Artikel Keturunan Orang kita kot??

Deme cuba baca artikel kawas dapat drpd Artekel ORANGKAYA HAJI NIIIHH...menurut kata artikel ni....ada disebut Kg. Tanjung Tualang...Soalannya..adakah Kg. Tanjung Tualang yg dimaksudkan oleh Penulis itu...SAMA dgn Kg./ Kawasan Kubur Tanjung Tualang di Terap skrg??..Apakah Kubur Paling Besor/Panjang bawah pokok Kundang Manis atas Kubur itu dan Batu Nesan Besor diatas Tanah Perkuburan paling kedepan sekali yang menghala ke rumoh Malek Roti Canai itu.....adalah Kubur Keturanan Orang Kaya Haji ini...???....PELEK KAWAS???..Walaumacamna pun kita cuba baca cerita ni sampai habis............"Beliau turut membina rumah kediaman baru di Budu bagi menggantikan tapak rumah beliau di Kuala Lipis yang dicadangkan untuk dijadikan kepala Negeri Pahang. Dimaklumkan bahawa sekiranya kepala negeri ditukarkan ke tempat lain, maka hak pusaka di Kuala Lipis hendaklah dikembalikan kepada pewarisnya masing-masing. Beliau membina sebuah rumah baru di Kampong Tanjung Tualang, Budu yang dikenali sebagai Rumah Gedang.

Wan Daud juga dikatakan telah pergi bersama Tok Teh ke Johor menemui Sultan Abu Bakar di Istana Johor ( Muzium Negeri Johor Sekarang ) untuk menyerahkan surat persetujuan beliau dengan pihak Inggeris.

Apabila rumah berkenaan siap, beliau pulang ke Kuala Lipis untuk membuat persiapan berpindah ke rumah baru tersebut. Beliau meminta penduduk kampung untuk membantu beliau membawa segala kelengkapan, peralatan dan barangan beliau berpindah ke Budu. Peristiwa ini berlaku di sekitar penghujung tahun 1888 atau awal tahun 1889.

Tindakan mengumpul penduduk kampung ini telah digunakan untuk memfitnah beliau yang kononnya sedang mengumpul tentera dan penduduk kampung untuk menyerang Pekan. Kesempatan ini telah digunakan untuk membunuh Wan Daud Seri Maharaja Setia Raja yang kononnya atas arahan Baginda Sultan. Beliau difitnah sebagai gila, hilang akal, mengamuk dan mesti ditembak mati. Inilah yang dirakam oleh buku sejarah kita seperti yang diungkap dalam buku Sejarah Pahang karangan Haji Buyong b. Adil. Gugurlah beliau dengan tiga das tembakan. Pertama di buku lali, kedua di peha dan ketiga di dahi. Kisah sebenar berhubung punca dan alasan pembunuhan beliau tetap menjadi simpanan dan kenangan pahit waris keturunan ini.

Sebaik sahaja rebah, Wan Muhammad menerpa dan memangku beliau. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berpesan kepada Wan Muhammad, “sekiranya aku meninggal, janganlah engkau kuburkan aku di Bukit Betong, kuburkanlah aku berdekatan kubur guruku di Tanjung Rambai”. Sesudah melafazkan kata-kata tersebut, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia lebih kurang 84 tahun................"

Jika deme nak tahu lagi cerita tu...sila ke Artikel ini:-

http://orangkayahajiartikel.blogspot.com/

TQ.

Tuanku Sultan Pahang Gembira

Sultan Pahang ucap tahniah atas pelantikan Najib

KUANTAN 20 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Baginda turut melahirkan rasa syukur dan sangat gembira di atas pelantikan Najib itu.

Malah, titah Sultan Ahmad Shah lagi, baginda percaya dengan kebijaksanaan, keterbukaan, pengalaman luas, kewibawaan dan kesabaran yang dimilikinya, Najib mampu memikul tanggungjawab berat sebagai Perdana Menteri.

Baginda juga percaya, Najib berupaya memandu Malaysia menghadapi cabaran masa kini khususnya dalam menangani kemelut politik dan kesan kemelesetan krisis ekonomi global.

"Beta yakin dan percaya dengan pendekatan orang tua beta (Najib) yang memberikan perhatian kepada suara dan kehendak rakyat, insya-Allah hasrat orang tua beta dalam tagline atau cogan kata 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', akan tercapai," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Cik Puan Muda Pahang, Cik Julita Aishah Abdul Latif.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Dalam titah ucapan tersebut, Sultan Ahmad Shah turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memberikan peruntukan masing-masing berjumlah RM256.3 juta dan RM808.4 juta kepada kerajaan negeri melalui dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

Menurut Sultan Ahmad Shah, peruntukan tersebut adalah untuk membiayai sebanyak 1,389 projek dan ia tidak termasuk peruntukan yang disalurkan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Melalui RMK-9, untuk 2009, kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk membiayai 1,612 projek pembangunan," titah baginda.

Selain itu, baginda turut berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukan RM150 juta untuk pembangunan infrastruktur projek Taman Industri Minyak & Gas dan Maritim Tanjung Agas di Pekan.

Sultan Ahmad Shah turut menyifatkan langkah kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan pembangunan lima tahun seperti RMK-9, satu langkah yang tepat untuk meredakan kesan buruk kemelesetan ekonomi global.

Baginda yakin, dengan adanya peruntukan untuk melaksanakan kelangsungan projek pembangunan, ia akan mewujudkan aktiviti ekonomi yang berterusan dan mendatangkan kesan putaran, limpahan dan pergandaan.

"Ini sesuatu yang baik untuk negara, negeri dan rakyat bagi memastikan kegiatan ekonomi negara dan negeri terus berjalan," titah baginda.

Sumber : Utusan

Superbike

Nok jimat minyok...tukar ke Motor pulak??

http://guanhowsuperbike.com/main.htm

Amacam??

Ada wew gambor masa sembahyang raya 2008

Belik.. belik ade anok kawas ambik gambor masa sembahyang raya tahun lepas rasanya..
leh lah tengok2.. mana gambor2 terbaru kg ni wew.. tak ade yang nak sumbangkan ker.. kalau ade email ke ADMIN kita .. ikatanbudu@gmail.com



Ada gambor sape tu wew...


..patut banyokan gambok gini untuk blog ni.. semadikan ingatan di kg..

Datok Sri Najib Tun Razak



Sesekali kita tinjau Website Kerajaan Baru Malaysia....Berslogankan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sila ke Website ini:-

http://www.satumalaysia.com.my/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

TK.

MKDI...Panggung Colusium KL..??


Untuk kawan Otai separas dgn kawas dlm tahun 1970an dan 1980an.....jejaka masa tu...masih handsomelahh..berseluor sempit dipinggul..kasut tumit tinggi ala john Travolta...kaki seluor labuh separas dgn kasut dan menutup kasut John Travolta warna kunig/coklat....rambut jejaka ni...Afroo..stail Alleycats (Datok David Arumugam..timasehhh)...kalau jejaka...sahabat kawas ni rambut lurus ...rambut disimpan hingga panjang ke bahu...dibelah tengah...macam Hail Amir, Latif Ibrahim, Jay Jay, pakai cermin mata Ray-ban hitam bingkai Gold...manakala sahabat2 kawas yang wanita pulak...pada zaman 70an dan 80an tu...manis2 belaka...stail mesti macam Uji Rashid, Azean Irdawaty, Junainah M.Amin, Julie Remmy, Rahimah Rahim....mungkin juga Zaiton Sameon...he..he.. Jadi, bila tengok Wayang di Panggung Wayang Colusium Jalan Tunku Abdul Rahman ni memang hebatlah kome......masa nonton tu...mesti naik loteng panggung....First Kelas (1st Class) ..bawa makanan palin famous masa tu...Koci Hitam...Keropok Udang, Kacang Ngan Yin....Harga tiket masih ingat tak RM2.40 seorang ...kalau 2 orang baru...RM4.80.....bila habis je makan koci......mulut pecah2...sebab masin dah melekat-lekat...Sekarang ni Cinemaflex berapa harga jika nak nonton yerr???....sekian kisah lama....he..he..he..nak tiru Alleycat.s sikit....TTTTimmmasseehhhh .... Wssallam.

Nak tahu cara IKUT dan masok Gambor!

Cuba ikut langkah2 ni je:
1. Mula-mula klik IKUT :











nama blog kita... http://ikatanbudu.blogspot.com

Assalamualikom.. kepada semua pengunjung blog...

Atas pandangan dan cadangan rodong2 kita serta untuk pilihan nama yang sesuai maka bior ler kita gunakan nama IKATAN BUDU secara rasminye.. jadi dengan besar hati secara RASMI nya kita guna lah blog ini iaitu http://ikatanbudu.blogspot.com ..

Besar harapan dapatlah blog ini menjadi jaringan, saluran, penyampai, sebarang berita.. dan ape-ape saja lah hel-hel kg budu serta pesekitarannya termasuklah kg2 dibawah taluk jajahan adun Benta.. demi kebaikan dan kemajuan bersama.

Ape-ape cadangan, komen, idea dan sebagainya boleh terus guna cara CHAT, isi bahagian komen ataupon deme boleh terus email kan bahan2 ke ADMIN blog iaitu ikatanbudu@gmail.com atau hubungi terus ADMIN di no 017-3442020

Selalu - selalu lah berkunjung ke blog ini, serta meriahkan dengan berita-berita keadaan semasa di kg mahupun aktiviti di perantauan

Sekian ..
video

Dataran Merdeka.


Tasek Buatan Manusia.

video

Pertemuan Dua Sungai Lipis dgn Jelai

Masa saya kerja Keretapi Tanah Melayu di Kuala Lipis Tahun 1978-1981, bila hujung minggu atau masa2 tak berkerja...saya selalu mengail di sungai Jelai dan Lipis ni...ada satu ketika saya mengail dengan kawan di Satu Lubuk menghala ke Institut Pertanian Kuala Lipis sana. Kome mangail drpd jam 7 pagi hingga jam 5 petang...tak tau kenapa hari tu ikan tak nak makan umpan. Tapi apa nak diceritakan kami nampak ikan Tapah, Ikan Limat, dan Ikan lain2 timbul sebab air Sungai masa tu Jernih. Tapi bila sesekali saya balik lihat Sungai Jelai dan Sungai Lipis jadi macam Teh susu macam gambar saya lampirkan ni. Kesihan Sungai Lipis dan Sungai jelai, yang kasihan lagi Ikan2 dalam sungai tulah....macamana yee demenya hidup??

Payong Pelepah Pisang...

Teringat Masa Lalu....pagi ni hujan lebat betul di lembah klang...drpd Damansara ke KL..lalu jalan bangsar, kemudian melalui jln Travers ..depan Muzium..jln dah jem...rupa2nya depan Institut Kesihatann Umum (IMU) air dah naik/bertakong...semua kereta mengimpit ke kanan...nak elok/elak kan air bertakung dikiri. Keadaan hujan yang sama gini....Teringat kawas masa sekolah rendah dulu...tak silap dalam darjah 4 dulu..bila hujan lebat macam ni...punya lah seksa nok ke sekoloh...sejuk...air bertakong ditepi jalan...payong kertas tak ada...oleh kerana itu mok2 kome zaman tu...sebuklah mencantas daun pisang dgn pelepah2nya sekali panjang2..tujuannya adalah utk memberi kepada anok2 masing2 BUAT PAYONG..kalau ada 5 beradik...maka 5 pelepah daun pisang kena korban...jadi, bila berpayong dgn daun pisang ni dalam hujan lebat ini...kepala kome memang tak basoh...tapi siku mengalir air sampei ke baju kemudian ke buku...maka habislah baju dgn buku basoh...sapai ke sekolah buku lembab kasut basah...he..he..he...tapi sekarang negara dah maju kedepan....payong pun muroh2...zaman dulu payong mehel...yang ada pun payong orang mati jeerrr..itu pung susoh dapat...so, MORAL OF THE STORY/PENGAJARAN CERITA...NEGARA KITA DAH MAJU...tak ada lagi anok2 orang Kampung kita berpayong daun Pisang??. Waasallam...

mAT oBE DGN aLI mAMAK

video

Vedio ni kawas ambek masa Program Jabatan kome di Laman Santai Kuala Lumpur (sebeloh Istana Negara Jln Tun Razak). Masa tu kawas Pengerusi Jawatankuasa Persembahan Program ni. Jadi sebelum tu, Ketua pengarah kawas suruh cari Penyanyi lama2 (Otai tahun 70an dan 80an)...kawas fikir2.... jemputlah malam tu Mat Obe, Datok Ali Mamak, Kenny lee, V.Sarangavani. Power lagi suara otai2 ni. Deme tau tak apa Mat Obe cakap dengan kawas lepas dia nyanyi lagu ni...kata dia.."Perut Ali laga aku...punya keras......aku terpaksa lari awel sebelum perut dia laga kali kedua...cuba tengik Mat lari2 drpd Ali Mamak.....he..he..he...lantak awok la Mat...hentamm saja laaa...??

Suasana Perpaduan Majlis Deepavali di KL

Cuba kita lihat betul-betul masyarakat Melayu dan India sama-sama berkerja dan mebuat gubahan bunga dalam Majlis Deepavali 2006. Suasana Perpaduan dan harmoni begini harus dikekalkan dalam Negara yang kita cintai ini. Perpaduan beginilah sebenarnya Aset Utama kemakmuran negara kita yang mempunyai berbilang bangsa, agama serta 214 suku kaum yang tinggal didalamnya. Kita fikirkan bersama...???

Putrajaya Pusat Pentadbiran Kerajaan




Putrajaya memang aman pada siang hari, tak banyak kereta. Taman yang bersih. Pasti kalau saudara pegi sana tak akan sesat sebab ianya seperi Bulatan Yang Besar...Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga....cuma kalau nak pegi Persint 4...ikut Jejantas Pertama melalui Rumah Kediaman Tim. Perdana Penteri. Kalau nak pegi Persint 8, kita ikut Jejantas Kedua...ia akan melalui Rumah Kediaman Perdana Menteri...senang jerr???

Bapak Angkat Sarawak 2006


Abah Angkat saya ni mendengar penuh minat penerangan drpd Cik Gu Besar nii...apa diborakkannya??..agaknya...Cik Gu ni beriatahu Abah ni...Abah kalau nak pegi ke Budu tu..abah kena naik bilon (Kapal terbang) dulu, kemudian turun di Lapangan Terbang Benta Estate...??? (Kampung kelahiran M.Keyveas Presiden PPP tu). Lepas tu bulihlah abah pegi ke Kampung Budu lebih kurang 6 KM drpd Benta Estate tu...di kampung Budu sana banyak Manok (Ayam) Kampong...abah bulih makan masakan lemak kunyit Manok dicampur dengan cemperei, keledek...wooww sedap tuu....dan goreng kangkung paya dgn ikan bilis...eemmm sedapnya......he.....he..he..!!agaknya begitulah cerita Cik Gu nii..???

Jual beli Derian..??

Eeehhh...eehhh...budak baju hitam tu...mengada-ada betul...belagakk pulakk tu...sapa Menteri Besor sebenornya??. budak ni ke atau Dato' Seri Khir Toyo tu Menteri Besor masa tu (skrg dah Bekas MB). Nampaknya ada sesuatu yang serius diceritakan...jom kita pegi dengor apa budak baju hitam ni cakap/goreng..."ohh..Dato' Seri Nak beli buah derian kampung kome...!!!. Saya rekmen Durian Tembaga Kepala Gajoh..Grade D24++...isi kuning dan tebel, manis macam ais cream Cornetto, kalau Dato' Seri makan seulas cukup sedap dan minum "Air Buoh Lemba".jangan minum Air Buoh Tepus.....pasti Dato' Seri kenyang drpd pagi sampei ke petang...Derian ni tak banyok hidup di Kampong kome tu...cuma ada di Bukit Raya, Tanjung Maloh dan Pangau. Di Lubuk H'ek, Ulu Terak, Ulu Budu, Jerning, Kemahang, Tg. Beso, Chat, Peruang, Jerangsang, Benta, Ulu Atok, Benta seberang, Pekan Sari Dong...saya tak pasti lak Dato' Seri...nanti saya survey dulu....Jadi, macamana Dato' Seri ...nak berapa bijik???...he..he..he...itulah agaknya ayat2 yang digoreng oleh budak baju hitam tu..he..he..he... saja gurau....jangan mare??.

Rumah Beso Diatas Bukit...!!

Rumah Banglo ni dulu buruk, berlumut, seram dan menakutkan. Masa dulu2 ramai orang tak berani nak pegi masuk ke Kawasan banglo ni, sebab mungkin pada ketika itu bangunan ni tidak siapa yang nak uruskan sehinggakan diatas bumbungnya dah tumbuh pokok liar seperti anak pokok Ara, pokok2 hutan yang lain. Sekitarnya semak dengan rumput dan lalang punya panjang. Tapi masa saya bersekolah di Sekolah Clifford Tahun 1972-9173 (Form 4 dan 5)...kami ramei2 pegi masuk kedalam rumah ni...konon nak jadi Hero lahh...Menerokai "Alam Mistik"...Nak masuk kedalam tu mula2 takut juga....tapi sebelum masuk kami bacalah Fatihah 3X, Kul hualllah 3X dan beberapa ayat lain lagi. Lepas baca2 tu...kome pun masuk perlahan2 kedalam rumah ni walaupun hati pun takut2 dan keadaan was-was...Masa mula2 masuk tu ...keadaan dalam rumah ni ...memang bersepah2, bertabur macam benda didalamnya dan juga berabok2.....kemudian kome naik ke Tingkat atasnya...kome dapati ada banyak bilik2...tak ingat berapa jumalah biliknya...tapi Master Bed Room nya ada Long Bath Tub..mungkin tempat Residen Clifford dan "Mem Besar" mandi-manda didalamnya.... Lepas tu kome turun ke Tingkat paling bawah atau Tingkat bawah Tanah ..katanya ada beberpa lagi bilik serta store dan dapor banglo ni...dibawah tanah sana. Kome pun bersemangat nak masuk....melangkah sahaja beberapa langkah tiba2 keluar beberapa ekor Kelawar Hitam Besor berterbaangan atas kepala kome... masa tu kome teringat lah Pelakon Crisstoffer Lee (hero yang selalu berlakun jadi Draculla bila menjelang malam..... dan bila siang dia bertukar menjadi Kelawar),..jadi, bila teringat aje cerita tu...kome kecut2 perut dan pucat2 gigi amsing2....masa tu juga kome cabut meluteng-luteng.......putih tapak kaki menyelamatkan diri masoing...he..he..he. Tapi rumah itu sekarang dah cantik (Warnanya Merah dan menarik) bila saya pegi baru2 dan sempat mengambil gambar Banglo ini...katanya ia sudah dijadikan Rumah Persingahan Kuala Lipis....jadi, tahniahlah kepada Majlis Daerah Lipis kerana mengambil inisiatif mencantikkan Rumah Banglo Lama ni...ia sebagai daya penarik pelancungan di Bandar Lipis. Tahniah dan Syabas Tuan YDP Kuala Lipis dan pemimpin lain yang berusaha gigih mempromosi Kuala Lipis Bandar Bersejarah di Pahang. Tahniah.

Kenangan Masa Majlis Raya


Majlis Jamuan Hari Raya IKATAN ANAK2 BUDU/TERAP pada 26hb. Okt lepas....Gulai masm / tempoyak keladi...licin.
Ibrahim bin Abdullah
Setiausaha (Penaja)
Ikatan Anok2 Budu, Benta Lipis di Ibu kota KL (IKATAN)
d/a Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1hb. Februari 2009


Salam sdra/i, adik-kakak dan abang-abang yang saya hormati sekelian,

MENGWUJUDKAN LAMAN WEB RASMI PERSATUAN IKATAN ANOK-ANOK KG.BUDU, BENTA LIPIS DI IBU KOTA KUALA LUMPU (IKATAN)

Apa khabo??..harap2 baik2 dan sihat belaka....

Keduanya: Melihat kepada ramainya sdra/i kta berada di Kuala Lumpur ini..(terbukti masa anok Rostam kawin..ramainya datang...dan 60% tak kenal...pareh baru2 nii..terutamanya). Jadi kerana itulah maka saya terpanggil utuk membuat Email ini...Email ni saya buka kepada semua orang lipih. tak kiralah demenya orang Budu ke..Terap ke..Kemahang..Tg. Beso..Jerangsang..Benta, Budu, Benta Estete atau orang bandar Lipis ..yang berkerja di KL...kalau nak joint apa salahnya...kita tidak ada niat utuk mengugat PEKAP yang sedia ada...Persatuan kita ini hanya nak merapatkan silatul rahim antara kita yang dah renggang...terutama...anak2 kita dengan anak2 kawan kita...mereka ni perlu dipupuk dan diperkenalkan budaya, nilai yang baik orang2 Budu dan juga Lepih...

Oleh itu kita akan mengwujudkan Persataun ini (IKATAN) peringkat demi peringkat...utk permulaan kita wujudkan E-mail rasmi ini dulu.

Saya dgn AJK lain telah diminta mendaftarkan Persatuan ini oleh Tan Seri Kamaludin dan juga Dato' Suhaimi Ibrahim...InsyaAllah kita akan daftarkan nanti..

Ketiganya nak memberi tahu juga tujuan E-Mail ini diwujudkan.....antaranya faktornya adalah:-

i. Merapatkan silatulrahim antara kita
ii. Untuk bertanya Khabor..sehat ke dak. ke..
iii. Menyampaikan berita buruk atau baik kepada Ahli2
iv. Untuk berinteraksi antara kita yang sentiasa bzy di KL ini dan sekitarnya.
v. Menyampaikan maklumat2 terkini daripada kawan2 kita disini atau sedara kita dikampung.
vi. Menyalurkan pertolongan kepada sdra2 kita di KL ni
vii. Membantu kawan-kawan dan sdra/sdra yang susah
viii. mencongkil bakat penulisan, ahli perniagaan dalam Internet
ix. Menyatukan sdra/i yang agak renggang persaudaraan kita
x. Mengetengahkan anak kita/sdra mara kita yang berbakat dalam sukan, bidang seni, ICT dan lain...


Jadi, saya sekarang sedang menyusun Jawatankuasa Penaja bagi mendaftarkan Persatuan ini dengan R.O.S......

Buat ketika ini saya telah dapat melihat beberapa nama yang berpomtensi bagi menduduki AJK ini...mungkin kita akan wujudkan AJK dalam 15-20 orang.

Walaubagaimana pun saya INGIN MENDAPAT RESPON DRPD SDRA/I SETUJU ATAU TIDAK KITA WUJUDKAN PERSATUAN INI DEMI UTK ANAK2 KITA SEMUA...

Sekian terima kasih.

Ibrahin bin Abdullah
Setiausaha Penaja IKATAN
HP. 017-3442020

Biodata saya:

Nama: Ibrahim bin Abdullah

Lahir : Kg. Cherang, Terap Budu Benta K.Lipis pahang

Tahun Lahir : 1956

Sekolah:
1963-968- Sekolah Rendah Budu
1069-1971- Sekolah Men (R) Budu
1972-1973 - Sek. Men Clifford K.Lipis
1984-9185 - Yayasan Anda Akademik
1996-2000 - University Teknologi Mara Sha Alam (Diploma Pentadbiran Awam)
2006 - Kini ...Universiti Sains Malaysia (USM) - Pelajar Tua Ijazah Sains Politik


Perkerjaan:
1975 - 1992 - Keretapi Tanah Melayu
1992 - 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
2001- 2006 - Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
2006 -2007 - Penolong Pengarah Jab. Perpaduan Putrajaya
2007 - 2008 - Timbalan pegawai Perpaduan Daerah Brickfields
2008 hingga kini - Penolong Pengarah Jab. Perpaduan Wilayah Persekutuan. (Bertugas memastikan Perpaduan seluruh Kuala Lumpur sentaiasa Tip Top.....matiii..aku??)


Hobi:

Membela Ikan ..ada 30 ekor ikan talipia dalam kolam depan rumah..he..he..goreng sedap??
Membaca Buku/komik/Motor Trader..menengok Plate Nombor mahal2 dalam buku ni...
Memandu pelahan/slow2..sambil2 mendengar Klasik Nasional..dan sinar FM
Menengok2 barang Antik..di Amcop Mall...ada peti nyanyi...pusing pakai spring engkol...
Berkebun depan rumah
Membuat kerja Sosial dgn Masyarakat....NGO's

Penglibatan Persatuan lain:

Tim. YDP GRPMS Gombak
AJK PEMADAM GOMBAK
Pengerusi Biro Keselamatan SRS KRT Taan BTK F1L
AJK MCPF
AJK Biro Persatuan Anak Pahang WPKL (PEKAP)


Makanan:

Suka gulai keladi kemahang
Derian Ulu Terak
Mee goreng Cik gu Kamsiah di Budu
Kepala ikan merah..eemm sedapnya
Gulai Sembilan bakar masak lemak cili api...husshh pedas nya..
Sambel tempoyok petai
Kueh Talam arwah mak buat...sedih kawas...sedekah alfatihah kpd arwah mak dan ayah ......bismillahhirohman nirahim...alhamdulillah.....sampai habis


Anak :

2 orang ...1 prempuan...kerja di NRE Putrajaya...laywer...ayohnya loywer burok..he..he.1 lagi lelaki...masi menuntut
di University UiTM Shah Alam...Ijazah Business Study...
1 orang cucu pempuan ...,,comel...


