Assalamualaikom... SELAMAT DATANG ke IKATAN BUDU.. silalah baca weh deme, bertanya kaborlah selalu di sini!

Latar Belakang KELAB IKATAN BUDU...

Latar Belakang Kelab IKATAN: Ikatan Anak-anak watan Kg. Budu dan Kg. Terap ditubuhkan secara tidak rasmi atas semangat persaudaraan anak-anak watan diperantauan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 2004. Tujuan penubuhan IKATAN ini adalah untuk memelihara hubungan persaudaraan dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan anak-anak watan diibukota. Selain dari itu IKATAN juga berusaha untuk menyumbang kepada pembangunan Desa samada dalam bentuk penasihatan, sumbangan kewangan dan kebendaan. IKATAN ini cuba mengekalkan tradisi bersyukur dan berterima kasih diatas kejayaan hidup diperantauan tanpa melupakan jasa-jasa mereka yang berada di Kampung halamn. IKATAN merupakan sebuah gerakan persaudaraan dalam pelbagai hal termasuk kebajikan anak-anak di perantauan. Sumber kewangan gerakan ini diperolehi melalui sumbangan anak-anak watan yang berada diperantaun. Semoga IKATAN ini akan terus kukuh dan berterusan dengan semangat yang murni. Inshaallah. Ahli Jawatankuasa IKATAN: Penaung : Tan Sri Mohd Zuki Kamaluddin (Abang Zuki) Penasihat : Hj. Azman Shah bin Haji Abdullah (Abang Man Jerning) Presiden : Abd. Halim Hussin (Pak Ngah Halim Seberang Paya) Setiausaha : Ibrahim Abdullah (Chu Ain Cherang) Pen. Setiusaha : Abdul Halim Abdullah (Alei Ngoh Dolloh Terap/Cherang) Bendahari : Zaili Mohd yusof (Zaili Pak We Usop Bukit Bangkong) AJK: Azmi Effendi (Pok De Mi Cu Pendi) Saari Nong (Daq Cu Nong) Haji Anuar Abd Rahman (Nuar Akak Pik) Jamal Abdullah (Jama Jerning) Norfadlina Mat Zin (Mahera Pak We Mat Zin) Roslah Mohd Yusof (Ani Bukit Bangkong) Haniza Abdul Rahman (Faridah Akak Pik) Elimiza Yahya (Along Kak Laili) Rosli Saidi (Atan Labok) ibrahim abdullah S/Usaha Kelab IKATAN BUDU FB: ib milosovik

JEMPUTAN JAMUAN HARI RAYA IKATAN

Salam Datok/Tn/Pn/Sdra/i sekelian..
Dengan hormetnye dijemput ke Jamuan Hari Raya Aidil Fitri Kelab Ikatan Anak2 Watan Kg. Budu Di Perantauan (IKATAN), yang akan diadakan pada 2 hb. Oktober 2010, Masa: 3.00 ptg, bertempat di KL International Hotel Kg. Baru (Area Chow Kit Road/Masjid Pakistan). Sdra diminta memakai Baju Melayu bersamping atau Berbaju Batik/Pakaian Kemas.
TK.

Ain
S/Usaha
(FB: ibrohim milosovik)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DRPD KAMI

Salam sdra/i,
Saya bagi pihak AJK Kelab IKATAN ANAK2 BUDU DI IBUKOTA DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH KOPERASI ANAK2 BUDU, merakamkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI dgn ucapan MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN jika ada tersilap dan salah kami selama ini.Terima kasih banyak2 kerana sdra/i telah memberi sokongan yang padu kepada Kelab IKATAN ANAK2 BUDU dulu kini dan selamanye. Diharap sdra/i dapat memberi sokongan kepada "Baby" kita iaitu KOPERASI IKATAN ANAK2 BUDU yang baru saja diluluskan.

JEMPUTAN JAMUAN HARI RAYA 2010

Salam Sdra/i yang dikasihi,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jamuan Hari Raya Aidil-Fitri IKATAN ANAK WATAN DIIBUKOTA (IKATAN)pada tahun ini akan diadakan pada 2hb. Oktober 2010 (Sabtu), jam 2 - 5 ptg bertempat di KL International Hotel Kg. Baru , sedikit bayaran akan dikenakan kepada sdra/i yang menyertainya. Warga Kg. Budu dan Anak2 Watan berasal drpd Kg.Budu yang menetap di KL & Lembah Kelang dengan hormatnye dijemput hadir ke Jamuan ini. Sebarang kemusykilan sila berhubung dgn salah seorang urusetia berikut: Sdra Azman Shah bin Hj. Abdullah (012-6165838); Abd. Halim Husin (019-2869295); Mohd Zaili Mohd Yusof (019-3113573); Ibrahim Abdullah (017-3442020); Hj. Anuar bin Abd. Rahman (012-3040194); A. Halim Abdullah (019-2404931); Roslah Mohd Yusof (012-2538583); Haniza bt Abdul Rahman (013-3655383) atau Nurulhana bt Abd. Halim (017-3365821).

TK.

S/usaha IKATAN
FB: ibrohim milosovik

LUBUK BESOR KG. BUDU

Wednesday, August 11, 2010
SEJARAH LUBOK BESOR BUDU
Lubuk Besar merupakan tempat yang paling strategik dan menjadi kawasan penempatan yang utama hinggalah kezaman kedatangan Penjajah Inggeris. Malah dizaman penjajahan Inggeris kawasan persekitaran seperti Bukit Engku, Kg. Gong, Lentang dan disekitarnya adalah merupakan pusat penempatan. Bukti sejarah menunjukan terdapatnya sekolah, Makamah Traditional, wakaf dibina di kawasan persekitaran Lubuk Besar, sementara Kampung Napal merupakan sebuah Tanjung yang terpisah oleh sungai Teka atau tasik.

Lubuk Besar merupakan benteng pertahanan kepada kampung-kampung lain di bahagian ulunya. Lubuk Besar tempat pertemuan 2 muara sungai yang lain yang kini dikenali sebagai Alor Budu dan Alor Gong. Banyak sejarah Hitam bermula di Lubuk Besar. Dizaman penjajahan Inggeris, Kampung Budu dibakar hanya setelah benteng pertahanan di Lubuk Besar Tumpas. Sejarah membuktikan benteng pertahanan di Napal, Parit Dalam tidak dapat bertahan dengan asakan tentera Inggeris yang disokong oleh Tentera Sepoi/Gurka.Menurut cerita-cerita orang tua, tempat-tempat pertempuran, benteng atau kubu-kubu mempertaruhkan banyak nyawa pahalawan-pahlawan Budu dan kampung-kampung lain. Atas alasan ini lah tempat-tempat ini dianggap ‘Keras’ hingga kehari ini.

Sekian terima kasih
Sumber drpd Laman Blog Daq:
http://rachap.blogspot.com/