamaluddin - Kg. Kachu Budu (Penasihat IKATAN merangkap Pengerusi Disiplin UMNO Malaysia), YB Datok Soffie bin Tan Sri Razak Kg. Napel B(EXCO Kerajaan Pahang merangkap ADUN BENTA), YBhg Datok Sulaiman Ibrahim Kg. Bukit Engku Budu(YDP PEKAP), YBhg Datok Hasnan Hassan - Kg. Mela Lipis(Tim. Ketua Siasatan Jenayah PDRM Selangor), YBHG Datok Mohamad Yassin Kg. Tanjung Besor(Tim. YDP PEKAP), Datok Mustafa Yassin Kg. Chenor Bera (Setiausaha PEKAP), En. Abdul Razak Idris Kg.Chat Budu(Pen. S/Usaha PEKAP), Datok Dollah Kg. Chat Budu(Bekas S/Usaha PEKAP), Supertandent Amiruddin Jamaluddin Kg. Tempoyang Lipis(Tim. OCPD Ampang Jaya), Tuan S.I. Jama Abdullah - Kg. Jerning (Ketua balai Polis Kepong) dan paling Istimewa Kehadiran 31 orang Rombongan bersama Anak-anak Yatim, Warga Emas, Ibu Tunggal dan OKU daripada Kg. Budu dan Terap yang diketuai oleh Pak Andak Abu Pawang Wahid (Abg Abu Cherang), Kehadiran Penasihat IKATAN (Tn. Haji Azman Shah - Kg. Jerning), Pengerusi IKATAN Cik Gu Halim Hussin - Kg. Seberang Paya, Bendahari Sdra Zaili Mohd Yusof - Kg. Bukit Bangkong, Setiausaha Ikatan (Ibrahim bin Abdullah -kg. Cherang Terap), Pen. S/Usaha (Sdra Halim Abdullah - Kg. Tengoh Cherang Terap) dan AJK-AJK IKATAN, Sdra/iWakil2 daripada sekitar ADUN Benta seperti Kg. Chat, Kg. Kemahang, Kg. Tg. Besor, Kg. Jerangsang, Kg. Benta, Kg. Jeram Besu, Kg. Tempoyang, Sekitar Lipis Bandar dan juga Sdra2/i Wakil drpd Daerah lain dalam Negeri Pahang yang turut serta.
Keempat: Kami AJK dan Urusetia merakamkan jutaan terima kasih kerana Tan Sri/Datok2/Datin2/Tuan/Puan/Sdra/i yang sudi hadir ke Majlis anjuran Anak-anak Watan Diperantauan (IKATAN) Budu Terap pada 10/10/2009 semalah.
Kelima: Kome juga mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang kami AJK/Urusetia menjalankan Majlis tersebut drpd awal hingga ke akhir.
Keenam: Harapan kami, kita semua dapat berjumpa lagi ditahun2 akan datang dengan lebih meriah lagi....Inshaallah.
Wassalam....Terima kasih.

POK HENG - S/usaha IKATANBUDU
http://braim400.blogspot.com.my

12 ulasan:

  1. salam..nok mengate sket ni..mende la salohnye deme buat majlis mcm ni kat kg sendri..mcm la kawan2 kte kecik2 dlu semenye duk kolumpo..mende nok malu nye wat kat dewan budu.mmg la deme ade sedia bas tp org budu ni bkn nye pat puloh org tp tak penuh sbb mende sbbnye org kg mls nok bjln jauh sbb nok mkn lemang ngan gule keladi je..klu alasan deme yg duk kolumpo tu da lme tak jmpe kwn2 saloh deme la..sape srh tak blk..da tau deme lahir di budu blk la ke budu setaun skali ke..rame wei kwn2 kte yg tak kluo dri budu..

    BalasPadam
  2. Wlkumusalam Sdra....!!
    Timasih memberi komen kpd jamuan semalam.
    Bukannya kome tak nok buat di Kampung Budu sana..tapi ada beberapa kekangan.
    i. Persatuan Kome ni dibolehkan bergerok dalam skop Anak2 Watan Merantau shja. Tak kiralah di KL atau du Kuantan, Lipis, Raub, N9 dll. Jadi tak manislah kome membuat Jamuan di Budu sebab di Budu/Terap ada Ketua Kampung. jadi kalau kome buat juga melanggor etika dan prinsip kome. Kecuali Tok Empat Budu dan Pemimpin lain mintok nasihat dan penglibatan kome utk sama2 menjalankan program macam semalah. Kita kena jaga hati Sdra2 kita di Kampung.
    ii. Majlis ni kita buka kpd sdra mara kecik beso tua muda yang berasal drpd orang2 Budu/Terap dan sekitar ADUN Benta berada di Perantauan..demenya ni jarang makan Gulei Keladi dgn Jerok Petroh.
    iii. Kome semua merantau jauh..jika tak nye de persatuan gini macamana kome nok berhubung dan mengeratkan silatureahim antara kome...kome akan jadi kera sumbang jika menghadapi kesesakan seperti kematian, kenduri, menikohkan anok. Jadi dgn adanya Persatuan ini kita dapat kurangkan beban sdra2 kita yang dalam kesesakan itu.
    Jadi kesimpulannya jamuan semalam adalah hanya pengisian tahun sahaja...tujuan dan objektif persatuan Ikatan Anak-anak watan ini lebih luas lagi skopnya...bukan seperti sdra bayangkan. Mohon maaf jika kome saya mengguris perasaan sdra. Tk

    S/Usaha
    http://braim400.blogspot.com
    http://braim400@hotmail.com

    BalasPadam
  3. Bete kata ok tuan S/u sekurang kurangnya bolehlah kita becakap budu dalam hotel tu bukan senang nok cakap budu oghang kl bukan nya paha cakap kite ni. apa2 hel peh tahniahlah kpd seme yang menjayakannye, mudah2han taun depan kita buat besst lagi lebih teratur.

    BalasPadam
  4. Tk Sdra..menyokong ..!!
    Daripada sudut lain...saya fikir kita boleh buat Program yang sama di Budu tapi mungkin kena ada kerjasama antara badan2/agensi di Kampung kita sana...sprt kerjasama dgn JKKKK Budu dan Terap, Semua AJK Surau & Masjid, Pemimpin Politik, Belia, Pejabat YB ADUN dan Parlimen dan IKATAN BUDU DI KL. Mungkin juga utk memeriahkan Majlis ...kita buat Sukaneka, Sukan, Pameran2 drpd Agensi Kerajaan, PDRM, JPJ, Persembahan2 Pentas, malamnya kita bakor ayam@kerbau panggang, dengan tayangan wayang pacak atas padang Sek. Rendah Budu bagi mengingatkan kita zaman2 1960 dulu dan juga mungkin boleh mengajar anak2 kita Pembangunan selepas Kemerdekaan hasil drpd perjuangan pemimpin dulu kita dapat mengecapi kemewahan, kesenangan hidup generasi sekarang...Ini semua kita sama2 fikirkan..???Tapi program seperti ini memang besorlah belanja. Mungkin kita boleh kecikkan saiz program berdasarkan kepada Bajet yang kita ada. Anywhere utk pengetahuan Sdra/i dalam majlis dihotel pada 10/10/2009...kome dalam hotel tehh 90% bercakak (bercakap) Budu Terap...memang seronok dan gembira betoi...walaupun kome tau dalam Dewan tehhh...ramei orang drpd Kg lain...kome Bahann jerr cakak Budu/Terap..peduli mende..tujuan kome AJK adalah utk mempromosi, mengajar dan berkongsi perkataan Budu/Terap yang sudah seakan2 nak pupus dikalangan kita seme dalam perkembangan zaman yang moden dan serba maju ini. Akhir sekali saya mengucapkan terima kasihlh kepada deme yang memberi komen2. TK.

    Wassalam.

    S/Usaha.

    BalasPadam
  5. kome sokong projek teh, tapi janji betelah ajok oghang budu ngan teghak jeh, kome takek dapat hadioh bila tanya ade dari bente lah jeghangsang lah kemahang lah kome tek nok macam teh lah. leteh je kita cari sponser oghang lain dapat bukan anok watan budu terap yang dpt kome bukanlah jeleos nget tapi tak kene mek lah

    BalasPadam
  6. Iyoo laahhh..kato orang Beranang / Tasek Kesuma...cakak orang Budu pulak...yeee lahhh weyy..komeh setuju dgn cadangan ox tehh....tapi tak cemburu ke orang Benta, Kemahang dan Tg. Besor..nanti deme nye kabor pulak kita AJK tak ADIL..kome pun ada hak juga sebagai pengundi DUN Benta....mengapa hadioh tak bagi ke kome...ini bukan DEMOKRASI...nye cakak mcm teehhh...agoknya...haaahh..macamana???. Jadinya, beginilah..nti lah kita bincang secara mendalam.. bila dah nok jadi program tu...skrg baru cadang awel..orang putih kata...We Throw the idea first...Ox boleh duduk sebagai AJK juga...jangan bimbang...!!!

    BalasPadam
  7. bagus tuu ain, deme buat jamuan hari raya ni,disamping itu dapat kenal mengenali org budu dan sekitarnya, salam.

