Artikel Keturunan Orang kita kot??

Deme cuba baca artikel kawas dapat drpd Artekel ORANGKAYA HAJI NIIIHH...menurut kata artikel ni....ada disebut Kg. Tanjung Tualang...Soalannya..adakah Kg. Tanjung Tualang yg dimaksudkan oleh Penulis itu...SAMA dgn Kg./ Kawasan Kubur Tanjung Tualang di Terap skrg??..Apakah Kubur Paling Besor/Panjang bawah pokok Kundang Manis atas Kubur itu dan Batu Nesan Besor diatas Tanah Perkuburan paling kedepan sekali yang menghala ke rumoh Malek Roti Canai itu.....adalah Kubur Keturanan Orang Kaya Haji ini...???....PELEK KAWAS???..Walaumacamna pun kita cuba baca cerita ni sampai habis............"Beliau turut membina rumah kediaman baru di Budu bagi menggantikan tapak rumah beliau di Kuala Lipis yang dicadangkan untuk dijadikan kepala Negeri Pahang. Dimaklumkan bahawa sekiranya kepala negeri ditukarkan ke tempat lain, maka hak pusaka di Kuala Lipis hendaklah dikembalikan kepada pewarisnya masing-masing. Beliau membina sebuah rumah baru di Kampong Tanjung Tualang, Budu yang dikenali sebagai Rumah Gedang.

Wan Daud juga dikatakan telah pergi bersama Tok Teh ke Johor menemui Sultan Abu Bakar di Istana Johor ( Muzium Negeri Johor Sekarang ) untuk menyerahkan surat persetujuan beliau dengan pihak Inggeris.

Apabila rumah berkenaan siap, beliau pulang ke Kuala Lipis untuk membuat persiapan berpindah ke rumah baru tersebut. Beliau meminta penduduk kampung untuk membantu beliau membawa segala kelengkapan, peralatan dan barangan beliau berpindah ke Budu. Peristiwa ini berlaku di sekitar penghujung tahun 1888 atau awal tahun 1889.

Tindakan mengumpul penduduk kampung ini telah digunakan untuk memfitnah beliau yang kononnya sedang mengumpul tentera dan penduduk kampung untuk menyerang Pekan. Kesempatan ini telah digunakan untuk membunuh Wan Daud Seri Maharaja Setia Raja yang kononnya atas arahan Baginda Sultan. Beliau difitnah sebagai gila, hilang akal, mengamuk dan mesti ditembak mati. Inilah yang dirakam oleh buku sejarah kita seperti yang diungkap dalam buku Sejarah Pahang karangan Haji Buyong b. Adil. Gugurlah beliau dengan tiga das tembakan. Pertama di buku lali, kedua di peha dan ketiga di dahi. Kisah sebenar berhubung punca dan alasan pembunuhan beliau tetap menjadi simpanan dan kenangan pahit waris keturunan ini.

Sebaik sahaja rebah, Wan Muhammad menerpa dan memangku beliau. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berpesan kepada Wan Muhammad, “sekiranya aku meninggal, janganlah engkau kuburkan aku di Bukit Betong, kuburkanlah aku berdekatan kubur guruku di Tanjung Rambai”. Sesudah melafazkan kata-kata tersebut, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia lebih kurang 84 tahun................"

Jika deme nak tahu lagi cerita tu...sila ke Artikel ini:-

http://orangkayahajiartikel.blogspot.com/

TQ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan