Terkini drpd AJK IKATANBUDU...!!!!

Salam Sdra/i dihormati...Ini ada berita terkini dan panas...!!

Pada petang semalam AJK telah mengadakan Mesyuarat Khas di KLIH KL. Mesyuarat dipengerusikan oleh Cik Gu Halim Husin Seberang Paya bersama 8 orang AJK IKATANBUDU iaitu Abang Azman Shah (Penasihat), Sdra Zaili (Bendahari), Sdra Jama Abdullah (AJK), Sdra Haji Anuar Cik Deraman (AJK), Sdra Halim Hj. Dollah (AJK), Sdri Roslah Yusof (AJK), Sdri Haniza A.Rahman (AJK) dan saya sendiri S/usaha (Ibrahim Abdullah).

Hasil daripada Mesyuarat itu, kami telah menetapkan TIGA cadangan projek bagi 2010. Cadangan tersebut adalah seperti berikut:
i. Manaik taraf Persatuan IKATAN BUDU/TERAP yang ada sekarang kepada KELAB yang tersusun dan berdaftar, yang akan dinamakan,
"KELAB KEBAJIKAN DAN SOSIAL ANAK-ANAK WATAN MUKIM BUDU DIPERANTAUAN" atau singkatannya "KKSMB".
Dengan terlaksana Kelab ini maka setiap program yang kita akan lakukan dan laksanakan akan lebih tersusun dan bersistematik lagi. Kewangan yang kita terima akan dipantau dan di buat akaun yang akdemik. Mesyuarat tahunan akan diadakan, laporan terperinci setiap program disediakan. Setiap Mesyuarat diminitkan dan segala cadangan akan diambil tindakan.Pendek kata ianya lebih hebat daripada sekarang.
AJK juga mencadangkan supaya penyertaan keahlian akan dibuka kepada semua Warga Pemegang Kad Pengenalan / orang2 Mukim Budu / Sanak saudara daripada Mukim Budu, yang bermula daripada Kg. Gabok (sempadan Kemahang - Budu) ke Kacu (sempada Benta - Budu) , daripada Racak (Sempadan Budu -Chat)yang meliputi Kg. Lubuk He'k, Beluan, derian Rendang, Teko'ong, Bukit Perangin, Seberang Teka, Jerning, Bukit Bangkong, Kipas, Terak, Ulu Budu, Tanjung Lalang, Batu 20, Cherang, Bukit Gayang, Berteh, Pulabu Keras, Napei, Seberang Paya, Budu, Bukit Engku dan seluruh Kampung dalam mukim Budu.

Tujuan mengadakan Kelab ini adalah untuk:

i. Memudahkan lagi membuat Aktiviti Sosial kepada Ahli-ahli Kelab di Perantauan dan juga di Kampung Budu serta Cawangan/Bandar2/Pekan lain.
ii. Mengeratkan Hubungan Silatulrahim Ahli-ahli Kelab.
iii. Menggalakan Sikap Bantu Mebantu antara satu dengan lain.
iv. Mengadakan Kebajikan kepada Ahli-ahli Kelab.
v. Menjana Ekonomi ahli-ahli menerusi "Jentera" yang akan diwujudkan nanti.

Lain-lain syarat akan dimaklumkan dalam Perlembagaan Kelab nanti.

Perkara Kedua bermesyuarat petang semalam:

ii. Mengwujudkan KOPERASI bagi ahli2 Kelab diatas, ia akan dibuka kepada semua orang Budu di Kampung dan di Perantauan selruh Malaysia. Nama Koperasi tersebut adalah "KOPERASI KOKSMB".

Tujuan mengadakan Koperasi ini adalah:
i. Menjana Ekonomi Ahli2
ii. Memberi Pinjaman kepada ahli
iii. Mambantu Ahli dalam Perniagaan Awalan & IKS
iv. Mengadakan Projek2 bersaiz Kecil, Sederhana dan Besar
v. Memajukan Eco-Tourism di Kampung Budu
vi. Mendapatkan Sumber Kewangan
vii. Memajukan Akademik Anak-anak Ahli
viii. Membuka Perniagaan Bertaraf Kebangsaan dan Antarabangsa
ix. Melaksanakan beberapa Projek Ad-Hoc yang menguntungkan Ahli.

Cadangan ketiga Meayuarat semalam:

iii. Membuat Buku Sejarah dan Kisah2 Silam Kampung Budu bagi tujuan bacaan ahli2 dan juga bagi rujukan anak cucu cicit kita akan datang, betapa unik dan hebatnya nama Kampung Budu yang terkenal sekarang ini dan masa dulu2.

Jadi ketiga-tiga cadangan tersebut diatas telah dipersetujui oleh AJK, dan ianya akan digerakan dalam tahun 2010 oleh AJK. Kami amat berharap kepada semua sdra/i samada di KL, Kuantan, Raub, Bentong, Lipis, Seremban, P.Pinang, Ipoh, JB dan seluruh Malaysia dan luar negeri memberi sokongan jitu kepada 3 cadangan murni dan berwawasan daripada AJK seperti diatas demi anak-anak Mukim Budu yang dikasihi.

Budu Boleh...!!!

Wassalam.

Sekian terima kasih.

Ikhlas drpd Setiausaha
Ibrahim Abdullah @ A'eng Cherang.

Budu Kampung Kelahiran Kome..!!!

Bila menyebut perkataan budu, ramei orang membayangkan ianya satu makna sahaja iaitu sejenas makanan drpd Pantai Timur (Kelantan) yang berasel drpd ikan bilis yang dijeruk/diperap dgn garam dalam tempoh yg agok lama. Ianya sedap dimakan dengan nasi paneh/panas. Orang Kampong kita termasuklah komeh/kita memang
suka/berminat dengan budu ini (orang Kampong panggil "PEDE")sebaknya/sebabnya memang boleh menaikan selera kpd pemakannya, lagi beselera kalau kita modified sikit "PEDE"/budu ni dgn menamboh sikit asam limau nipih bersama2..lepas tu cicak2 dgn petai,jering atau gedu'ak (kerdas). Tetapi apa yang komeh nok perkatakan "BUDU" yang satu ini berbeza drpd budu/pede yang diatas tadi. "BUDU" yang ini adalah kisah sebuah Kampung Tradisional yang cantik dan mempunyai banyok sejarah perjuangan, kampong yang banyok melahirkan Pemimpin-pemimpin Negeri dan Negara juga melahirkan beberapa orang Professor salah seorangnya Dr. Professor Zainuddin Kamaluddin (UiTM), Dr. Prof Anuar Alias (Dulu Uitm). Ada lagi seorang Datok orang kuat dalam Istana Sultan Pahang noohh..jadi, Satu lagi kebanggaan orang kampung ialah Pilot MAS 747 ke Eropah, London daripada kampung bertuah ni..heheh...Jadi Kampung dimaksudkan itu ialah "Kampung Budu". Kampung ini terletak didalam Daerah Kuala Lipis dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Lokasinya hanya 18 KM drpd Bandar Kuala Lipis jika mengikut jalan Kuala Lipis - Benta - Ke Jerantut. Asalnya perkataan ini Budu ini tidaklah komeh pasti macamana timbul perkataan ini tetapi ianya berasel dpd semenjak Atok/Aki Wan/Moyang kia dulu lagi...sapa yang mengeluor idea mula2 sekali..belum lagi diselongkor oleh pakar2 sejarah Pahang, tetapi yang dah pasti Kampung BUDU ini merupakan sebuah Kampung yang indah menghijau dikelilingi bukit bukau...bila malam sejuk pepaleh/betol...sebeloh siang nya pulak paneh sesanget...kadang2 komeh tak boleh duduk dalam dirumoh...rasa berapi badan...jadi, kena duduk bawoh rumoh atau duduk bawok pokok rendah/rendang yang "nayu"/redup...kemudian bentang tikor...relak...sambil2 dengor radio Klasik Nasional..???. kampung Budu ni juga permai...dengan paya/sawah yang terbiar (dulu menghijau).., sungei2 dan alor2nya yang mengalirkan air yang jernih..nampok berudu2 dan ikan karin berenang2...airnya pulak sejok bukan main...satu ketika dulu air perigi bewok...kalau zaman kanok2..komeh kalau mandi pegi bewok ni..badan keluar asak/asap...macam incredible hulk..., air di Pancor ulu budu juga amet sejok..begitu juga air terjun di Parit/Geriat..pun sejok...paling tak boleh inget diParit ni juga ada salok/salak nangka..punyalah manis...tapi nok mengambeknya banyok tebuan nani..., air sejuk yang jernih lagi ada di kipas besor, lubuk hek',kampung kita ni juga tenang...tak nyerde trafik jemmed...tak berebut2 nok pegi kerja..pendek kata tak gadohlah..., penduduknya pulak peramah...lambat ditegur ... dah siap jawapan..., hatinya pulak baik...kalau nok meminjam nyoir, halia, kunyit, serei dll...pasti dapat free,...majoriti orang Budu ni... berbudi bahasa...itulah sebenornya amalan orang2 kampung kita/Pahang..., sentiasa bergotong-royong saling bantu-membantu (berderau) antara satu dengan lain...terutama masa nok buat kenduri nikohkan anok2/sdra2 kita...kalau nok buat kenduri pada hari ahad 2 atau 3 minggu dah sibuklah membuat kerja2 persiapan ....contohnya..memasang sabok/dapur drpd buloh aur ambek drpd hutan berdekatan...buat pangkin berlantai buloh...utk menyiang daging...memaku dinding rumoh pengatin pempuan...menongkat lantai ...bimbang nyer runtuh...memasang tabir layor/tabir...kelambu, lece/tilam pengantin...kemudian sehari sebelum kenduri besor...malam Sabtu orang Kampung akan berderau/gotong royong menyiang daging kerbau yang disembelih pagi tadi, rebung buloh, umbut nyoir, terung, petei, jering, kerdas dll...kerja kenduri ini akan diketua oleh Tok Empat Kampong. Di Kg. Budu skrg ada 2 orang Tok Empat iaitu Tok Empat Pak Andak Chen/Hashim (Tok Empat Budu...sebelum ni Aki K'ung) dan Tok Empat di Terak pulak..Tuan Adnan (sebelum ni Shamsuddin Md. Noor, Abdul Manan..)...bila kenduri hari esoknya rameilah jemputan VVIP akan datang termasuk YB ADUN Benta (buat masa ini ADUN Benta YB Datok Sofie bin Tan Sri Abdul Razak - YB yang kuat kerja siang malam membantu oarng Kampong kita dan semua kampung dalam ADUN Benta..Terima Kasih YB Datok..kawan kawas masa sama2 Sekoloh Clifford tahun2 1970an dulu...sebelum YB Datok Sofie..YB Datok Suhaimi Ibrahim GPMS jadi nahkoda kita, ..sebelum itu Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin Pengerusi Disiplin UMNO Malaysia skrg...sebelum itu Arwoh Aki Samoh...sebelum itu Arwah Tan Sri Abdul Razak ..banyok jasa kepada Budu dan Lipis serta Pahang..diantara jasa Arwoh Tan Sri ni...(ayoh YB Datok Sofie) berjuang mendapatkan Sekoloh Menengah Budu (Sek. Men. Panglima Garang Abu Samad sekarang..juga Datok Sulaiman Ibrahim YDP PEKAP - Persatuan Kebajikan Anak2 Pahang di Ibu Kota KL)..dialah pelupor mencelikkan kita semua daripada "Buta huruf"..tanpa perjuangan Arwah Tan Sri mungkin kita semua tak menjadi macam sekarang...berpelajaran, melanjut pelajaran ke menara gading...berkeja baik..gaji besor, kereta besor, badan besor..bini/suami besor...hehehhe..itulah perjuangan pemimpin kita dulu. Untuk mengeneli Kg. Budu ni senang je...jika sapa orang luorlah driving drpd Benta hala ke Jerantut...bila lihat beloh kanan..kemudian nampok Bukit yang membiru tinggi ...itulah "Bukit Raya" ...Trade Mark Kg. Budu.., ketinggiannya Bukit ini agak tinggi juga...mungkin beratus kaki juga daripada paras laut...ia merintasi Kampung Budu...bermula dan memanjang kalau drpd beloh kiri ...merintangi Kg. Terap, ke Gabok, ke Kemahang, ke Tg. Besar, ke Jerangsang, Batu Balai, Damak/Ulu Cheka, Jerantut, Temerloh, Maran, dan jika dilihat memanjang kekanan pulak...ianya menghala ke Kg.Chat..ke Benta...Jeram Besu..ke..Dong..ke Gali..terus ke Raub Bentong..ke Genting Highland..ke Gombak.... Disepanjang Bukit Raya ini terdapat berpuluh2 Ekar Dusun Durian Tradisional hasil usaha Wan/Aki Moyang-Moyang kita dulu, demenya lah menanam benih2 derian yang baik2 dan sedak...jasa mereka banyok kpd kita...tapi skrg demenya telah lama pergi meninggelkan kita tetapi jasa dan hasil tangan demenya yang telah menanam Durian amet kita hargai (Mohhh..lah..kita sedekoh Al-Fatihah kpd Wan/Aki/Moyang kita)...sebab kebanyokan derian demenya tanam...isinya sedak2 belakang dan berbagai rasa dan bentok...heran kita...paling sedak ....Durian Tembaga (D24), Udang Merah (D24++), Derian Kucing Tidor (D24++++), Durian Kepala Gajah (Saiznya besar kepala orang dewasa)..ini tak tau D berapa...tapi bukan DJ.., Durian Isi Putih Berkrim dan berlemak pun ada aki/moyang kita tanam, Durian Jantung aki buyung ...pun best...Durian terong...derian bongkok...derian kuluk he'.....derian hutan....derian belanda...heheeh...yang ni tak de...dan lain2 Durian yang sedap2 algi.... Bila sebet dusun derian ni...komeh teringet Dusun paling puncak/atas sekali di Bukit Raya ni ...namanya Dusun Tanjung Maloh.....katanya rimau banyok dtg makan buoh derian ni...kadang2 gajoh pun ada...jadi perjalanan menurun atau menaik ke Dusun Tanjung Maloh ni...kalau daripada Kampung Cherang ke puncaknya....kurang sikit daripada mendaki Gunung Everest...masa yang diambek 4 jam naik ...5 jam turun...jalannya berliku2 dan licin...silap2 langkah ..kalu hari hujan mlmnya..memang kena batalkan mendaki..kalau menurun pulak.. perjalanan jalannya yang licin...last2 derian tercampok jatuh tergolek2.. Manakala Dusun Durian paling dekat sekali ialah Dusun Durian Ulu Budu (Atas Padang). Kita seme oarang Terak pulak dibesarkan oleh kedua-dua arwah ayah dan mok kita dalam suasana Kampung yang diklilingi ayam, itek, kambing, pokok getah, paya, terik matahari, ribut dan hujan. Komeh disekolahkan di Kampung Budu mulai 1960an Sekolah Rendah, kemudian komeh bersekolah Menengah Budu Benta Kuala Lipis Pahang..pada tahun 1970an.(Sekarang Sek. Menengah Panglima Garang Abu Samad), Kemudian kome bersekolah Clifford K.Lipis...dalam tingkatan 4 dan 5...masa ni kome satu Asrama dengan YB Dato' Sofie, YB Datok Wan Rosdi, Dato Azizan YDP MPK Kuantan, Sdra Mokhtar Long, Sdra Zahari Othman Kemahang, Sdra Zaini Doya, Cik Gu Shahrir, Sdra Tarmizi Ghazali, Sdra Wan Nasaruddin, Sdra Sabri pilus dan ramai lagi... Kg. Terak/Terap ni terletak 20 batu daripada Kuala Lipis jika melalui Jalan Benta ke Jerantut. Kg. Terak ni terletak keatas sikit drpd Budu lebih kurang 2 KM kedepan....Menurut sejarah Kg. Budu/Kg. Terak adalah kubu kuat tempat Pahlawan2 Melayu bangkit menentang Penjajah Inggeris yang "merampok" Harta Kekayaan dan Hasil Bumi Negeri Pahang melalui berbagai helah mereka..kemudian hasil bumi ini dibawa ke London demi kesenangan orang putih disana. Rakyat di Kampung2 termasuk di Kg. Terak dan Budu hidup dalam keadaan daif dan miskin..macam cerita klasik P.Ramlee...kais pagi makan pagi kais petang makan malam. Melihat keadaan ini maka Pahlawan melayu diketuai oleh Tok Gajah dan anoknya Mat Kilau bertekad untuk mengusir Penjajah2 ini. Tetapi malangnya niat murni Pahlawan Melayu ini utk mengusir penjajah itu tidak mendapat sokongan rakyat setempat kerana mereka telah termakan putar beli Inggeris yang mengatakan bahawa Kumpulan Pahlawan Melayu daripada Terak/Budu ini adalah penjenayah, pengganas, pengkhianat negara dll...sedangkan dia tak buat demostrasi I.S.A. melawan Kerajaan secara terbuka, tetapi mereka perlu ditangkap hidup2 utk dipenjarakan atau dibunuh. Melihat keadaan itu maka Pahlawan2 Melayu yang berjiwa rakyat dan kental ini terpaksa melarikan diri kedalam hutan dan melakukan perang gerila terhadap Inggeris. Disebakkan kecanggihan senjata inggeris maka mereka pahlawan melayu Budu/Terak ini lari ke Siam/Thailand..bersembunyi disana. Pada tahun 1970an...Mat Kilau telah muncul di Masjid Pulau Tawar memperkenalkan dirinya bahawa beliaulah pahlawan Melayu Mat Kilau yang sebenar dengan menunjukkan bukti2 di badannya...bekas kena tembak oleh inggeris...Datok Mat Kilau meninggal dunia beberapa tahun kemudian kerana sakit tua...dan dikebumikan di Pulau Tawar....Alfatihah untuk atok kita ni...yang banyak berjaya kepada Kg. BUDU dan TERAK/terap...Ramei dah Pahlawan Melayu zamannya telah meninggal awel...mungkinkah Kubur bernisan yang paling besor di Kubur Tanjung Tualang itu...adalah Pahlawan Melayu yang berjiwa rakyat yang sama sebaris dgn Mat Kilau...Wallahuallam. Ini satu cabaran kepada anak2 Budu/Terap untuk membuat R&D dimasa akan datang dalam Tesis Ijazah/ Master/Phd mereka. Mungkin mereka kena pergi ke Belanda/London utk mencari bahan sejarah dalam tulisan Jawi yang telah dibawa kesana oleh Penjajah Belanda/British. atau sila rujuk buku2 Sejarah di perpustakaan lain atau di Perpustakaan Negara malaysia..Sekian . Wassalam...weh deme...jumpa lagi dlm tulisan akan datang...PENDEK KATA KITA JANGAN MALU MENGAKU KITA BERASAL DARIPADA KAMPUNG BUDU YANG PERMAI DAN BERSEJARAH DAN BANYAK MELAHIRKAN PAHLAWAN DAN PEMIMPIN NEGERI DAN NEGARA...Hidup Budu..!!!!

Maaf panjang berjela2...bersuroh/becerita kpd demeh...!!!


Terima kasih.
S/usaha.

News Jamuan Hari Raya 2009..148 orang mendaftar.


Kelihatan tetamu sedang beratur menceduk gulei keladi, gulei tempoyok ikan patin, bimbang nye habeehh...!!


Masa ini adalah masa paling suka tengok..orang puteh kata masa "peak time"..cakap Budu....masa ni betoi2 tengoh kelam kabut...berebut pinggan...sebab ...lepas dapat pinggan baru buleh ceduk gulei keladi dgn ikan patin tu....cepett...cepat..demeh..beraturr!!!


Pendaftaran kehadiran dan mengisi borang ahli Budu ...penting didahulukan..."Mintok isi borang ahli Dato'..."


Dewan KLIH dihias indah dan sedang menunngu "wareh-wareh" drpd pelusuk rantau....KL, Pahang, Kuantan, dan Sekitar Lembah Kelang dan yang paling istimewa Dewan ini menunggu wareh-wareh kita daripada Budu nohh??


Back Drop...mengalu2kan kedatang semua jemputan....Cantek yee??..Welcome Abang/kakak/Sdra/i/adik2 seme..sila masuk ..jangan malu2..dan segan2..bukan orang lain..kita kita jer...puok gerabok kita...sila..sila masuk..!!!

Salam sdra/i...

Pertama sekali kami Urusetia dan AJK Majlis Jamuan Hari Raya Anak-anak Watan semalam, ingin mengucapkan Syukur kpd Allah s.w.t. kerana Majlis tersebut berjalan lancar dan selamat.... alhamdulillah.
Kedua: Kami mengucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada semua tetamu yang hadir seramai begitu ramai sekali mungkin mencecah 400 - 500 orang (Daftar Kehadiran dicatat 148 orang shja)mungkin yang lain termasuk anak-anak, remaja yang hadir terlupa hendak mendaftar nama mereka disebabkan mungkin dah terhidu gulei Keladi dan Ikan Patin Tempoyak, sambel hitam, lemang Pahang, Jeruk Peroh..??.
Ketiga: Setinggi terima kasih kepada kehadiran VVIP yang berasal daripada Kg. Budu / Terap / dan drpd daerah Lipis dan Daerah2 lain diPahang - seperti Tan Sri Mohd Zuki Hj. Kamaluddin - Kg. Kachu Budu (Penasihat IKATAN merangkap Pengerusi Disiplin UMNO Malaysia), YB Datok Soffie bin Tan Sri Razak Kg. Napel B(EXCO Kerajaan Pahang merangkap ADUN BENTA), YBhg Datok Sulaiman Ibrahim Kg. Bukit Engku Budu(YDP PEKAP), YBhg Datok Hasnan Hassan - Kg. Mela Lipis(Tim. Ketua Siasatan Jenayah PDRM Selangor), YBHG Datok Mohamad Yassin Kg. Tanjung Besor(Tim. YDP PEKAP), Datok Mustafa Yassin Kg. Chenor Bera (Setiausaha PEKAP), En. Abdul Razak Idris Kg.Chat Budu(Pen. S/Usaha PEKAP), Datok Dollah Kg. Chat Budu(Bekas S/Usaha PEKAP), Supertandent Amiruddin Jamaluddin Kg. Tempoyang Lipis(Tim. OCPD Ampang Jaya), Tuan S.I. Jama Abdullah - Kg. Jerning (Ketua balai Polis Kepong) dan paling Istimewa Kehadiran 31 orang Rombongan bersama Anak-anak Yatim, Warga Emas, Ibu Tunggal dan OKU daripada Kg. Budu dan Terap yang diketuai oleh Pak Andak Abu Pawang Wahid (Abg Abu Cherang), Kehadiran Penasihat IKATAN (Tn. Haji Azman Shah - Kg. Jerning), Pengerusi IKATAN Cik Gu Halim Hussin - Kg. Seberang Paya, Bendahari Sdra Zaili Mohd Yusof - Kg. Bukit Bangkong, Setiausaha Ikatan (Ibrahim bin Abdullah -kg. Cherang Terap), Pen. S/Usaha (Sdra Halim Abdullah - Kg. Tengoh Cherang Terap) dan AJK-AJK IKATAN, Sdra/iWakil2 daripada sekitar ADUN Benta seperti Kg. Chat, Kg. Kemahang, Kg. Tg. Besor, Kg. Jerangsang, Kg. Benta, Kg. Jeram Besu, Kg. Tempoyang, Sekitar Lipis Bandar dan juga Sdra2/i Wakil drpd Daerah lain dalam Negeri Pahang yang turut serta.
Keempat: Kami AJK dan Urusetia merakamkan jutaan terima kasih kerana Tan Sri/Datok2/Datin2/Tuan/Puan/Sdra/i yang sudi hadir ke Majlis anjuran Anak-anak Watan Diperantauan (IKATAN) Budu Terap pada 10/10/2009 semalah.
Kelima: Kome juga mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang kami AJK/Urusetia menjalankan Majlis tersebut drpd awal hingga ke akhir.
Keenam: Harapan kami, kita semua dapat berjumpa lagi ditahun2 akan datang dengan lebih meriah lagi....Inshaallah.
Wassalam....Terima kasih.

POK HENG - S/usaha IKATANBUDU
http://braim400.blogspot.com.my



JOM .. kita beramai-ramai datang ke majlis HARI RAYA tahun ini

Ahli Jawatankuasa Jamuan Hari Raya Kg. Budu/Terap 2009

Ada masalah apa2 sila call Urusetia:

i. Haji Azman Shah Abdullah - 012-6165838
ii. Sdra Abdul Halim Hussain - 019-2869295
iii. sdra Mohd Zaili bin Yusof - 019-3113573
iv. Sdra Jamal @ Jama Hj. Abdullah - 0196452002
v. Sdra Halim Hj. Abdullah - 019-2404931
vi.Sdra Haji Anuar Hj. Abdul Rahman - 012-3040194
vii. Sdra Hamzah Rafar - 012-3190579
viii. Sdra Azmi bin Apandi - 0192338900
ix. Sdra Abdul Karim Mohd - 017-8801068
x. Sdra Rosli Saidi - 0192415306
xi.Sdri Roslah Mohd Yusof - 012-2538583
xii.Sdri Maheran Moh Zin - 017-2260904
xiii. Ibrahim Abdullah - 010-2120203 / 017-3442020

TQ.

ibrahim abdullah
S/U IKATAN

AHLI JAWATANKUASA JAMUAN HARI RAYA 101009

Penaung: YBhg Tan Sri Zuki Kamaluddin
Penasihat: Tuan Haji Azman Shah bin Haji Abdullah
Pengerusi: Sdra Abdul Halim bin Hussin
Setiausaha: Sdra Ibrahim bin Abdullah
Pen. Setiausaha: Sdri Maheran Mohd Zain
Bendahari: Sdra Mohd Zaili bin Mohd Yusof

Pngerusi J/Kuasa Kecil:
Jemputan: Sdra Ibrahim bin Abdullah
Persiapan Tempat & Hiasan: Sdra Jamal bin Haji Abdullah
Persembahan: Sdra Jamal bin Haji Abdullah
Pengangkutan di KL: Sdra Jamal bin Haji Abdullah
Pengangkutan di Budu: Sdra Zuhdi Hussin
Makanan Hotel: Sdra Jamal bin Abdullah
Makanan Import drpd Budu: Sdra Othman Jerning
Pendaftaran: Sdri Roslah bt Yusof dan Crew
Sambutan: Sdra Azmi bin Affandi
Hadiah dan Sumbangan: Sdra Mohd Zaili bin Mohd Yusof
EMcee: Sdra Abdul Halim bin Hussin
Pmbaca Doa: Sdra Abdullah Ghaffar
Jurugambar: Sdra Abdullah Ghaffar
Publisiti dan Promosi: Sdra Abd. Halim bin Abdullah
Webmaster World: Sdra Hamzah Ghaffar
Transport: Sdra Rosli bin Saidi
Mencari Peserta: Urusetia & AJK
Ketua Rombongan drpd Budu:
Pak We Mat Zin, Pak Itam Cheng, Tok Empat Denan,
Pak Andak Abu.

Sekian terima kasih.

S/usaha
http://braim400.blogspot.com

BUOH DERIAN ULU TERAK



Apamacam..??? terlior tak??

Banyok derian ni daripada Bukit Tinggi, Tanjung Maloh, Pangau,Parit, Ulu Terak, Ulu Budu, Cerok Saga, Bukit Jaggong, Dusun Derian Bongkok, Dusun Aki Buyong, Dusun Ramei, Dusun Cik Gu Nil, Dusun Cik Gu Kita'm, Pancor, Dusun atas padang Ulu Budu, Dusun derian Kerajaan dan Dusun Derian Ta*k.

Kg. Budu yang indah permai



Gambor paya menghijau dan Bukit Raya yang membiru membuatkan kita teringet2 zaman masa kita kecik2 dulu, bila batang padi sudah meninggi dan belum berbuah pemandangan paya2 sekitar Budu, Terap, Empau, Rachap, Beluan, Chat, Kemahang, Kg. Mutan, Jerangsang, Tinbesor, Benta, Batu Boya, Jeram Besu (JB), Ulu Atok; amat cantik sekali seperti gambar pemandangan diatas. Kadang2 kita merindui suasana seperti itu.

Bila padi mula masok kome bebudak Kampung bersama2 akan ayoh dan mok masing2 menuai padi guna alat khas yang bermatakan "Razor Blade Cop Buaya" yang disepet ditangan drpd pagi hingga ke petang..panas punya lah teruk berpeloh2...minum air masak bila kehausan...berehat kejap tengahari solat Zuhur...kemudian sambung semula jam 2.30 ptg hingga kesenja...kerja2 ini memakan masa 1 bulan...yang sedapnya padi baru ini bau wangi bila dimasak atas dapor kayu.

Paling tak lupa masa padi ini setengah masak, pesta membuat "KEKALU" dan "EMPING". diadakan setiap Kampung, Paling sedap emping ni buat "SERAWA TELUR" (kuah drpd Telur dicampur dgn gula merah..kemudian emping dicampurkan sekali...Best...!!!

Ketika itu semangat gotong royong, persahabatan, kejiranan dan persaudaraan yang tinggi terjalin antara sdra mara di Kampung kita...sambil bergurau senda.

Moral of the Story:
Perpaduan antara sedara mara dipupuk oleh generasi terdahulu kepada anak2 mereka supaya satu hari nanati akan berlaku nilai2 persaudaraan, tolong menolong, bantu membantu, hormat menghormati, sayang menyayangi dll.

TK

Gambar-Gambar Balik KG

Salam..

Baru Balik dari kg semalam..

Pasar Malam di Benta

Jom Apam Balik.. satu


Makan Sate .. elok juga!



Minggu lepas melawat Kg Keledek.. wow ikan banyok nye.. sape nak ternak ikan boleh jumpa Pandok Ya kita ni..




Satukan Melayu...!!

'Rintis penyatuan Melayu'

Oleh ANI AWANG
pengarang@utusan.com.my

IPOH 14 Julai - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah mahu usaha penyatuan umat Melayu dirintis bagi membina keupayaan kaum itu dalam semangat serumpun bangsa dan sealiran agama.

Bagi memastikan hasrat murni itu tercapai, baginda bertitah semua pihak harus mengetepikan kesetiaan kepada individu atau kumpulan.

"Berpijaklah kepada kenyataan, berpandulah kepada akal fikiran. Semarakkan semangat silaturahim, hayati semangat bermaaf-maafan, bahawa Melayu itu bangsamu dan Islam itu agamamu.

"Bersatulah dalam semangat dan roh agama suci Islam yang sama-sama mengakui hakikat keesaan Allah, Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad SAW itu ialah Rasul Junjungan, al-Quran itu kitab pegangan dan secara bersama menghadap kiblat melakukan ibadat sembahyang, serta menerima orang Islam itu sebagai saudara," titahnya.

Baginda menyatakan demikian dalam titah utama bertajuk Islam dan Melayu: Modal Pengupayaan Umat pada majlis perasmian Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Dewan Bankuet bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Raja Nazrin menegaskan, budaya berpolitik yang sedang berlaku menyebabkan ketaksuban baru sehingga menjelma budaya assabiyah, yang mengutamakan kesetiaan kepada kumpulan berbanding kelangsungan ummah.

Titah baginda, keadaan itu akhirnya menyebabkan Melayu Islam terperangkap dalam perlumbaan mencari kesalahan dan kelemahan antara satu sama lain.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

"Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?" titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

"Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

"Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu," titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

"Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

"Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

"Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah," titah baginda.

Lebih malang lagi, menurutnya, apabila kata-kata yang diungkapkan mahupun tindakan yang dilakukan, semakin hari semakin mengheret bangsa jatuh ke lembah.

“Akibatnya modal pengupayaan umat menjadi semakin lemah. Berapakah ketirisan yang akan terus berlaku lagi? Berapa ramai lagi yang tergamak menjadi pelakon opera, memakai topeng Islam dan topeng Melayu, mempersendakan umat, memperdaya bangsa demi memenuhi nafsu sendiri?” titah baginda.

Raja Nazrin mengingatkan, jika perkara itu terus berlaku maka bangsa Melayu hanya menghitung hari untuk kehilangan tampuk kuasa.

“Jika pertelingkahan terus memuncak, jika perbalahan terus berlanjutan akan bertambah binasalah bangsa dan pada akhirnya tidak ada lagi pihak yang menang.

“Ini kerana yang menang telah menjadi arang sementara yang kalah menjadi abu,” titahnya.

Baginda bertitah, umat Melayu Islam kini sedang menghadapi cabaran besar menyentuh identiti, maruah, martabat dan kelangsungan bangsanya.

“Melayu dan Islam adalah dua ramuan sakti yang amat penting untuk disatukan dalam hasrat membina modal keupayaan umat yang kuat.

“Namun, bilangan Melayu Islam di bumi ini bukannya ramai. Melayu Islam yang berilmu, yang profesional, yang kaya, yang memiliki sifat-sifat personaliti melangit jauh lebih kecil.

“Pemisahan Melayu dan Islam dalam kafilah yang berbeza, masing-masing di bawah kepimpinan yang enggan bertemu, semestinya menambahkan lagi kelemahan ummah,” titah baginda.

MKDi...Resepi gulei Keladi + Tempoyok.

Salam sdra/i ..lama kawas tak menulis ruangan MKDI ni..sibuk sikit..jadi hari ni kebetulan free sikit nok juga rasanya menulis cerita2 lama utk dikongsi bersama anak2/adik sekelian...apa nak dituliskan....yang sesuai ...last2 teringat masa kecik2 dulu bersama arwoh mok..di kampong...menetok/mencari keladi ..."sedey met" (senang juga) tapi cerewek sikit...
1. langkoh pertama...Demeh kena siapkan pisau lipat @ pisau landa sorang satu- supaya senang mengerat pelepoh/batang keladi dan juga menyiat anok keladi dalam pelepoh keladi tu (utk pengetahuan ...batang keladi kecik yang nok buat gulei tu..kena ambik anok batang keladi yang belum menyulor keluor dpd pelepoh keladi)
2. Keduanya...kita kena pakai seluor katok/pendek @ kain batik basan/batek lusuh separas lutut supaya kita senang menglangkoh bila mula2 masuk paya tu nanti, lagi pun kalau kita pakai seluor katok ni...kita senang nok buang lintoh paya kalau nye melekat dikaki, betis dll tempat,
3. Kita Kena pakai topi besor ...ala Mexico High Chapperal...sebab kerja menetok keladi ni bukannya sekejap2..kadang sampei 3-4 jam baru dapat 30 - 40 batang...
4. Lagi satu perkara kita kena berkaki ayam jangan pakei kasut...sebab bila kita nok masok paya ....kasut deme nanti "cenana"(terjerelus) dalam lumpur nohh...??
5. Akhir sekali kita kena hisap rokok daun / gulong .....utk menghilang nyamok dgn aggas banyok.
Lepas seme persiapan tu ada..maka kita boleh lah turun ke paya...memulakan langkah pertama...Bismillahirrahmannirrahim....pegi dekat pelepoh/batang pertama tu...kemudian kita tetok/potonglah satu pelepoh/batang keladi.
Bila dah banyok...barulah bawok balik...dibasuh ..
Dah pilih yang terbaik...masuk kan keladi tadi kedalam periuk..masukan air sejuk, masukkan asam tempoyok secukup rasa, lada renit, bawah,masokan daun kesom, serei...kemudian naik kedapor...tunggu...kalau dah "merebek kuohnya" kita kena letok garam......jgn banyok sangat ...Sejukkan sekejap...masuk pirin..angkat..mengkenya bolehlah kita makannn...aauuuwww sedapnya...mok mertua lalu belakang ..pasti tak nampok...tapi kalau mok mertua lalu depan ...dah soh lah nampok..sbb lalu didepan muka.
Moral of the story:
Makna orang Kg. dulu2 memang payah nok makan sedap2...kena berusaha berjam-jam utk dapat smangkok gulei keladi...tapi sekarang nok makan sedap2 ada dimana2...nok pulak di KL, Kuantan, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dll....cakap je..mesti dapat makan sedap..Hinggakan kita semua Obbesiti / gemuk...Itulah namanya Hasil Kemerdekaan dan Keamanan negara kita sekarang.....kita harus berbangga dgn keamanan negara kita..yeeeaakkk??? semoga Slogan 1MALAYSIA. menjadi kenyataan.
Agok2 demelah...ada ke Gulei keladi ni mempunyai khasiat segi perubatan???...Fikir2kanlah.
Wasallam.

IKAN PATIN NOK BUAT KENDURI 10/10/2009 ???



Kalau deme nok tahu??? Ikan beso atas riba si Mamat mcm tu lah...akan dikorbankan untuk "MAJLIS HARI RAYA GULEI KELADI 2009" nanti. Pada hari tu AJK bercadang nok import Masakan IKAN PATIN, LEMANG PAHANG, GULEI KELADI, PULUT TAHI MINYOK, PECEL, ISI RONG PEROH, CEMANG KEPAYANG, PETEI JEROK, KERDAS, JERING, BUOH KEJIJOK DLL MAKANAN PAHANG/BUDU. Kalu deme nok rasa makanan ni seme...sedak ke tidak...jangan lupa deme joint sekali pada jamuan yang kome cakap tu pd 10/10/2009 bertempat di Hotel yang dinyatakan..bayaran RM10 - RM15 jerr...murohhh...hehehe..??? kalau tak joint rugi ametlah...kawan2 lama pun boleh jumpa...borok panjang...maklumlah dah lama tak jumpa...Mungkin juga kita import pancaragam Gali atau Ulu Cheka utk hiburan...dan penyanyinya...Siti Norhaliza???...atau Al-Dino???...ATAU KITA CUNGKIL BAKAT2 TERPENDAM ORANG2 bUDU..??? SO, SILA DAFTAR MULAI HARI INI DI RUANGAN CIT-CAT BAWOH KANAN KITA ..cepat seket???

Kereta Tahun 50an, 60an, 70an, 80an...cuba tengok??

Cuba deme pegi ke Website ni:-

http://www.jagsclassic.com/

Kemudian kelik Gallery....banyok kereta jaman dolu2..

MKDI..???SELAMET HARI BAPA/AYOH/APAK/ABAH/RODONGKOME/ORANGRUMOH

Masihkah deme inget...???

Sempena dengan hari bapa pada 20hb. Jun lepas...pastilah kita semua teringet2 ke Jasa ayoh-ayoh masing2 samaada masih hidup atau telah kembali ke rahmatullah...Kita pasti juga ingat kekuatan "Kederat" ayoh kita yang luar biasa, badannya yang kental, keras, boleh membuat macam2 kerja kampung macam Mc Gyber....dengan penuh tanggungjawab. Ayoh kita berkerja siang malam pagi petang demi membesorkan anok2 yang disayanginya...Kalau deme masih inget....Ayoh akan bangun awal 5 pagi lagi...dan keluor rumoh pegi memotong getoh yang agok jauh jaraknya....dgn berbekalkan cokodok, lempeng, pisang goreng atau ubi kayu rebus serta air teh "o" tawor....sebagai bekalan ayoh kita dgn semangat ke Kebun getah ...cuba kita bayangkan jam 5 pagi ayoh dan mok kita pergi ke Kebun Getah...mengharungi gelap pagi ...dan menyerahkan diri kepada Nyamok hutan utk menghisapkan darahnya...bunyi nyamok ni tuhan je yang tahu..berdesing2 ditelinga....kemudian ayoh kita mulakan memotong (menoreh) dgn ditemankan oleh mok kita...habis memotong antara 200-500 batang pokok...kena kutip pulak susu getah tu...kemudian..kena buat getoh keping pulak...dengan menggunakan kepakaran yang ada padanya ...getah secair itu boleh dipekatkan...lagi teror drpd saintis...dgn mencampurkan cuka getah dengan susu getoh...sementara susu getoh tu keras...ayoh dan mok...akan makan lah bekalan dibawok pagi tadi....masa tu dah jam 10 pagi...datanglah anok2 membawa ayer minuman tamahan atau makanan tambahan...selain drpd itu anok2 akan membantu memutorkan "angkol" mesin getoh yang dah dilenyek2 menjadi setengah keping2....jam 12tgh ayoh balik dgn memikul 8 keping getah yang basah...menggunakan pengandar...berat getoh tu rasanya mungkin tak kurang 20 kilo sebab getah2 tu masih basoh ianya berat...sampai di rumah ayoh sidaikan getah tu dulu kemudian ayoh kita tadi pergi mandi...punyalah lama mandi sebab nok "sental" kaki, badan tangan, lengan dgn sabut utk buangkan getah melekat....kmudian ayoh2 kita akan menunaikan solat Dzuhur...kemudian barulah makan tengahari....kmudian rehat kejap.. jam 3 ptg....pegi ke Paya/sawah untuk mencangkul paya bagi persiapan utuk menanam padi tahunan...(dulu kampung kita ni...seme membuat sawah sehingga tahun 1972....kerja2 menanam padi ni diberhentikan kerana tak pratikal....menanam padi lebih tinggi kos drpd membeli beras...kata orang pertanian ketika itu).....kalau tidak membuat kerja2 (bukan musim menanam padi)...ayoh2 kita akan ke Hutan bersama mok kita mencari kayu api, kadang2 sambil tu memanjat jering, petai atau mencari buoh lemba, salok, tepus ....utk buah tangan anak2 dirumah......atau kadang2 ayoh kita ke belakang rumoh mencangkul tanah utk tanam kacang, terung, cili, keledek, ubi kayu dll...bila jam 4.30 ptg ayoh dan mok kita balik kerumoh kejap utk sembahyang asar..kemudian sambung kerja semula...sampai ke maghrib...7.45 mlm lepas solat maghrib...ayoh2 kita akan mengajor mengaji pulak...solat issyak...lepas tu makan malam....lepas makan malam..ayoh2 kita akan tanya2 pasal pelajaran sekoloh seme anok2..nya jam 11 ayoh kita tidor...esoknya bangun lagi jam 5...pegi memotong getoh...dgn memakai lampu minyak tanoh diikat dikepala...bagitulah hebatnya ayoh2 kita dikampung dulu...berkorban dgn penuh ikhlas demi membesarkan anak2...memberi pelajaran...memberi makan anak2....!!
Moral of the story (pengajaran cerita)...Ayoh kita di Kg. Budu, Terap dan sekitarnya..memang manusia yang hebat, bertenaga, berinovasi, kreatif, mempunyai semangatyang kental dan berwawasan dalam menerajui Ketua Keluarga...Jadi sempena dgn hari Bapa...kita ucapkan SELAMAT HARI AYOH/APAK / ABAH/ RODONGKOME/ ORANGRUMOH YANG SENTIASA BERKERJA KUAT...kepada yang sudah tidak ada Ayoh/abah...marilah kita mendoakan kesejahteraannya dialam Barzakh...dan memohon kepada Allah menjauhi dari seksaan kubur dan api neraka...berilah kepada rohnya bau2an Syurga dan kenikmatan serta jauhi drpd segala seksaan kubur...ALFATIHAH...BISMILLAHHIRAHMANIRAHHIM....ALHADULILLAH HIRRABILL 'ALAMI....hingga habis...WASSALAM.

Blog Orang Pahang...

Moh kita tengok Blog orang pahang:- Cut and Paste URL BLOG bawoh ni:-

http://bloggerpahang.blogspot.com/

Tk.

Cadangan: Jamuan Hari Raya Gulei Keladi...sedappnya???



Salam Sejahtera Sdra/i seme,
Dimaklumkan bahawa Persatuan kita bercadang mengadakan "JAMUAN HARI RAYA GULEI KELADI 2009" anjuran IKATAN ANOK2 BUDU DIPERANTAUAN (IKATAN)pada tarikh, masa dan tempat macam dibawoh ni (seperti berikut):

TARIKH: 10 OKT 2009 (Sabtu)
MASA 2.00 HINGGA 5.00 PTG
TEMPAT: HOTEL KL INTERNATIONAL
JALAN RAJA MUDA (BERHAMPIRAN COW KIT ROAD)
KUALA LUMPUR.

Dimaklumkan kerusi yang disediakan untuk jamuan ini terhad kepada 400 orang sahaja...sapa dulu mendaftar melalui Email kawas atau Call dengan AJK nama2 dibawoh, maka dia berhak mendapat tempat dalam Jamuan itu....tapi jika lewat mendaftar dan didapati dia melebihi nombor 401 ketas, kome mintok moof dia tak dapat lah joint, jadi sila email ke kawas nama, alamat, no Hp, jika nok joint dalam majlis tersebut, deme taliponlah ke rodong-rodong kita dibawoh ni...seme kuat2 ni...:-

019-6625838 (Tn. Hj. Azman Shah / Abg Man)- Pengerusi
019-2869295 (Sdra A.Halim Husin/Pak Ngoh Alim)-Tim. Pengerusi
017-3442020 (Sdra Ibrahim Abdullah / Pak Chu A'ing)- Setiausaha
019-6452002 (Tn. SI Jama Abdullah - Tuan Jama) - Pen. Setiausaha
019-3113773 (Sdra Mohd. Zaili Yusof / Pak Uda Zaili) - Bendahari
019-2404931 (Sdra Abd. Halim Abdullah / Sdra Alin) - Tim. Bendahari
019-2338900 (Sdra Azmi Affendi / Pok De mi) - AJK Makanan
012-2403240 (Sdri Mahera Mat Zin - AJK Jemputan
012-3462630 (Sdra Khairuddin Ibrahim - Din Jerning) - AJK Sambutan
019-3920658 (Sdra Kamran Affendi - Atan Jimmy) - AJK Sambutan
019-9844879 (Sdra Alias Mohamad- Pok De Lias) - AJK Makanan
012-3190579 (Sdra Hamzah Rafar / Sdra Ha)- AJK / Webmaster
017-8801068 (Sdra Karim Mohamad/Pak Nyang Yem)AJK / Reporter Sambilan
019-3334065 - (Sdra Abdullah Raffar/Atan Dollah)- AJK / Cameraman
019-2415306 - (Sdra Rosli Saidi / Atan Labok) - AJK Cherang / Kelang / KL
017-6225931 (Sdra Daq)- AJK Bukit Perangin / Empau / Derian Rendang)
012-2982088 - (Sdra Khairul) - AJK Budu / KL
012-2538583 - (Sdri Roslah Yusof/Mak Ngoh Ani) - AJK KL / Keramat / Budu / Jerning
0196640541 - (Sdra Hasni Abdul Hamid / Kenik) AJK Teko'ong / Beluan)
019-6181311 - (Sdra Adham Manan / Daha) - AJK KL / Terap
012-3506215 - (Sdra Serbaini Samad / Suba) - AJK Cherang / Jengka
016-3779874 - (Sdra rosli Yahya / Li Afro) AJK KL/Ulu Cheka/Cherang
013-9306058 - (Sdra Mohamad Ibrahim / Tang'gok Kipas) - AJK Kuantan
019-9309407 - (Sdra Zuhdi Hussin - Udi Sbrang Paya) - AJK Budu/Raub
019-9372968 - (Sdra Sabaruddin Md. Nor / Kudin - AJK Lepeh)
016-6232056 - (Sdra Sabri pilus / Wee - AJK Tanjung Besor)
010-2210722 - (Sdra Zahari Osman - AJK Kemahang)
013-9362044 - (Sdra Roslan Ibrahim / Lan Kipas - AJK Lepeh)
012-2721671 - (Sdra Mr. Dorey - AJK Jerangsang)
016-3696486 - (Pn. Shahizan Jelas (RTM) - DJ/MC & AJK Gabok Kemahang)
012-6135777 - (Sdra Khalim Rohani (RTM) - DJ/MC & AJK Gabok Kemahang)
012-3040194 - (Sdra Haji Anuar Haji Abd. Rahman - AJK Budu)
012-4366121 - (Sdra Tengku Azli - Li Mok We) AJK Cherang
019-3599437 - (Sdra Ajib / Yazid Yunus - AJK Benta)
012-2697163 - (Sdra Zulkifly Hussin - AJK Tampin & Chat)



AJK lain akan dilantik kemudian.

Sedikit bayaran akan dikenakan kepada sdra/i yang berhajat iaitu dalam lingkungan
RM10.00 - RM15.00, untuk menampung Kos makan/minum/ Lemang Budu dan GULEI KELADI yang kita import drpd Budu (dijamin ORI - Tak Gatel).

Pembayaran wang tersebut perlu dibayor kepada Bendahari sebelum bulan Puasa (22 Ogos 2009). Sila berhubung dengan kawas sebagai mendaftar nama nok joint dan call Bendahari seperti nombor diatas untuk urusan pembayaran dan tempahan meja.

Sekian terima kasih.

Ibrahim bin Abdullah
Setiausaha IKATAN BUDU
Kuala Lumpur.
017-3442020 / 010-2120203
Email: braim400@hotmail.com

MKDI..??Afro Look...???




Bila lihat rambut Datok David Arumugam ni...teringat rambut kita dulu, semua org meniru stail rambut dia ketika tahun 1970an..dan 80an dulu....masalahnya nok jaga rambut ni bila menyikat...kita kena beli sikat macam garpu...hehehe...??..TERIIMMAA kasihhhh..??

MKDI...??? Cross Country Sekoloh Budu..??

MKDI...Pada tahun 1970an..Sekolah Menengah (R) Kebangsaan Budu (Nama sebelum ditukar kepada SMPGAS skrg)..telah mengadakan Cross Country pertamanya....Kome pun tak tahu mende Cross Country ni masa tu...tanya dgn Cik Gu..rupa-rupa "LARI MERENTAS DESA"...Perlumbaan bermula daripada Padang depan Asrama Lelaki..kome panggil masa tu Padang Batu Lada..sebab batunya keras dan berwarna orange...kalau kita jatuh atas padang ni.......pasti kita akan luka tapak tangan dan juga lutut..pedeh macam kena Lada....lokasi Padang itu terletok...ditapak Bangunan Sekolah 3 Tingkat sekarang...Jadi, sebelum bermula larian... kome diberi Gula Glukos sesudu kecik setiap orang oleh guru2 sukan masing-masing ...konon2 utk advange/lebihkan tenaga...supaya dapat No. 1 atau sekurang2nya In Time...ada juga Cik Gu lain menyapukan minyok kuda kpd murid masing2...supaya bila belari macam kuda lumba...konon...tapi bila sapu minyok ni dibetis..bukan lari macam kuda lumba...tapi lari macam kuda padi....ada setengohnya ...dah lembek...di tengoh2 jalan perlumbaan....Jadi, semua peserta akan dilepaskan oleh Guru Besor masa tu..Cik Gu Jamlus..ayah Kama...(Mana Kama ni sekarang...last jumpa dia mesyuarat GPMS 2 tahun dulu)...bila kome mula dilepaskan ...kome pun dengan semanget berkobor2...belarilah sekuat hati...keluar melalui pintu pagor besor yang menghala ke Kg. Terap nun.....meluteng-luteng seme kome lari...sebab belum leteh lagi...putih..putih..putih..tapok kaki alri...ada yang hijua...hijua...tapak kaki lari...sebab demenya pakai kasut Badminton Master.... tapok kasut ni hijau...kome lari kuat2..potong memotong...celoh menceloh...ciluk..menciluk...menuju ke jambatan kayu di Kg. Terap....kemudian ..naik bukit cenerung...ada satu pokok derian besor disitu....dekat2 rumoh Atan Chu Omor......kome...terus lari melalui depan rumah Arwah Rostam.......terus lari ke Kipas Kecik ...depan surau Terap lama....menuju ke Kipas Besor...lau dekat pokok-pokok Kundang di Kipas Besor...terus...ke Jerning dekat rumah Aziz Abu Hanifah..(Class mate kome ni...!!!)....keluor ke Jalan Besor (batu) yang menghala ke Chat...lari...koner ke kiri....menuju ke Empau ...sampei depan rumah .....Rahman Akub...belok kanan......lari lagi ke Seberang Teka dekat romoh Lan Said..kemudian kome melalui rumoh Kama...kemudian melintas Sungai Teka/Lubuk Sejuk dan kome cross Titi Batang Kelapa....naik bukit sikit ....lalu dekat rumoh...Arwah Cik Gu Nil..(Aki Rahim Pilot)...kemudian ke Napel...terus ke Jalan Raya Budu ...terus...ke sekolah dan tamat ditempat bermula...Sapa yang dapat nombor satu kome tak tahu...sebab kome kumpulan Corot...Kome Disqualified sebab dah terlebih masa....tak dapat point...ada setengoh kawan2 kome...masa belari tu.....ada yang berhenti tengoh jalan...memanjat pokok nyor (kelapa) ...Minum Air Nyor Muda...sampei kembong perut....Jadi Moral of the story MKDI ni......Melalui Sukan kita dapat menimba berbagai bagai pengalaman berguna dan menyeronokkan...wassalam.

Mari tengok panduan CARA ONLINE (url) dan lain2..




.. JANGAN SESEKALI LOGIN atau BUAT TRANSAKSI GUNA e-mail, pastikan URL yang betul..

Dulu-dulu kat kg tak ade pon bende2 ni.. pakai duit siling jer.. berat pokek kalau dah bayok .. nak tengok wayang pon kena beratur beli tiket.. sekarang beli tiket nak terbang (airasia) dah guna ONLINE weh..

MKDI....Jambatan Kayu Kg. Cherang...??

MKDI...??? Kenangan jambatan kayu menghubungikan Kg. Tengoh (Atan Labok) ke Cherang...Jambatan ini dibina dalam tahun 1970..sebelum ada jambatan ni...kome ikut atas batas paya ...depan rumoh kawas ke perigi besor Atan Labok...dekat perigi beso itu ada pokok limau kasturi dan jambu meroh....terus ke padang...yang paling tak boleh lupa kalau musim orang kampong mencangkul paya nok buat tanaman padi...batas tu jadi lecoh betoi...bila hujan lagi terok..jadi, kalau nok pegi sekolah esoknya ..kena pijak hati2...silap2 haribulan ...terjerloh kedalam paya..kasut kotor..baju kotor..muka pun jadi Rambo...alamat tak pegi sekolohlah...cutiii...???dgn terbinanya jambatan kayu itu seribu rahmat...basikal sampei depan romoh.

SELAMAT HARI GURU - 16 Mei....

MKDI..???

Sempena Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei setiap tahun, maka marilah kita semua mengucapkan SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU/BEKAS GURU/PENSYARAH dan cik gu silat gayung, lincah, dll...juga guru kaka...guru kawad dll..kategori. Kawas masih teringat2 jasa Cik Gu Kelas yang hari2 menunjuk ajor kita tak jemu2...kadang2 demenya memang Tension dgn kerenoh bebudak...tapi akhirnya kita semua dapat juga dibentuk oleh cik gu2 tadi...sekurang2nya...menjadi manusia berguna kepada agama, bangsa dan negara...dan tidak menyusahkan...jadi, kawas respect dengan semua guru yang mengajor kawas yang bermula daripada cik gu darjah 1 dulu iaitu (Cik Gu Udin langsir putih kuning), Darjah 2(Cik Gu Zakaria Pendek); darjah tiga (Cik Gu Bakri - Vespa Labu); Darjah 4 (Cik Gu Ahmad - rambut kerinting lembut bergulung2), Darjah 5 (Cik Gu Zaiton penjom yang garang); Darjah 6 (Cik Gu Rani yang serius tapi baik hati - jurulatih bolasepak kome), Tingkatan 1 (Cik Gu Ghazali Sega), Tingkatan 2 (Miss Tai - wife mr. Tong), Tingkatan 3 (Cik Gu Selamat - bung karno), Tingkatan 4 (Cik Gu Jamil jawa), Tingkatan 5 (Mr. Tan Bun Tek - suara garau), Masa belajor Yayasan Anda (Cik Gu Mohamad Misai, Cik Gu Radhi, Cik Gu Nizam - sekarang dah jadi Penerbit Filem), Masa di Uitm Shah Alam - ramei antaranya (Tuan Syed Ali, En. Mohammad, En. Zahari dll.). Deme semenya ni...memang banyok jasa2nya kepada kawas dulu2...mungkin demenya ni ada lagi atau mungkin dah pergi menemui Allah..kawas doakan roh semuanya ditempatkan dengan orang2 yang soleh..ALFATIHAH UNTUK CIKGU2 SEMUA. Tk. Wassalam.

Sape boleh buat..

Untuk meringankan kepala.. jom kita tengok show..
Dulu-dulu show kat sek.. atau budu.. pasal silap mata jer..

Selamat Hari IBU ...

Sempena Hari IBU semalam.. hayati lah lagu ini..


Khas buat semua ibu-ibu dan untuk ibuku jua.. yang masih keuzuran, semoga diberikan kekuatan untuk dirinya.. AMIN..
Orang kata aku lahir dari perut mak..

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ...mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut ulangtahun perkahwinan.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Artikel Keturunan Orang kita kot??

Deme cuba baca artikel kawas dapat drpd Artekel ORANGKAYA HAJI NIIIHH...menurut kata artikel ni....ada disebut Kg. Tanjung Tualang...Soalannya..adakah Kg. Tanjung Tualang yg dimaksudkan oleh Penulis itu...SAMA dgn Kg./ Kawasan Kubur Tanjung Tualang di Terap skrg??..Apakah Kubur Paling Besor/Panjang bawah pokok Kundang Manis atas Kubur itu dan Batu Nesan Besor diatas Tanah Perkuburan paling kedepan sekali yang menghala ke rumoh Malek Roti Canai itu.....adalah Kubur Keturanan Orang Kaya Haji ini...???....PELEK KAWAS???..Walaumacamna pun kita cuba baca cerita ni sampai habis............"Beliau turut membina rumah kediaman baru di Budu bagi menggantikan tapak rumah beliau di Kuala Lipis yang dicadangkan untuk dijadikan kepala Negeri Pahang. Dimaklumkan bahawa sekiranya kepala negeri ditukarkan ke tempat lain, maka hak pusaka di Kuala Lipis hendaklah dikembalikan kepada pewarisnya masing-masing. Beliau membina sebuah rumah baru di Kampong Tanjung Tualang, Budu yang dikenali sebagai Rumah Gedang.

Wan Daud juga dikatakan telah pergi bersama Tok Teh ke Johor menemui Sultan Abu Bakar di Istana Johor ( Muzium Negeri Johor Sekarang ) untuk menyerahkan surat persetujuan beliau dengan pihak Inggeris.

Apabila rumah berkenaan siap, beliau pulang ke Kuala Lipis untuk membuat persiapan berpindah ke rumah baru tersebut. Beliau meminta penduduk kampung untuk membantu beliau membawa segala kelengkapan, peralatan dan barangan beliau berpindah ke Budu. Peristiwa ini berlaku di sekitar penghujung tahun 1888 atau awal tahun 1889.

Tindakan mengumpul penduduk kampung ini telah digunakan untuk memfitnah beliau yang kononnya sedang mengumpul tentera dan penduduk kampung untuk menyerang Pekan. Kesempatan ini telah digunakan untuk membunuh Wan Daud Seri Maharaja Setia Raja yang kononnya atas arahan Baginda Sultan. Beliau difitnah sebagai gila, hilang akal, mengamuk dan mesti ditembak mati. Inilah yang dirakam oleh buku sejarah kita seperti yang diungkap dalam buku Sejarah Pahang karangan Haji Buyong b. Adil. Gugurlah beliau dengan tiga das tembakan. Pertama di buku lali, kedua di peha dan ketiga di dahi. Kisah sebenar berhubung punca dan alasan pembunuhan beliau tetap menjadi simpanan dan kenangan pahit waris keturunan ini.

Sebaik sahaja rebah, Wan Muhammad menerpa dan memangku beliau. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, beliau sempat berpesan kepada Wan Muhammad, “sekiranya aku meninggal, janganlah engkau kuburkan aku di Bukit Betong, kuburkanlah aku berdekatan kubur guruku di Tanjung Rambai”. Sesudah melafazkan kata-kata tersebut, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia lebih kurang 84 tahun................"

Jika deme nak tahu lagi cerita tu...sila ke Artikel ini:-

http://orangkayahajiartikel.blogspot.com/

TQ.

Tuanku Sultan Pahang Gembira

Sultan Pahang ucap tahniah atas pelantikan Najib

KUANTAN 20 April - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Baginda turut melahirkan rasa syukur dan sangat gembira di atas pelantikan Najib itu.

Malah, titah Sultan Ahmad Shah lagi, baginda percaya dengan kebijaksanaan, keterbukaan, pengalaman luas, kewibawaan dan kesabaran yang dimilikinya, Najib mampu memikul tanggungjawab berat sebagai Perdana Menteri.

Baginda juga percaya, Najib berupaya memandu Malaysia menghadapi cabaran masa kini khususnya dalam menangani kemelut politik dan kesan kemelesetan krisis ekonomi global.

"Beta yakin dan percaya dengan pendekatan orang tua beta (Najib) yang memberikan perhatian kepada suara dan kehendak rakyat, insya-Allah hasrat orang tua beta dalam tagline atau cogan kata 'Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan', akan tercapai," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri Pahang Ke-12 di Wisma Sri Pahang, hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dan Cik Puan Muda Pahang, Cik Julita Aishah Abdul Latif.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Wan Mohamad Razali Wan Mahussin.

Dalam titah ucapan tersebut, Sultan Ahmad Shah turut merakamkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang memberikan peruntukan masing-masing berjumlah RM256.3 juta dan RM808.4 juta kepada kerajaan negeri melalui dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

Menurut Sultan Ahmad Shah, peruntukan tersebut adalah untuk membiayai sebanyak 1,389 projek dan ia tidak termasuk peruntukan yang disalurkan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

"Melalui RMK-9, untuk 2009, kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM1.4 bilion untuk membiayai 1,612 projek pembangunan," titah baginda.

Selain itu, baginda turut berterima kasih kepada kerajaan Persekutuan kerana telah meluluskan peruntukan RM150 juta untuk pembangunan infrastruktur projek Taman Industri Minyak & Gas dan Maritim Tanjung Agas di Pekan.

Sultan Ahmad Shah turut menyifatkan langkah kerajaan Persekutuan meneruskan rancangan pembangunan lima tahun seperti RMK-9, satu langkah yang tepat untuk meredakan kesan buruk kemelesetan ekonomi global.

Baginda yakin, dengan adanya peruntukan untuk melaksanakan kelangsungan projek pembangunan, ia akan mewujudkan aktiviti ekonomi yang berterusan dan mendatangkan kesan putaran, limpahan dan pergandaan.

"Ini sesuatu yang baik untuk negara, negeri dan rakyat bagi memastikan kegiatan ekonomi negara dan negeri terus berjalan," titah baginda.

Sumber : Utusan

Superbike

Nok jimat minyok...tukar ke Motor pulak??

http://guanhowsuperbike.com/main.htm

Amacam??

Ada wew gambor masa sembahyang raya 2008

Belik.. belik ade anok kawas ambik gambor masa sembahyang raya tahun lepas rasanya..
leh lah tengok2.. mana gambor2 terbaru kg ni wew.. tak ade yang nak sumbangkan ker.. kalau ade email ke ADMIN kita .. ikatanbudu@gmail.com



Ada gambor sape tu wew...


..patut banyokan gambok gini untuk blog ni.. semadikan ingatan di kg..

Datok Sri Najib Tun Razak



Sesekali kita tinjau Website Kerajaan Baru Malaysia....Berslogankan "Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sila ke Website ini:-

http://www.satumalaysia.com.my/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Najib_bin_Abdul_Razak

TK.

MKDI...Panggung Colusium KL..??


Untuk kawan Otai separas dgn kawas dlm tahun 1970an dan 1980an.....jejaka masa tu...masih handsomelahh..berseluor sempit dipinggul..kasut tumit tinggi ala john Travolta...kaki seluor labuh separas dgn kasut dan menutup kasut John Travolta warna kunig/coklat....rambut jejaka ni...Afroo..stail Alleycats (Datok David Arumugam..timasehhh)...kalau jejaka...sahabat kawas ni rambut lurus ...rambut disimpan hingga panjang ke bahu...dibelah tengah...macam Hail Amir, Latif Ibrahim, Jay Jay, pakai cermin mata Ray-ban hitam bingkai Gold...manakala sahabat2 kawas yang wanita pulak...pada zaman 70an dan 80an tu...manis2 belaka...stail mesti macam Uji Rashid, Azean Irdawaty, Junainah M.Amin, Julie Remmy, Rahimah Rahim....mungkin juga Zaiton Sameon...he..he.. Jadi, bila tengok Wayang di Panggung Wayang Colusium Jalan Tunku Abdul Rahman ni memang hebatlah kome......masa nonton tu...mesti naik loteng panggung....First Kelas (1st Class) ..bawa makanan palin famous masa tu...Koci Hitam...Keropok Udang, Kacang Ngan Yin....Harga tiket masih ingat tak RM2.40 seorang ...kalau 2 orang baru...RM4.80.....bila habis je makan koci......mulut pecah2...sebab masin dah melekat-lekat...Sekarang ni Cinemaflex berapa harga jika nak nonton yerr???....sekian kisah lama....he..he..he..nak tiru Alleycat.s sikit....TTTTimmmasseehhhh .... Wssallam.

Nak tahu cara IKUT dan masok Gambor!

Cuba ikut langkah2 ni je:
1. Mula-mula klik IKUT :











nama blog kita... http://ikatanbudu.blogspot.com

Assalamualikom.. kepada semua pengunjung blog...

Atas pandangan dan cadangan rodong2 kita serta untuk pilihan nama yang sesuai maka bior ler kita gunakan nama IKATAN BUDU secara rasminye.. jadi dengan besar hati secara RASMI nya kita guna lah blog ini iaitu http://ikatanbudu.blogspot.com ..

Besar harapan dapatlah blog ini menjadi jaringan, saluran, penyampai, sebarang berita.. dan ape-ape saja lah hel-hel kg budu serta pesekitarannya termasuklah kg2 dibawah taluk jajahan adun Benta.. demi kebaikan dan kemajuan bersama.

Ape-ape cadangan, komen, idea dan sebagainya boleh terus guna cara CHAT, isi bahagian komen ataupon deme boleh terus email kan bahan2 ke ADMIN blog iaitu ikatanbudu@gmail.com atau hubungi terus ADMIN di no 017-3442020

Selalu - selalu lah berkunjung ke blog ini, serta meriahkan dengan berita-berita keadaan semasa di kg mahupun aktiviti di perantauan

Sekian ..

Dataran Merdeka.


Tasek Buatan Manusia.

Pertemuan Dua Sungai Lipis dgn Jelai

Masa saya kerja Keretapi Tanah Melayu di Kuala Lipis Tahun 1978-1981, bila hujung minggu atau masa2 tak berkerja...saya selalu mengail di sungai Jelai dan Lipis ni...ada satu ketika saya mengail dengan kawan di Satu Lubuk menghala ke Institut Pertanian Kuala Lipis sana. Kome mangail drpd jam 7 pagi hingga jam 5 petang...tak tau kenapa hari tu ikan tak nak makan umpan. Tapi apa nak diceritakan kami nampak ikan Tapah, Ikan Limat, dan Ikan lain2 timbul sebab air Sungai masa tu Jernih. Tapi bila sesekali saya balik lihat Sungai Jelai dan Sungai Lipis jadi macam Teh susu macam gambar saya lampirkan ni. Kesihan Sungai Lipis dan Sungai jelai, yang kasihan lagi Ikan2 dalam sungai tulah....macamana yee demenya hidup??

Payong Pelepah Pisang...

Teringat Masa Lalu....pagi ni hujan lebat betul di lembah klang...drpd Damansara ke KL..lalu jalan bangsar, kemudian melalui jln Travers ..depan Muzium..jln dah jem...rupa2nya depan Institut Kesihatann Umum (IMU) air dah naik/bertakong...semua kereta mengimpit ke kanan...nak elok/elak kan air bertakung dikiri. Keadaan hujan yang sama gini....Teringat kawas masa sekolah rendah dulu...tak silap dalam darjah 4 dulu..bila hujan lebat macam ni...punya lah seksa nok ke sekoloh...sejuk...air bertakong ditepi jalan...payong kertas tak ada...oleh kerana itu mok2 kome zaman tu...sebuklah mencantas daun pisang dgn pelepah2nya sekali panjang2..tujuannya adalah utk memberi kepada anok2 masing2 BUAT PAYONG..kalau ada 5 beradik...maka 5 pelepah daun pisang kena korban...jadi, bila berpayong dgn daun pisang ni dalam hujan lebat ini...kepala kome memang tak basoh...tapi siku mengalir air sampei ke baju kemudian ke buku...maka habislah baju dgn buku basoh...sapai ke sekolah buku lembab kasut basah...he..he..he...tapi sekarang negara dah maju kedepan....payong pun muroh2...zaman dulu payong mehel...yang ada pun payong orang mati jeerrr..itu pung susoh dapat...so, MORAL OF THE STORY/PENGAJARAN CERITA...NEGARA KITA DAH MAJU...tak ada lagi anok2 orang Kampung kita berpayong daun Pisang??. Waasallam...

mAT oBE DGN aLI mAMAK

Vedio ni kawas ambek masa Program Jabatan kome di Laman Santai Kuala Lumpur (sebeloh Istana Negara Jln Tun Razak). Masa tu kawas Pengerusi Jawatankuasa Persembahan Program ni. Jadi sebelum tu, Ketua pengarah kawas suruh cari Penyanyi lama2 (Otai tahun 70an dan 80an)...kawas fikir2.... jemputlah malam tu Mat Obe, Datok Ali Mamak, Kenny lee, V.Sarangavani. Power lagi suara otai2 ni. Deme tau tak apa Mat Obe cakap dengan kawas lepas dia nyanyi lagu ni...kata dia.."Perut Ali laga aku...punya keras......aku terpaksa lari awel sebelum perut dia laga kali kedua...cuba tengik Mat lari2 drpd Ali Mamak.....he..he..he...lantak awok la Mat...hentamm saja laaa...??

Suasana Perpaduan Majlis Deepavali di KL

Cuba kita lihat betul-betul masyarakat Melayu dan India sama-sama berkerja dan mebuat gubahan bunga dalam Majlis Deepavali 2006. Suasana Perpaduan dan harmoni begini harus dikekalkan dalam Negara yang kita cintai ini. Perpaduan beginilah sebenarnya Aset Utama kemakmuran negara kita yang mempunyai berbilang bangsa, agama serta 214 suku kaum yang tinggal didalamnya. Kita fikirkan bersama...???

Putrajaya Pusat Pentadbiran Kerajaan




Putrajaya memang aman pada siang hari, tak banyak kereta. Taman yang bersih. Pasti kalau saudara pegi sana tak akan sesat sebab ianya seperi Bulatan Yang Besar...Pi Mai Pi Mai Tang Tu Juga....cuma kalau nak pegi Persint 4...ikut Jejantas Pertama melalui Rumah Kediaman Tim. Perdana Penteri. Kalau nak pegi Persint 8, kita ikut Jejantas Kedua...ia akan melalui Rumah Kediaman Perdana Menteri...senang jerr???

Bapak Angkat Sarawak 2006


Abah Angkat saya ni mendengar penuh minat penerangan drpd Cik Gu Besar nii...apa diborakkannya??..agaknya...Cik Gu ni beriatahu Abah ni...Abah kalau nak pegi ke Budu tu..abah kena naik bilon (Kapal terbang) dulu, kemudian turun di Lapangan Terbang Benta Estate...??? (Kampung kelahiran M.Keyveas Presiden PPP tu). Lepas tu bulihlah abah pegi ke Kampung Budu lebih kurang 6 KM drpd Benta Estate tu...di kampung Budu sana banyak Manok (Ayam) Kampong...abah bulih makan masakan lemak kunyit Manok dicampur dengan cemperei, keledek...wooww sedap tuu....dan goreng kangkung paya dgn ikan bilis...eemmm sedapnya......he.....he..he..!!agaknya begitulah cerita Cik Gu nii..???

Jual beli Derian..??

Eeehhh...eehhh...budak baju hitam tu...mengada-ada betul...belagakk pulakk tu...sapa Menteri Besor sebenornya??. budak ni ke atau Dato' Seri Khir Toyo tu Menteri Besor masa tu (skrg dah Bekas MB). Nampaknya ada sesuatu yang serius diceritakan...jom kita pegi dengor apa budak baju hitam ni cakap/goreng..."ohh..Dato' Seri Nak beli buah derian kampung kome...!!!. Saya rekmen Durian Tembaga Kepala Gajoh..Grade D24++...isi kuning dan tebel, manis macam ais cream Cornetto, kalau Dato' Seri makan seulas cukup sedap dan minum "Air Buoh Lemba".jangan minum Air Buoh Tepus.....pasti Dato' Seri kenyang drpd pagi sampei ke petang...Derian ni tak banyok hidup di Kampong kome tu...cuma ada di Bukit Raya, Tanjung Maloh dan Pangau. Di Lubuk H'ek, Ulu Terak, Ulu Budu, Jerning, Kemahang, Tg. Beso, Chat, Peruang, Jerangsang, Benta, Ulu Atok, Benta seberang, Pekan Sari Dong...saya tak pasti lak Dato' Seri...nanti saya survey dulu....Jadi, macamana Dato' Seri ...nak berapa bijik???...he..he..he...itulah agaknya ayat2 yang digoreng oleh budak baju hitam tu..he..he..he... saja gurau....jangan mare??.

Rumah Beso Diatas Bukit...!!

Rumah Banglo ni dulu buruk, berlumut, seram dan menakutkan. Masa dulu2 ramai orang tak berani nak pegi masuk ke Kawasan banglo ni, sebab mungkin pada ketika itu bangunan ni tidak siapa yang nak uruskan sehinggakan diatas bumbungnya dah tumbuh pokok liar seperti anak pokok Ara, pokok2 hutan yang lain. Sekitarnya semak dengan rumput dan lalang punya panjang. Tapi masa saya bersekolah di Sekolah Clifford Tahun 1972-9173 (Form 4 dan 5)...kami ramei2 pegi masuk kedalam rumah ni...konon nak jadi Hero lahh...Menerokai "Alam Mistik"...Nak masuk kedalam tu mula2 takut juga....tapi sebelum masuk kami bacalah Fatihah 3X, Kul hualllah 3X dan beberapa ayat lain lagi. Lepas baca2 tu...kome pun masuk perlahan2 kedalam rumah ni walaupun hati pun takut2 dan keadaan was-was...Masa mula2 masuk tu ...keadaan dalam rumah ni ...memang bersepah2, bertabur macam benda didalamnya dan juga berabok2.....kemudian kome naik ke Tingkat atasnya...kome dapati ada banyak bilik2...tak ingat berapa jumalah biliknya...tapi Master Bed Room nya ada Long Bath Tub..mungkin tempat Residen Clifford dan "Mem Besar" mandi-manda didalamnya.... Lepas tu kome turun ke Tingkat paling bawah atau Tingkat bawah Tanah ..katanya ada beberpa lagi bilik serta store dan dapor banglo ni...dibawah tanah sana. Kome pun bersemangat nak masuk....melangkah sahaja beberapa langkah tiba2 keluar beberapa ekor Kelawar Hitam Besor berterbaangan atas kepala kome... masa tu kome teringat lah Pelakon Crisstoffer Lee (hero yang selalu berlakun jadi Draculla bila menjelang malam..... dan bila siang dia bertukar menjadi Kelawar),..jadi, bila teringat aje cerita tu...kome kecut2 perut dan pucat2 gigi amsing2....masa tu juga kome cabut meluteng-luteng.......putih tapak kaki menyelamatkan diri masoing...he..he..he. Tapi rumah itu sekarang dah cantik (Warnanya Merah dan menarik) bila saya pegi baru2 dan sempat mengambil gambar Banglo ini...katanya ia sudah dijadikan Rumah Persingahan Kuala Lipis....jadi, tahniahlah kepada Majlis Daerah Lipis kerana mengambil inisiatif mencantikkan Rumah Banglo Lama ni...ia sebagai daya penarik pelancungan di Bandar Lipis. Tahniah dan Syabas Tuan YDP Kuala Lipis dan pemimpin lain yang berusaha gigih mempromosi Kuala Lipis Bandar Bersejarah di Pahang. Tahniah.

Kenangan Masa Majlis Raya


Majlis Jamuan Hari Raya IKATAN ANAK2 BUDU/TERAP pada 26hb. Okt lepas....Gulai masm / tempoyak keladi...licin.
Ibrahim bin Abdullah
Setiausaha (Penaja)
Ikatan Anok2 Budu, Benta Lipis di Ibu kota KL (IKATAN)
d/a Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
1hb. Februari 2009


Salam sdra/i, adik-kakak dan abang-abang yang saya hormati sekelian,

MENGWUJUDKAN LAMAN WEB RASMI PERSATUAN IKATAN ANOK-ANOK KG.BUDU, BENTA LIPIS DI IBU KOTA KUALA LUMPU (IKATAN)

Apa khabo??..harap2 baik2 dan sihat belaka....

Keduanya: Melihat kepada ramainya sdra/i kta berada di Kuala Lumpur ini..(terbukti masa anok Rostam kawin..ramainya datang...dan 60% tak kenal...pareh baru2 nii..terutamanya). Jadi kerana itulah maka saya terpanggil utuk membuat Email ini...Email ni saya buka kepada semua orang lipih. tak kiralah demenya orang Budu ke..Terap ke..Kemahang..Tg. Beso..Jerangsang..Benta, Budu, Benta Estete atau orang bandar Lipis ..yang berkerja di KL...kalau nak joint apa salahnya...kita tidak ada niat utuk mengugat PEKAP yang sedia ada...Persatuan kita ini hanya nak merapatkan silatul rahim antara kita yang dah renggang...terutama...anak2 kita dengan anak2 kawan kita...mereka ni perlu dipupuk dan diperkenalkan budaya, nilai yang baik orang2 Budu dan juga Lepih...

Oleh itu kita akan mengwujudkan Persataun ini (IKATAN) peringkat demi peringkat...utk permulaan kita wujudkan E-mail rasmi ini dulu.

Saya dgn AJK lain telah diminta mendaftarkan Persatuan ini oleh Tan Seri Kamaludin dan juga Dato' Suhaimi Ibrahim...InsyaAllah kita akan daftarkan nanti..

Ketiganya nak memberi tahu juga tujuan E-Mail ini diwujudkan.....antaranya faktornya adalah:-

i. Merapatkan silatulrahim antara kita
ii. Untuk bertanya Khabor..sehat ke dak. ke..
iii. Menyampaikan berita buruk atau baik kepada Ahli2
iv. Untuk berinteraksi antara kita yang sentiasa bzy di KL ini dan sekitarnya.
v. Menyampaikan maklumat2 terkini daripada kawan2 kita disini atau sedara kita dikampung.
vi. Menyalurkan pertolongan kepada sdra2 kita di KL ni
vii. Membantu kawan-kawan dan sdra/sdra yang susah
viii. mencongkil bakat penulisan, ahli perniagaan dalam Internet
ix. Menyatukan sdra/i yang agak renggang persaudaraan kita
x. Mengetengahkan anak kita/sdra mara kita yang berbakat dalam sukan, bidang seni, ICT dan lain...


Jadi, saya sekarang sedang menyusun Jawatankuasa Penaja bagi mendaftarkan Persatuan ini dengan R.O.S......

Buat ketika ini saya telah dapat melihat beberapa nama yang berpomtensi bagi menduduki AJK ini...mungkin kita akan wujudkan AJK dalam 15-20 orang.

Walaubagaimana pun saya INGIN MENDAPAT RESPON DRPD SDRA/I SETUJU ATAU TIDAK KITA WUJUDKAN PERSATUAN INI DEMI UTK ANAK2 KITA SEMUA...

Sekian terima kasih.

Ibrahin bin Abdullah
Setiausaha Penaja IKATAN
HP. 017-3442020

Biodata saya:

Nama: Ibrahim bin Abdullah

Lahir : Kg. Cherang, Terap Budu Benta K.Lipis pahang

Tahun Lahir : 1956

Sekolah:
1963-968- Sekolah Rendah Budu
1069-1971- Sekolah Men (R) Budu
1972-1973 - Sek. Men Clifford K.Lipis
1984-9185 - Yayasan Anda Akademik
1996-2000 - University Teknologi Mara Sha Alam (Diploma Pentadbiran Awam)
2006 - Kini ...Universiti Sains Malaysia (USM) - Pelajar Tua Ijazah Sains Politik


Perkerjaan:
1975 - 1992 - Keretapi Tanah Melayu
1992 - 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia
2001- 2006 - Pegawai Perpaduan Daerah Gombak
2006 -2007 - Penolong Pengarah Jab. Perpaduan Putrajaya
2007 - 2008 - Timbalan pegawai Perpaduan Daerah Brickfields
2008 hingga kini - Penolong Pengarah Jab. Perpaduan Wilayah Persekutuan. (Bertugas memastikan Perpaduan seluruh Kuala Lumpur sentaiasa Tip Top.....matiii..aku??)


Hobi:

Membela Ikan ..ada 30 ekor ikan talipia dalam kolam depan rumah..he..he..goreng sedap??
Membaca Buku/komik/Motor Trader..menengok Plate Nombor mahal2 dalam buku ni...
Memandu pelahan/slow2..sambil2 mendengar Klasik Nasional..dan sinar FM
Menengok2 barang Antik..di Amcop Mall...ada peti nyanyi...pusing pakai spring engkol...
Berkebun depan rumah
Membuat kerja Sosial dgn Masyarakat....NGO's

Penglibatan Persatuan lain:

Tim. YDP GRPMS Gombak
AJK PEMADAM GOMBAK
Pengerusi Biro Keselamatan SRS KRT Taan BTK F1L
AJK MCPF
AJK Biro Persatuan Anak Pahang WPKL (PEKAP)


Makanan:

Suka gulai keladi kemahang
Derian Ulu Terak
Mee goreng Cik gu Kamsiah di Budu
Kepala ikan merah..eemm sedapnya
Gulai Sembilan bakar masak lemak cili api...husshh pedas nya..
Sambel tempoyok petai
Kueh Talam arwah mak buat...sedih kawas...sedekah alfatihah kpd arwah mak dan ayah ......bismillahhirohman nirahim...alhamdulillah.....sampai habis


Anak :

2 orang ...1 prempuan...kerja di NRE Putrajaya...laywer...ayohnya loywer burok..he..he.1 lagi lelaki...masi menuntut
di University UiTM Shah Alam...Ijazah Business Study...
1 orang cucu pempuan ...,,comel...


Adik beradik 8 orang...4 lelaki...4 pempuan...

Itu je lahh...yang ingat...

Mohon sdra/i juga mengemail boidata sdra/i utk rekod Persatuan kita...

Terima kasih....wassallam....jumpa lagi.


Ibrahim Abdullah
S/Usaha Penaja.

Kenangan lama..

Salam wbt

Kenagan Masa Darjah Satu...1963:

Pada ketika itu...murid sekolah leleki memakai baju putih tangan pendek cap CRAB/ketam....berseluor pendek hitam..kasut puteh...Cap TARZAN...BATA belum fumous lagi...mungkin belum ada...setoking putih low qualiti...lepas pakai je 2 bulan getahnya dah kembang....leas tu melodeh ke buku lali....Waktu kami sekolah masa tu..ditetapkan oleh Kerajaan pahang ....hari Ahad hingga Khamis...pada hari jumaat Sabtu cuti hujung minggu....utk kome pegi madi lubuk beso..atau lubuk sejuk di dekat rumoh Lan Said Kerani Sekoloh Budu skrn...Kemudian bulan Jan 1964 baru sekolah seluruh Pahang dimulakan peresekolahan pada hari Isnin hingga Jumaat mcm skrg. Kami pegi sekolah jalan kaki...tiap hari dpd rumah pukul 6.45 pagi..ketika itu waktu masa 6.45 pg ...dah cerah...kami jalan kaki ramai...rasanya dekat2 10-15 orang...yang kawas ingat yb ada bejalan kaki sama2 kumpulan tu...Kutek (Masa tu Darjah 2, Kamaruzaman Ulu Budu/Alias Cherang/Abu Bedu Kuching/Tanggok Darjah 3, abg Ya kawas darjah 4, Wahab darjah 5, Ramli kilat darjah 6. Kami akan jalan kaki tepi2 bibir jalan dalam rumput panjang...bertahi kerbau lagi kadang2...tapi yang paling takut masa nak pegi sekoloh pagi tu..bila nok lalu melintas Pokok Beso dan Tinggi. tapaknya betul2 depam rumoh Cik Gu Omor menantu Cik Gu Kamarioh skrg.....nama nya Pokok Kejijok di Kawasan Lebok (Tapak sekolah Panglima Garang Abu Samah skrg - dibina pada tahun 1965). Kadang2 kome bila lalu kawasan ni kome akan belari laju...mcm 100 meter daaa....yang corotnya tentulah budak darjah satu...mcm Kawas, Malik Roti Canai, Ripin Siloh, Mohkhtar Ulu Budu, Karim (sesekali je ikut...ayoh dia antor dgn basikal.). Lagi satu yang tak sedapnya...Abang senior suka amat membuli kome...ataupun menyakat kome....bila lalu Kawasan Lebok ni......lari..lari..hantu bebek susu beso kejor kita...kita ingat ye..ye lah....lari sekuat hati dgn megelek beg/bakul buku.....he..he..he..jadi, lepas rumah pak we mat zin.....kome relax dah. Tapi yang tak sedapnya...tengoh jalan2 tepi rumput depan rumoh aki kong.....Bas Lin Siong drpd Benta akan lalu dalam pukul 7.15..lari laju ...silap2 haribulan...Tak dapat elok tahi kerbau atas jalan disitu...siaplah.....baju kena percik dgn tahi kerbau...sapa yang kena ....alamatlah kena balik..dan bercuti/ponteng sekolah...lah........HARI TU DIA CUTIIIII...???...he..he..he...kelakar!!!,ok kita sambung lagi.

Wassallam.

Pak Chu Aim
S/usaha (Penaja)
IKATAN ANOK2 BUDU/LEPEH

LINGKARAN.. dulu..dulu

Kenangan 1963 Darjah Satu:

Sultan Pahang tahun 1963 Sultan Sir Abu Bakar almarhum Sulatan Abdullah, kesukaan dan Hobi Baginda Tuanku ..dia suka melawat ke Tiap2 Daerah2 dalam Pahang utk berjumpa dgn rakyat jelata...terutama bila hampir2 hampir dgn hari ulangtahun baginda.. paling Baginda suka akan datang ke Daerah Lipis dengan menaiki kereta Roll Royce Tinggi Hitam drp Pekan Pahang, Baginda akan berhenti di Tiap Mukim dlm tiap2 Daerah ...utk baginda bertanya khabo dan tiap kali jumpa rakayt baginda akan bertanya....dgn suaranya yang garau...APA KHABO..APA KHABOR??....sambil berjabat tangan dgn Rakyat ...orang2 kampung akan beratur panjang menunggu baginda....termasuklah kome budak2 sekolah...di kg budu..kome dgn orang kampong akan berbaris depan kedai Syarikat dan depan kedai Alwi...bermula drpd kilang padi depan rumoh arwah the labok hingga ke depan Masjid budu...kome budaksekolah akan ...mengibar2 bendera Hitam Puti yang bertangkaikan Buluh Bedil diikatt dgn getah...sambil menjerit sekuat hatiii....DUALAT TUANKU...3X...BAGINDA AKAN BERJALAN PERLAHAN2 BERSALAMAN DGN SEMUA ORANG YANG HADIR....KERETA HITAM TADI TUNGGU hujung barisan org Kampong....DEPAN MASJID BUDU...TAMAT SHJA BERSALAM DGN ORANG TERAKHIR depan masjid ....Tuanku akan naik kereta balik dan teruskan perjalanan menuju ke Benta pulak, kemudian Penjom, Batu Satu, Bandar Lepeh dan akan bermalam di Istana Hinggap dekat Masjid Lepeh/Rest House sana..........Kome baliklah ke sekolah semula ramei2 ...tapi yang tak sedapnya 70% bendera2 dibawa pagi tadi ..dah koyak rabokk.......sebab kertas bendera itu dibuat drp KERTAS MAJUNG yg skrg ni kita buat lukis2 jika ada kursus/bengkel dll tu...termasuklah bendera kawas ...habeehhh longlai dan berkecaii...he..he..he.

SEMAGAT KENEGARAAN PERLU DIPUPUK

Kibarkan Bendera Jalur Gemilang Kita dimana sahaja kita berada, samaada kita berada di padang, di sekolah, di dewan, di Gunung, Di Kampung2...atau dimana2 jua. Ianya lambang kemegahan dan kebangga kita dulu, kini dan selamanya. Kibaran yang ikhlas daripada sudut hati kita membuktikan kita rakyat yang setia kepada negara, agama dan bangsa, disamping menzahirkan kebanggaan kita mejadi Rakyat Malaysia yang hidup aman damai, berhubung dengan harmoni antara satu dengan lain, tinggal dalam satu Kampung atau Taman bersatu serta sering saling hormat- menghormati antara satu dengan lain. Dengan faktor-faktor yang dinyatakan diatas itu lah, maka Negara kita akan kekal menjadi sebuah negara yang maju semua segi seperti segi Ekonomi, Sosial, Pendidikan, Keselamatan, Pertahanan, dan juga Politik, Inshaallah. ...Merdeka...merdeka...merdeka...!!!!