    BalasPadam
  8. cuit capit tok pwg puteh5 Mac 2010 11:55 PTG

    c.capit tok pawang puteh /pawang diraja pahang.
    as.kum,tolong buat siasatan salasilah keturunan 16 beradik ataupuak 16 yang kalau ada lagi disimpan olih anakanda anakanda arwah ayahanda pak ngah mohd yassin bukit gayang,terap.terutama sepupu kita tajuddin /al-dino,
    dari situ akan terbongkarnya dari mana asalnya tok aki mat kilau,tok moyang tok gajah/imam perang rasu, dan pusara batu nisan hidup dibawah kundang lumut diperkuburan tanjong tualang,kg terap itu nanti.saya cuma berkesempatan menengok serta diberi penjelasan olih arwah sekali sahaja pada ketika tahun 70an bersama sepupu sepupu lain dirumah bersama arwah dan sempat bertanya kedudukan salasilah tok moyang tok gajah dan juga tok aki mat kilau dihamparan salasilah tersebut (saiznya sebesar tikar sembahyang mengkuang 3m x 9m).

    BalasPadam
  9. cuit capit tok pwg puteh6 Mac 2010 12:09 PG

    as.kum,
    tolong siasatjuga kubu lama zaman menentang penjajah diatas bukit kebun getah arwah ngah haji jebah kg terap sebelah sek men keb panglima garang abdul samad,dulu masa pembersihan kebun ada berjumpa beratus ratus pinggan mangkuk lama.

    BalasPadam
  10. cuit capit tok puteh7 Mac 2010 10:13 PTG

    as.kum,satu masa kita buat kerja beramai ramai bergotong royong membersih kawasan lata dikebun durian dusun ramai ,pangga ,bukit tinggi dibukit raya dan kawasan gua tok kamo kaw berhampiran,kawasan berkelah diparit,kawasan berkelah ulu budu,ulu jerning,lubuk hit,jika ingin memperkenalkan tempat berkelah hutan tropikal yang bersih lagi nyaman,diperkenalkan keseantaro kuala lumpur khasnya juga untuk penduduk budu dikotaraya amnya.

    BalasPadam
  11. pak andak ya.zeck u.k,cuit capit tok puteh cherang8 Mac 2010 10:35 PG

    TERINGET DIMASA DULU DULU;
    KERETA KEKABU BUATAN ANOK KG CHERANG,TERAP,BUDU,
    (KENANGAN PAHIT MANIS MAIN KERETA KEKABU).
    syarikat adik abang enterprise bhd;
    @jurutera tayar;abd manaf mohamad.(PAK NGAH YOB)
    (enam biji tayar dari pokok kekabu termasuk 2spey
    @jurutera body;abd malek wahid.(MBONG MALEK)
    (sekeping papan bator perigi cherang dicuri ukoran 3kakiuntuk bodi, 4batang beluti ukoran 2 1/2kaki curi bawoh rumoh tok pwg wahid)
    @jurutera pemasangan;alias mohamad.(PAK DE LIAS)
    (tukul, paku,gergaji,pahat,bor semua pinjam tanpa kebenaran ayohnya ngoh mohamad tapi pulang balik )
    @jurutera kelajuan;zakaria abdullah,(PAK NDAK YA)
    (melerai daun kelulut sebanyak 5 kati dikutip dikg tengoh ,dibelewok,cherang,bukit batin,pinjam beledi dipelantor perigi cherang setelah dikeluorkan kain yg direndam,tak tau beledi sapee tapi pulang balik petang tu,lepas tu bubuh air suku beledi dan dimasukkan daun kelulut lepas tu diramas dengan tangan sehingga air menjadi pekat kedener, kaloh minyok pelicir zaman sekarang.digunanya cuma dicelah balok pada tayar kekabu aje setiap kali hendok meluncor.
    @jurutera pemanduan;tajuddin mohd yasin(al dino/ngah taju)
    @pemandu kedua;abd wahab noh(pak ngoh keling)
    @pemandu ketiga;ramli mohd zain (pak long li kg berteh)
    @pemandu simpanan;nor free yahya (pak ngoh nor)
    BERSAMBONG KENNIAN YEE kawah nok kelepeh kejap,
    kilang mana ia dipasang,
    akan cerita macamana ia dipandu,siapa pakar dalam pemanduan itu,berapa jam sebatu masa itu,
    litar mana telah ditawan, pegang juara gp berapa tahun,berapa pejahit luka sebab teterap atas tunggue,siapa doktor pakar yg balut luke tu dan lain lain..........tunggu,kalau deme minat le kawah sambong lagi,kaloo tak setakat tu aje lah.

    BalasPadam