Rumah Beso Diatas Bukit...!!

Rumah Banglo ni dulu buruk, berlumut, seram dan menakutkan. Masa dulu2 ramai orang tak berani nak pegi masuk ke Kawasan banglo ni, sebab mungkin pada ketika itu bangunan ni tidak siapa yang nak uruskan sehinggakan diatas bumbungnya dah tumbuh pokok liar seperti anak pokok Ara, pokok2 hutan yang lain. Sekitarnya semak dengan rumput dan lalang punya panjang. Tapi masa saya bersekolah di Sekolah Clifford Tahun 1972-9173 (Form 4 dan 5)...kami ramei2 pegi masuk kedalam rumah ni...konon nak jadi Hero lahh...Menerokai "Alam Mistik"...Nak masuk kedalam tu mula2 takut juga....tapi sebelum masuk kami bacalah Fatihah 3X, Kul hualllah 3X dan beberapa ayat lain lagi. Lepas baca2 tu...kome pun masuk perlahan2 kedalam rumah ni walaupun hati pun takut2 dan keadaan was-was...Masa mula2 masuk tu ...keadaan dalam rumah ni ...memang bersepah2, bertabur macam benda didalamnya dan juga berabok2.....kemudian kome naik ke Tingkat atasnya...kome dapati ada banyak bilik2...tak ingat berapa jumalah biliknya...tapi Master Bed Room nya ada Long Bath Tub..mungkin tempat Residen Clifford dan "Mem Besar" mandi-manda didalamnya.... Lepas tu kome turun ke Tingkat paling bawah atau Tingkat bawah Tanah ..katanya ada beberpa lagi bilik serta store dan dapor banglo ni...dibawah tanah sana. Kome pun bersemangat nak masuk....melangkah sahaja beberapa langkah tiba2 keluar beberapa ekor Kelawar Hitam Besor berterbaangan atas kepala kome... masa tu kome teringat lah Pelakon Crisstoffer Lee (hero yang selalu berlakun jadi Draculla bila menjelang malam..... dan bila siang dia bertukar menjadi Kelawar),..jadi, bila teringat aje cerita tu...kome kecut2 perut dan pucat2 gigi amsing2....masa tu juga kome cabut meluteng-luteng.......putih tapak kaki menyelamatkan diri masoing...he..he..he. Tapi rumah itu sekarang dah cantik (Warnanya Merah dan menarik) bila saya pegi baru2 dan sempat mengambil gambar Banglo ini...katanya ia sudah dijadikan Rumah Persingahan Kuala Lipis....jadi, tahniahlah kepada Majlis Daerah Lipis kerana mengambil inisiatif mencantikkan Rumah Banglo Lama ni...ia sebagai daya penarik pelancungan di Bandar Lipis. Tahniah dan Syabas Tuan YDP Kuala Lipis dan pemimpin lain yang berusaha gigih mempromosi Kuala Lipis Bandar Bersejarah di Pahang. Tahniah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan