SELAMAT HARI GURU - 16 Mei....

MKDI..???

Sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun, maka marilah kita semua mengucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU/BEKAS GURU/PENSYARAH dan cik gu silat gayung, lincah, dll...juga guru kaka...guru kawad dll..kategori. Kawas masih teringat2 jasa Cik Gu Kelas yang hari2 menunjuk ajor kita tak jemu2...kadang2 demenya memang Tension dgn kerenoh bebudak...tapi akhirnya kita semua dapat juga dibentuk oleh cik gu2 tadi...sekurang2nya...menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara...dan tidak menyusahkan...jadi, kawas respect dengan semua guru yang mengajor kawas yang bermula daripada cik gu darjah 1 dulu iaitu (Cik Gu Udin langsir putih kuning), Darjah 2(Cik Gu Zakaria Pendek); darjah tiga (Cik Gu Bakri - Vespa Labu); Darjah 4 (Cik Gu Ahmad - rambut kerinting lembut bergulung2), Darjah 5 (Cik Gu Zaiton penjom yang garang); Darjah 6 (Cik Gu Rani yang serius tapi baik hati - jurulatih bolasepak kome), Tingkatan 1 (Cik Gu Ghazali Sega), Tingkatan 2 (Miss Tai - wife mr. Tong), Tingkatan 3 (Cik Gu Selamat - bung karno), Tingkatan 4 (Cik Gu Jamil jawa), Tingkatan 5 (Mr. Tan Bun Tek - suara garau), Masa belajor Yayasan Anda (Cik Gu Mohamad Misai, Cik Gu Radhi, Cik Gu Nizam - sekarang dah jadi Penerbit Filem), Masa di Uitm Shah Alam - ramei antaranya (Tuan Syed Ali, En. Mohammad, En. Zahari dll.). Deme semenya ni...memang banyok jasa2nya kepada kawas dulu2...mungkin demenya ni ada lagi atau mungkin dah pergi menemui Allah..kawas doakan roh semuanya ditempatkan dengan orang2 yang soleh..ALFATIHAH UNTUK CIKGU2 SEMUA. Tk. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan