Satukan Melayu...!!

'Rintis penyatuan Melayu'

Oleh ANI AWANG
pengarang@utusan.com.my

IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu usaha penyatuan umat Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran agama.

Bagi memastikan hasrat murni itu tercapai, baginda bertitah semua pihak harus mengetepikan kesetiaan kepada individu atau kumpulan.

"Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu.

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu ialah Rasul Junjungan, al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat melakukan ibadat sembahyang, serta menerima orang Islam itu sebagai saudara," titahnya.

Baginda menyatakan demikian dalam titah utama bertajuk Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat pada majlis perasmian Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Dewan Bankuet bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Raja Nazrin menegaskan, budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehingga menjelma budaya assabiyah, yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah.

Titah baginda, keadaan itu akhirnya menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

"Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?" titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

"Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

"Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu," titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

"Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

"Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

"Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah," titah baginda.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

“Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?” titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

“Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

“Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu,” titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

“Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

“Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah,” titah baginda.

MKDi...Resepi gulei Keladi + Tempoyok.

Salam sdra/i ..lama kawas tak menulis ruangan MKDI ni..sibuk sikit..jadi hari ni kebetulan free sikit nok juga rasanya menulis cerita2 lama utk dikongsi bersama anak2/adik sekelian...apa nak dituliskan....yang sesuai ...last2 teringat masa kecik2 dulu bersama arwoh mok..di kampong...menetok/mencari keladi ..."sedey met" (senang juga) tapi cerewek sikit...
1. langkoh pertama...Demeh kena siapkan pisau lipat @ pisau landa sorang satu- supaya senang mengerat pelepoh/batang keladi dan juga menyiat anok keladi dalam pelepoh keladi tu (utk pengetahuan ...batang keladi kecik yang nok buat gulei tu..kena ambik anok batang keladi yang belum menyulor keluor dpd pelepoh keladi)
2. Keduanya...kita kena pakai seluor katok/pendek @ kain batik basan/batek lusuh separas lutut supaya kita senang menglangkoh bila mula2 masuk paya tu nanti, lagi pun kalau kita pakai seluor katok ni...kita senang nok buang lintoh paya kalau nye melekat dikaki, betis dll tempat,
3. Kita Kena pakai topi besor ...ala Mexico High Chapperal...sebab kerja menetok keladi ni bukannya sekejap2..kadang sampei 3-4 jam baru dapat 30 - 40 batang...
4. Lagi satu perkara kita kena berkaki ayam jangan pakei kasut...sebab bila kita nok masok paya ....kasut deme nanti "cenana"(terjerelus) dalam lumpur nohh...??
5. Akhir sekali kita kena hisap rokok daun / gulong .....utk menghilang nyamok dgn aggas banyok.
Lepas seme persiapan tu ada..maka kita boleh lah turun ke paya...memulakan langkah pertama...Bismillahirrahmannirrahim....pegi dekat pelepoh/batang pertama tu...kemudian kita tetok/potonglah satu pelepoh/batang keladi.
Bila dah banyok...barulah bawok balik...dibasuh ..
Dah pilih yang terbaik...masuk kan keladi tadi kedalam periuk..masukan air sejuk, masukkan asam tempoyok secukup rasa, lada renit, bawah,masokan daun kesom, serei...kemudian naik kedapor...tunggu...kalau dah "merebek kuohnya" kita kena letok garam......jgn banyok sangat ...Sejukkan sekejap...masuk pirin..angkat..mengkenya bolehlah kita makannn...aauuuwww sedapnya...mok mertua lalu belakang ..pasti tak nampok...tapi kalau mok mertua lalu depan ...dah soh lah nampok..sbb lalu didepan muka.
Moral of the story:
Makna orang Kg. dulu2 memang payah nok makan sedap2...kena berusaha berjam-jam utk dapat smangkok gulei keladi...tapi sekarang nok makan sedap2 ada dimana2...nok pulak di KL, Kuantan, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dll....cakap je..mesti dapat makan sedap..Hinggakan kita semua Obbesiti / gemuk...Itulah namanya Hasil Kemerdekaan dan Keamanan negara kita sekarang.....kita harus berbangga dgn keamanan negara kita..yeeeaakkk??? semoga Slogan 1MALAYSIA. menjadi kenyataan.
Agok2 demelah...ada ke Gulei keladi ni mempunyai khasiat segi perubatan???...Fikir2kanlah.
Wasallam.

IKAN PATIN NOK BUAT KENDURI 10/10/2009 ???



Kalau deme nok tahu??? Ikan beso atas riba si Mamat mcm tu lah...akan dikorbankan untuk "MAJLIS HARI RAYA GULEI KELADI 2009" nanti. Pada hari tu AJK bercadang nok import Masakan IKAN PATIN, LEMANG PAHANG, GULEI KELADI, PULUT TAHI MINYOK, PECEL, ISI RONG PEROH, CEMANG KEPAYANG, PETEI JEROK, KERDAS, JERING, BUOH KEJIJOK DLL MAKANAN PAHANG/BUDU. Kalu deme nok rasa makanan ni seme...sedak ke tidak...jangan lupa deme joint sekali pada jamuan yang kome cakap tu pd 10/10/2009 bertempat di Hotel yang dinyatakan..bayaran RM10 - RM15 jerr...murohhh...hehehe..??? kalau tak joint rugi ametlah...kawan2 lama pun boleh jumpa...borok panjang...maklumlah dah lama tak jumpa...Mungkin juga kita import pancaragam Gali atau Ulu Cheka utk hiburan...dan penyanyinya...Siti Norhaliza???...atau Al-Dino???...ATAU KITA CUNGKIL BAKAT2 TERPENDAM ORANG2 bUDU..??? SO, SILA DAFTAR MULAI HARI INI DI RUANGAN CIT-CAT BAWOH KANAN KITA ..cepat seket???