Adik beradik 8 orang...4 lelaki...4 pempuan...

Itu je lahh...yang ingat...

Mohon sdra/i juga mengemail boidata sdra/i utk rekod Persatuan kita...

Terima kasih....wassallam....jumpa lagi.


Ibrahim Abdullah
S/Usaha Penaja.

Kenangan lama..

Salam wbt

Kenagan Masa Darjah Satu...1963:

Pada ketika itu...murid sekolah leleki memakai baju putih tangan pendek cap CRAB/ketam....berseluor pendek hitam..kasut puteh...Cap TARZAN...BATA belum fumous lagi...mungkin belum ada...setoking putih low qualiti...lepas pakai je 2 bulan getahnya dah kembang....leas tu melodeh ke buku lali....Waktu kami sekolah masa tu..ditetapkan oleh Kerajaan pahang ....hari Ahad hingga Khamis...pada hari jumaat Sabtu cuti hujung minggu....utk kome pegi madi lubuk beso..atau lubuk sejuk di dekat rumoh Lan Said Kerani Sekoloh Budu skrn...Kemudian bulan Jan 1964 baru sekolah seluruh Pahang dimulakan peresekolahan pada hari Isnin hingga Jumaat mcm skrg. Kami pegi sekolah jalan kaki...tiap hari dpd rumah pukul 6.45 pagi..ketika itu waktu masa 6.45 pg ...dah cerah...kami jalan kaki ramai...rasanya dekat2 10-15 orang...yang kawas ingat yb ada bejalan kaki sama2 kumpulan tu...Kutek (Masa tu Darjah 2, Kamaruzaman Ulu Budu/Alias Cherang/Abu Bedu Kuching/Tanggok Darjah 3, abg Ya kawas darjah 4, Wahab darjah 5, Ramli kilat darjah 6. Kami akan jalan kaki tepi2 bibir jalan dalam rumput panjang...bertahi kerbau lagi kadang2...tapi yang paling takut masa nak pegi sekoloh pagi tu..bila nok lalu melintas Pokok Beso dan Tinggi. tapaknya betul2 depam rumoh Cik Gu Omor menantu Cik Gu Kamarioh skrg.....nama nya Pokok Kejijok di Kawasan Lebok (Tapak sekolah Panglima Garang Abu Samah skrg - dibina pada tahun 1965). Kadang2 kome bila lalu kawasan ni kome akan belari laju...mcm 100 meter daaa....yang corotnya tentulah budak darjah satu...mcm Kawas, Malik Roti Canai, Ripin Siloh, Mohkhtar Ulu Budu, Karim (sesekali je ikut...ayoh dia antor dgn basikal.). Lagi satu yang tak sedapnya...Abang senior suka amat membuli kome...ataupun menyakat kome....bila lalu Kawasan Lebok ni......lari..lari..hantu bebek susu beso kejor kita...kita ingat ye..ye lah....lari sekuat hati dgn megelek beg/bakul buku.....he..he..he..jadi, lepas rumah pak we mat zin.....kome relax dah. Tapi yang tak sedapnya...tengoh jalan2 tepi rumput depan rumoh aki kong.....Bas Lin Siong drpd Benta akan lalu dalam pukul 7.15..lari laju ...silap2 haribulan...Tak dapat elok tahi kerbau atas jalan disitu...siaplah.....baju kena percik dgn tahi kerbau...sapa yang kena ....alamatlah kena balik..dan bercuti/ponteng sekolah...lah........HARI TU DIA CUTIIIII...???...he..he..he...kelakar!!!,ok kita sambung lagi.

Wassallam.

Pak Chu Aim
S/usaha (Penaja)
IKATAN ANOK2 BUDU/LEPEH

LINGKARAN.. dulu..dulu

Kenangan 1963 Darjah Satu:

Sultan Pahang tahun 1963 Sultan Sir Abu Bakar almarhum Sulatan Abdullah, kesukaan dan Hobi Baginda Tuanku ..dia suka melawat ke Tiap2 Daerah2 dalam Pahang utk berjumpa dgn rakyat jelata...terutama bila hampir2 hampir dgn hari ulangtahun baginda.. paling Baginda suka akan datang ke Daerah Lipis dengan menaiki kereta Roll Royce Tinggi Hitam drp Pekan Pahang, Baginda akan berhenti di Tiap Mukim dlm tiap2 Daerah ...utk baginda bertanya khabo dan tiap kali jumpa rakayt baginda akan bertanya....dgn suaranya yang garau...APA KHABO..APA KHABOR??....sambil berjabat tangan dgn Rakyat ...orang2 kampung akan beratur panjang menunggu baginda....termasuklah kome budak2 sekolah...di kg budu..kome dgn orang kampong akan berbaris depan kedai Syarikat dan depan kedai Alwi...bermula drpd kilang padi depan rumoh arwah the labok hingga ke depan Masjid budu...kome budaksekolah akan ...mengibar2 bendera Hitam Puti yang bertangkaikan Buluh Bedil diikatt dgn getah...sambil menjerit sekuat hatiii....DUALAT TUANKU...3X...BAGINDA AKAN BERJALAN PERLAHAN2 BERSALAMAN DGN SEMUA ORANG YANG HADIR....KERETA HITAM TADI TUNGGU hujung barisan org Kampong....DEPAN MASJID BUDU...TAMAT SHJA BERSALAM DGN ORANG TERAKHIR depan masjid ....Tuanku akan naik kereta balik dan teruskan perjalanan menuju ke Benta pulak, kemudian Penjom, Batu Satu, Bandar Lepeh dan akan bermalam di Istana Hinggap dekat Masjid Lepeh/Rest House sana..........Kome baliklah ke sekolah semula ramei2 ...tapi yang tak sedapnya 70% bendera2 dibawa pagi tadi ..dah koyak rabokk.......sebab kertas bendera itu dibuat drp KERTAS MAJUNG yg skrg ni kita buat lukis2 jika ada kursus/bengkel dll tu...termasuklah bendera kawas ...habeehhh longlai dan berkecaii...he..he..he.

SEMAGAT KENEGARAAN PERLU DIPUPUK

Kibarkan Bendera Jalur Gemilang Kita dimana sahaja kita berada, samaada kita berada di padang, di sekolah, di dewan, di Gunung, Di Kampung2...atau dimana2 jua. Ianya lambang kemegahan dan kebangga kita dulu, kini dan selamanya. Kibaran yang ikhlas daripada sudut hati kita membuktikan kita rakyat yang setia kepada negara, agama dan bangsa, disamping menzahirkan kebanggaan kita mejadi Rakyat Malaysia yang hidup aman damai, berhubung dengan harmoni antara satu dengan lain, tinggal dalam satu Kampung atau Taman bersatu serta sering saling hormat- menghormati antara satu dengan lain. Dengan faktor-faktor yang dinyatakan diatas itu lah, maka Negara kita akan kekal menjadi sebuah negara yang maju semua segi seperti segi Ekonomi, Sosial, Pendidikan, Keselamatan, Pertahanan, dan juga Politik, Inshaallah. ...Merdeka...merdeka...merdeka...!!!!

Cadangan IKATAN BENTA dot com

Assalamualaikom w.b.k dan Salam sejahtera..

Mari ler kita berblog-blog jer..mudah dan senang nak baca apa-apa yang terbaru dan berita-berita terkini yang berlaku mahupun nak di rancang...

Sebagimana rancangan Pak Braim kita yang nak mengadakan satu laman web untuk tujuan tersebut..maka bolehlah kita jadikan permulaan menggunakan BLOG ikatanbenta ini sebagai jalan menuju ke arah tersebut..

Saya amat menyokong mana-mana usaha untuk merapatkan hubungan silatulrohim sesama kita terutama yang berasal dari sekitar ADUN BENTA..

Terimakasih atas kunjungan anda..

Wasalam.

Ha..Aji,Terap( rakansms@gmail.com)